Nuffnang Ads

Isnin, November 30, 2015

SAYU INILAH FOTO TERKAKHIR ARWAH YUS JAMBU 2 JAM SEBELUM MENINGGAL DUNIA...

FOTO TERKAKHIR ARWAH YUS JAMBU 2 JAM SEBELUM MENINGGAL DUNIA BERSAMA PEMINAT TEGARNYA
Yus (Jambu) Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin.

Tambah kapsyen
"Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Pak Yus dikatakan rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu. Allahyarham dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.
Yus Raja Lawak Penampilan Awal dalam Sinaran Passport Kegemilangan 9
Kerjaya seni beliau bermula bila menyertaSinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran TV3.

Pada tahun 2007 Yus mencuba nasib di program Raja Lawak terbitan Astro yang pertama kali diadakan dan berjaya menjadi Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

Menerusi pertandingan itu yang diundi peminat secara khidmat pesanan ringkas (SMS), Yus menerima hadiah berupa kereta antik iaitu TD 2000 dan wang tunai RM20,000.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Yus menjual kereta kemenangan itu kepada seorang taukeh Cina di Ipoh kerana kesempitan wang akibat tiada tawaran selepas menjuarai pertandingan berkenaan.

Yus juga dalam sebuah artikel turut memberitahu dia terkejut apabila dalam satu pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung selain tahap kolestrol dalam badan terlalu tinggi.
 kumpulan Jambu
Pada tahun 2011 pula, Allahyarham bergandingan dengan Tauke dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut.


Perkembangan terbaharu yang diterima kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin, jenazah telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis ALFATIHAH...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: