NUFFNANG

Khamis, Disember 31, 2015

Lelaki mengamuk isu kereta disita di JPJ Batu Uban akan didakwa...

Lelaki yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di George Town yang rakaman video insiden itu menjadi viral semalam, akan didakwa di mahkamah esok.


Video Lelaki mengamuk isu kereta disita di JPJ

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata kertas siasatan berhubung rakaman video itu dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) dan pihaknya sudah mendapat arahan untuk mendakwa peniaga berusia 45 tahun itu.

"DPP meneliti kertas siasatan kes berkenaan dan mengeluarkan arahan mendakwa lelaki itu di mahkamah esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya di George Town hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan rakaman video seorang lelaki yang berang menimbulkan kekecohan di pejabat JPJ itu menjadi viral selepas dikongsi semula di beberapa laman sosial antaranya Facebook semalam.

Video berdurasi 4 minit menerusi akaun dipercayai milik peribadi lelaki atas nama Amin Beyond itu memaparkan dia sedang naik angin selepas mendakwa tidak boleh memperbaharui cukai jalan keretanya.

Mior Faridalatrash berkata berdasarkan siasatan polis, kejadian dalam rakaman video yang tersebar sejak semalam itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang 26 November lepas dan lelaki yang merupakan peniaga itu datang ke pejabat JPJ Batu Uban untuk memperbaharui cukai jalan kenderaannya.

"Bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai JPJ di situ selepas gagal berbuat demikian kerana kenderaannya disenarai hitam ekoran terdapat beberapa saman yang belum dijelaskan.

"Ekoran kejadian itu, pegawai JPJ yang terlibat membuat laporan polis pada hari yang sama," katanya.

Menurutnya, polis turut menerima satu laporan polis daripada lelaki itu semalam yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh JPJ berhubung kes memperbaharui cukai jalan keretanya.

"Berhubung laporan polis yang dibuat lelaki itu, kami merujuk ia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: