NUFFNANG

Ahad, Disember 06, 2015

Malaysia Cipta Peluru Senjata Api Dari Kayu Bakau?

Batang bakau mempunyai nilai tinggi dan terdapat banyak di negara ini untuk dijadikan bahan asas penyelidikan.
Pada kebiasaanya kita ketahui peluru senjata api mengunakan belerang untuk menghasilkan letupan. Tetapi pernahkah anda mendengar kayu bakau digunakan sebagai penganti kepada belerang?

Pembuatan senjata api dalam kalangan pemain-pemain utama industri kini terus berkembang pesat dan lebih moden termasuk peluru yang digunakan.

Malaysia bagaimana pun masih lagi merupakan negara pengguna dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi luar negara dalam industri tersebut.

Bagaimanapun kebanyakan pengeluar sering memasarkan teknologi lama berbanding teknologi terbaharu untuk industri persenjataan.

Sebagai contoh, negara-negara pengeluar tersebut turut menggunakan peluru dengan spesifikasi yang sama untuk dijual kepada negara-negara pembeli namun dengan gred yang lebih rendah.

Justeru, penyelidik dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil insiatif menghasilkan selulosa nitro (nitrocellulose) daripada pokok bakau, Rhizophora apiculata sebagai bahan bakar menggantikan belerang.

Menurut penyelidik peluru standard 5.56 milimeter (mm) boleh dinaik taraf dengan kepakaran dan teknologi tempatan.

Penghasilan peluru untuk kegunaan anggota keselamatan negara dibuat dalam negara iaitu di Batu Arang, Selangor justeru penggunaan bahan bakar yang lebih baik boleh digunakan.

Penggunaan bahan bakar (propellent) baharu tersebut dilihat dapat meningkatkan prestasi dan standard baharu peluru untuk kegunaan senjata ringan kepada tentera.

Kelebihan menggunakan selulosa nitro adalah pembakaran yang terhasil tidak mengeluarkan asap (smokeless gunpowder).
Kelebihan ini menjadikan laras senjata lebih bersih dan tidak perlu dicuci selalu.
Letupan juga lebih berkuasa menjadikan jarak berkesan dan ketepatan peluru dapat dipertingkatkan.

Bahan mentah daripada pokok bakau mudah ditemui di negara ini justeru memudahkan produk tersebut dikomersialkan.
Pokok Bakau Banyak Tumbuh Subur Di Malaysia
Hanya selulosa sahaja diambil daripada pokok ini dan ditambah dengan nitrat dan kedua-dua bahan tersebut mesra alam.

UPNM menerusinya turut mendapatkan kerjasama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan juga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Produk yang dihasilkan tersebut kini sedia untuk dikomersialkan.

Kelebihan:
1- Menjimatkan kos.
2- Mesra alam.
3- Mengurangkan berat keseluruhan peluru.
4- Boleh digunakan untuk semua jenis kaliber peluru.
5- Boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk membina teknologi berkaitan persenjataan    moden.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: