Nuffnang Ads

Sabtu, Disember 12, 2015

Di Rusia kawasan kubur pun disediakan WiFi percuma.

Tanah perkuburan 
di Rusia dilengkapi wifi. Rangkaian jalur lebar mudah alih (WiFi) yang disediakan secara percuma di bandar Moccow bukan sesuatu yang menghairankan apabila kerajaan tempatan menyediakan perkhidmatan itu di restoran dan sistem rangkaian kereta api.

Bagaimanapun, langkah terbaharu kerajaan tempatan Moscow untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar di kawasan perkuburan terpilih dan paling banyak dikunjungi bermula tahun depan, merupakan satu tindakan yang dianggap pelik dan luar biasa.

Menurut laporan portal UPI, antara kawasan perkuburan yang memperoleh manfaat itu termasuk di Vagankovskoye, Troyekurovskoye dan Novodevichy, lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung kerana di situ ramai tokoh-tokoh terkenal Rusia dikebumikan.

Pengurus tanah perkuburan di Moscow, Artem Ekimov berkata, langkah untuk menyediakan perkhidmatan tersebut merupakan satu keperluan penting termasuk menyalurkan maklumat dan memudahkan ahli keluarga atau waris mencari kubur orang yang mereka sayang.

“Setiap orang mahu mengetahui identiti pemilik kubur dan maklumat tersebut boleh diperoleh melalui rangkaian Internet yang disediakan.

“Sebagai tambahan, rangkaian tersebut membenarkan pe­ngunjung untuk memuat turun peta tanah perkuburan yang mempunyai perkhidmatan itu,” katanya.

Sebelum ini, tanah per­ku­buran di Novodevichy dan Vagankovskoye dilengkapi dengan terminal khas yang membolehkan pengunjung mengesan ke­dudukan kubur menerusi ko­ordinat GPS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: