NUFFNANG

Ahad, Disember 20, 2015

Video Dan Gambar Detik-Detik Pesilat Maut Tertusuk Keris Di majlis Perkahwinan

LABUAN: Kemeriahan pada satu majlis perkahwinan bertukar tragik apabila seorang peserta silat terbunuh secara tidak sengaja semasa membuat persembahan pada majlis itu di Kg Patau-Patau pada Sabtu 19/12/2015.


Pelajar kolej berumur 17 tahun itu, dikenali sebagai Mohd Amil Zulkarnain sedang membuat persembahan silat bersama-sama sepupunya yang juga berumur 17 tahun pada kira-kira 11.30 pagi ketika insiden itu berlaku.

Semasa membuat persembahan silat pada majlis persandingan, si mati telah ditikam di dada kanan dengan sebilah keris dan cedera parah.

"Dia segera dibawa ke hosiptal, bagaimanapun dia meninggal dunia beberapa jam kemudian," kata Timbalan Ketua Polis Labuan DSP Ibrahim Mohd Ghani.

"Penyerangnya' yang juga kepada sepupu kepada mangsa beraksi dalam persembahan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan (secara cuai menyebabkan kematian)," katanya.

REMAJA MAUT TERTUSUK KERIS KETIKA PERSEMBAHAN

Bagaimanapun kes ini kategorikan sebagai kemalangan.

Lihat gambar detik-detik kejadian :







Video Detik-Detik Pesilat Maut Tertusuk Keris Di majlis Perkahwinan

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: