NUFFNANG

Isnin, Januari 04, 2016

Mengerikan! Video Dan Gambar Mayat Atas Bumbung Kereta Yang Di Pandu Sejauh 20 KM

 Seram! Mayat Atas Bumbung Kereta Yang Di Pandu Sejauh 20 KM

Sebuah kereta yang dipandu laju di Hyderabad, India melanggar seorang warga emas berusia 70 tahun dan meneruskan perjalanan sehingga beberapa kilometer dengan mayat mangsa di atas bumbung kenderaan itu.


Polis berkata, kejadian berlaku di daerah Nalgonda di negeri Telangana kelmarin apabila kereta yang dipandu Rahim Khan melanggar Venkat Reddy yang hendak menyeberang jalan. Lelaki itu dikatakan mati sebelum sempat dibawa ke hospital.

“Mangsa terpelanting ke atas bumbung kereta, tetapi pemandu berkenaan tidak berhenti.
“Dia meneruskan perjalanan dengan mayat di atas bumbung keretanya,” kata jurucakap polis, Sudhakar.

Menurutnya, Rahim memandu laju ketika kejadian. Orang ramai yang melihat tubuh manusia di atas kereta itu memaklumkan kepada polis.

“Dengan beberapa penduduk tempatan, kami berjaya menahan kereta itu. Rahim ditahan dan akan dituduh cuai hingga menyebabkan kematian,” kata Sudhakar.

Mengerikan! Video Dan Gambar Mayat Atas Bumbung Kereta Yang Di Pandu Sejauh 20 KM

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: