Nuffnang Ads

Ahad, Januari 31, 2016

Penutup Tank DS200 Punya Cerita...

Artikel ini sekadar untuk untuk berkongsi info buat rakan-rakan rider berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Ceritanya begini, Sebelum menunggang jentera DS200 mata menjeling meter minyak tinggal 1 bar, kalau ikut perkiraan 1 bar bersamaan RM5. Dalam hati berkata cukuplah untuk naik highway pergi kerja.

Dalam jarak 500 meter amaran minyak keluar menandakan minyak perlu diisi. Mujur sebelum naik highway ada stesen minyak berhampiran.

"Dik minyak RM10 pam 5", kata saya pada budak cashier, untuk jentera DS200 sedap dan ringan kalau pakai minyak petrol Ron 97 enjin terasa ringan dan pickup.

Ramai orang yang berada distesen minyak memerhati DS200 saya, jentera DS200 ini memang "rare", susah hendak jumpa. Mungkin mereka tertanya-tanya jentera jenama apa pula ni? Ramai yang memuji jentera DS200 saya cantik dan nampak garang.
Alamak!!! apa hal ni tak boleh bukak pula???
Dalam masa yang sama saya mula panik...setelah hampir 5 minit mencuba penutup tank tetap tidak boleh di buka. "Aaah sudah penutup tank DS200 buat hal la pulak dalam hati saya".
Kalau paksa boleh rosak penutup tank ni...
Kalau dipaksa juga pasti gigi kunci dan penutup tank rosak atau bengkok. Saya ambil keputusan balik rumah dulu, mujur jarak stesen minyak dan rumah dalam 500 meter.

Hendak cover line saya berpura-pura sudah selesai isi minyak. Duit RM10 hangus, lupa minta semula dari cashier terus on enjin berdesup balik rumah semula.
Sembur WD 40 kat lubang kunci dulu...
Di rumah saya sembur WD 40 dalam lubang kunci, tekan serta gerak-gerakan penutup tank
akhirnya penutup tank yang jammed terbuka.
Bila dah boleh bukak sembur belah dalam pulak...
Pengajaran dari kejadian yang membuatkan saya panik ini adalah seperti berikut, ini pun berdasarkan pada pemerhatian saya saja tidak semestinya betul ;
Wap petrol punca movement part kering dan tersekat
1) Penutup jammed disebabkan wap petrol yang naik mengenai penutup tank menyebabkan spring dan movement part menjadi kering dan tersekat disebabkan terjadinya plak.

2) Sekurang-kurangnya 2 hari sekali buka penutup tank untuk memastikan movement part bergerak dan tidak jammed.
Sembur sedikit WD 40
3) Jika perlu semburlah sedikit WD40 pada penutup tank.

4) Jangan sekali-kali paksa kunci pada penutup tank jika berlaku jammed, ini boleh merosakkan gigi pada kunci dan movement part pada penutup tank. Akibatnya langsung rosak kena tukar baru.
WD 40 saiz kecil senang dibawa kemana-mana
5) Kena sentiasa bawa WD40 tin size kecil.

Akibat dari insiden ini saya telah terlewat satu jam ke tempat kerja, gara-gara penutup tangki minyak tidak boleh buka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: