Nuffnang Ads

Selasa, Januari 12, 2016

VIDEO DAN GAMBAR PULAU PALING TERPENCIL DI DUNIA YANG DI HUNI MANUSIA

Pulau Tristan da Cunha hanya didiami kira-kira 300 penduduk dan  menjadi penempatan paling terpencil di dunia.
TRISTAN DA CUNHA adalah sebuah pulau dan kawasan penempatan paling terpencil di dunia kerana kedudukannya yang sangat jauh dari kawasan penempatan yan lain iaitu di penghujung lautan Atlantik. Pulau Tristan da Cunha hanya dihuni tidak melebihi 300 orang penduduk dan terletak di kaki gunung berapi yang masih aktif berisiko meletup.

Sebahagian dari rumah penghuni pulau terpencil ini
Pulau itu terletak paling hampir dengan kawasan penempatan iaitu 2,339 kilometer dari Afrika Selatan dan 3,360 kilometer dari benua Amerika Selatan.
Pulau paling terpencil ini di lihat dari udara
Malah, satu-satunya jalan menghubungkan pulau tersebut dengan dunia luar adalah melalui laut dan mengambil masa enam hari dengan menaiki bot dari Afrika Selatan dan perjalanan selama berbulan-bulan jika meredah Laut Atlantik Selatan.
 Pulau Tristan da Cunha hanya dihuni tidak melebihi 300 orang penduduk dan terletak di kaki gunung berapi yang masih aktif berisiko meletup
Keluasan Pulau Tristan da Cunha hanya 60 kilometer persegi dan satu-satunya penempatan yang wujud di situ dipanggil Edinburg Tujuh Lautan, iaitu 2,061 meter dari puncak Gunung Berapi Queen Mary.
Tasik unik berbentuk Love yang terdapat di pulau ini
Meski pun saiz penempatannya tidak besar dan terletak terpencil dari dunia luar, pulau itu menyimpan banyak sejarah dan memiliki terlalu banyak kehidupan liar yang unik yang menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke Tristan da Cunha.
Rockhopper penguin kening kuning hanya terdapat di pulau ini sahaja
Penguin yang mempunyai kening kuning, Rockhopper
Antara haiwan yang menjadi tarikan pelancong ialah penguin yang mempunyai kening kuning, Rockhopper dan burung berparuh kuning, Albatross, manakala daripada sudut sejarah, pula pulau itu menjadi lokasi perhentian penting bagi kapal yang meredah Lautan Atlantik sejak zaman dahulu kala lagi.
Burung berparuh kuning, Albatross juga hanya ada di pulau ini sahaja
Bagaimanapun, pelancongan bukan merupakan industri utama pulau tersebut kerana majoriti pendapatan penduduk adalah daripada aktiviti komersial penjualan udang kara Trista, setem yang unik dan syiling untuk pengumpul barangan lama.

VIDEO : A Day on Tristan Da Cunha

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: