Nuffnang Ads

Jumaat, Januari 15, 2016

Video Dan Gambar Sirih 'Terbakar' Dalam Mulut

Anda pernah tengok datuk atau nenek kita makan sirih atau orang india di Malaysia makan sireh? Biasa-biasa sahaja kan, tidak ada yang pelik atau sampai terbakar mulut...tapi lain halnya pula di India, mereka makan sireh sampai terbakar mulut keluar api dan berasap.

Kreativiti seorang peniaga India yang menjual makanan penyegar nafas keluaran tempatan bukan sahaja mampu menambah pendapatan hariannya, malah dia kini menjadi terkenal selepas memperkenalkan produk unik itu yang mendapat sambutan hebat.
Tepek gambir dan kapur dulu...
Bubuh pulak ramuan apa yang patut dulu...
Makanan penyegar nafas itu terlebih dahulu perlu dibakar dan pembelinya akan mengunyah makanan penyegar nafas itu bersama-sama api yang sedang menyala.
Kasi bakar sampai terbakar habis...aromanya memang best!
Peniaga sireh dari bandar Rajkot, Gujarat kini turut menjadi terkenal selepas memperkenalkan produk itu lima tahun lalu.
Panas-panas terbakar sumbat dalam mulut pelangan...bestnya siap bersuap lagi.
Katanya, makanan itu yang dikenali sebagai ‘paan’ di India diperbuat daripada campuran bunga cengkih, buah pinang dan buah pelaga sebelum dibungkus dengan daun sirih.
Nah ambik kau...baik punya ni heh!heh!heh!
Menurut peniaga ini yang telah menjalankan perniagaan itu lebih 30 tahun lalu, ekoran persaingan dalam perniagaan paan, dia mula terfikir untuk memberi nafas baharu kepada makanan tradisi rakyat India itu selepas melihat peniaga di Mumbai menjual minuman yang dihidangkan dengan nyalaan api.
Hoh!hoh! panas-panas!...tapi sedap dan segar...
“Pada awalnya, pembeli agak ragu-ragu untuk makan paan yang sedang terbakar, namun kini produk itu menjadi pelaris di kedai kami,” kata peniaga berusia 48 tahun.
Perghh!!! memang terbaik lah sireh terbakar kedai ni!!!
Beliau menjelaskan, meskipun nyalaan api pada paan itu dilihat agak berbahaya, namun makanan yang diberi nafas baharu itu langsung tidak berbahaya sebaliknya memberi kesegaran luar biasa kepada mereka yang memakannya.

Katanya, dia mengambil masa selama lapan bulan untuk belajar membuat paan yang sedang terbakar itu.

“Sejak memperkenalkan produk itu, saya tidak pernah menerima sebarang aduan daripada pembeli yang makan paan yang sedang terbakar,” katanya, sambil menambah kata, dia merancang untuk memperkenalkan produk itu di bandar-bandar lain di India.
Ada sesiapa yang berani nak cuba resepi ni? Silakan...
Seorang pelanggan tetap kedainya, Raman Singh berkata, paan yang sedang terbakar adalah hidangan yang enak dimakan selepas menikmati makan malam.

Video Sirih 'Terbakar' Dalam Mulut

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: