Nuffnang Ads

Rabu, Jun 29, 2016

Bahaya Telefon Bimbit Di Stesen Minyak Ternyata Benar!!!

Terbukti Benar!!! Guna Telefon Bimbit Distesen Minyak Sangat Bahaya.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita melecur hampir 60 peratus pada badan dan muka akibat disambar api gara-gara menggunakan te­lefon bimbit ketika mengisi minyak keretanya di sebuah stesen minyak di Taman Setapak.

Telefon bimbit milik mangsa yang berada di seat depan di katakan berbunyi sewaktu mangsa mengisi minyak. Sebaik mangsa membuka pintu untuk mengambil telefon tersebut letupan tercetus.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.25 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar terdapat letupan berlaku dalam sebuah kereta Perodua Axia berwarna merah yang dipandu oleh seorang wanita.

“Mangsa yang dikenali sebagai T. Sarishna, 25, ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang kereta dan mengalami lecur hampir 60 peratus pada badan termasuk muka.

Namun begitu masih ramai lagi yang masih menggunakan telefon bimbit di stesen minyak walaupun ada papan tanda amaran.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: