Nuffnang Ads

Ahad, Jun 26, 2016

Rusia akan ke Bulan menjelang 2030 untuk membina penempatan disana

Roket Angara-A5V 
MOSCOW – Agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos baru-baru ini mengumumkan bahawa negara itu bakal menghantar 12 ang­kasawan ke permukaan Bulan menjelang tahun 2030.

Misi itu bertujuan menjalankan kajian dan perlombongan mineral berharga, namun beberapa pakar percaya Rusia turut mempunyai tujuan ketenteraan.


“Pada peringkat awal, pangkalan di Bulan ini akan dikendalikan oleh dua hingga empat angkasawan sebelum jumlah itu ditambah menjadi 10 atau 12 orang,” kata Olga Zharova daripada Institut Penyelidikan Pembinaan Mesin.

Sumber tenaga pangkalan itu akan dijana stesen kuasa berhampiran salah satu kutub Bulan.

Sebuah kubu bawah ta­nah juga akan dibina bagi melindungi kru daripada terkena sinaran dan sebarang serangan nuklear.

Roscosmos merancang melancarkan mesin kajian di bulan pada 2024 bagi meninjau lokasi penempatan sebelum mendaratkan manusia pada 2030.

Menurut agensi berita Rusia, TASS, kerja-kerja pembinaan telah bermula untuk pendaratan Luna 25 yang akan digunakan untuk penerokaan manusia.

Moon Soon Russia plans manned Lunar base in 10 years

Roscosmos juga sedang membina roket Angara-A5V bagi menghantar sebahagian kelengkapan asas pangkalan manusia ke Bulan secara berperingkat seperti yang dilakukan bagi membina Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).


Secara keseluruhannya, Rusia akan melengkapkan misi ke Bulan melalui pelancaran enam roket Angara secara berasingan. – 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: