Nuffnang Ads

Ahad, Jun 19, 2016

Video dan gambar satu lagi bukti keagungan dan kebesaran Tuhan yang Maha Menciptakan...

Ramai beranggapan pemandangan bukit ini sekadar dari imej yang telah direka dan diedit oleh mereka yang hebat dalam proses ini.

Tetapi inilah satu lagi bukti keagungan dan kebesaran Tuhan yang Maha Menciptakan setiap apa yang DIA mahukan.
Terletak di Gerlach Washoe Country, Nevada yang merupakan kawasan tanah persendirian, pancuran air panas ini masih belum diteroka dan keasliannya dikawal dan dijaga dengan ketat.
Kolam ini tidak pernah dibuka kepada sesiapa dan tidak ada  yang dibenarkan mendekati kawasan ini.
Buat pengetahuan anda semua, bukit pancuran air panas ini terletak di dalam ladang dan binaan pagar tinggi telah siap dipasang mengelilingi keseluruhan kawasan tersebut.

Pemilik menyatakan bahawa tujuan beliau berbuat sedemikian rupa adalah untuk menjaga keaslian dan 'harta'  tersebut demi dirinya sendiri.
Namun begitu, bukit yang memiliki struktur dan rona indah ini tidak 'terlepas' dari menjadi perhatian orang awam kerana masih ada yang tetap cuba mendapatkan panaorama indah itu biarpun dari jauh dengan menggunakan lensa kamera.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan awam untuk menyaksikan pemandangan tersebut adalah dari Hualapai Flat Walley yang terletak beberapa batu dari State route 34.

Video : Amazing Fly Geyser, Exclusive Interview

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: