Nuffnang Ads

Sabtu, Disember 10, 2016

INILAH SEBAB SEBENARNYA KENAPA ISRAEL MENJADI LAUTAN API DAHSYAT SELAMA 4 HARI!!!

Keghairahan rejim Zionis menanam lebih 260 juta pokok pain dan mewujudkan Little Switzerland di kawasan padang pasir wilayah itu semata-mata bagi menghilangkan imej asal tanah kediaman yang dirampas dari Palestin, akhirnya memakan diri.

KEBAKARAN hutan di Israel sebenarnya bukanlah perkara baharu. Pada tahun 2010 kejadian sama pernah berlaku. 

Kebakaran dahsyat bermula dari kawasan hutan Carmel di Haifa
Merebak ke bandar-bandar...
Sehingga meranapkan rumah-rumah penduduk yahudi...
Namun kebakaran yang berlaku baru-baru ini amat dahsyat dan disifatkan paling buruk dalam sejarah Israel.Juga turut menyaksikan lebih 20 buah negara menghantar bantuan untuk memadamkan api yang membakar kawasan hutan Carmel di Haifa. 
Tidak membenarkan azan dilaungkan menggunakan pembesar suara, kononnya bising...
Bagi umat Islam, kejadian itu merupakan jawapan kepada tindakan Israel yang menindas penduduk Palestin termasuk dalam kes terbaharu, memper­kenalkan rang undang-undang yang tidak membenarkan azan dilaungkan menggunakan pembesar suara, kononnya bising tetapi perkara yang sama tidak pula dikenakan atau disasarkan ke atas rumah ibadat lain.
Dahsyat!!! Persis lautan api selama 4 hari kebakaran di Israel...
kebakaran yang mengambil masa hampir empat hari untuk dipadamkan itu, telah mengakibatkan lebih 200 keluarga kehilangan tempat tinggal.
Di sebalik kesombongan Ne­tanyahu yang sentiasa mendabik dada tentang kehebatan Israel, dia masih tetap bergantung harap kepada bantuan luar.

Secanggih mana teknologi yang dimiliki ternyata Israel terpaksa akur iaitu tidak boleh hidup secara bersendirian tetapi memerlukan pertolongan daripada negara-negara lain termasuk Cyprus, Greece, Turki, Itali, Switzerland, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat (AS) yang menghantar pesawat untuk memadam kebakaran itu. Lebih memalukan apabila Israel terpaksa menerima bantuan pasukan bomba Palestin.
Empat buah jentera bomba telah dikerah untuk memberi bantuan kepada rejim penceroboh itu
Lebih memalukan apabila Israel terpaksa menerima bantuan pasukan bomba Palestin.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Pihak Berkuasa Palestin, Mejar Jeneral Yousef Nassar berkata, sebanyak empat buah jentera bomba telah dikerah untuk memberi bantuan kepada rejim penceroboh itu.
kawasan hutan Carmel di Haifa (Little Switzerland)

Gilad Atzmon, seorang aktivis Yahudi pro-Palestin dalam artikelnya, Why Israel is Burning? juga membuatkan ramai berfikir bahawa masalah kebakaran hutan yang melanda Israel sebenarnya adalah balasan, hasil angkara rejim zionis itu sendiri.
Penanaman 260 juta pokok pain dan mewujudkan di kawasan padang pasir wilayah Israel mendatangkan padah...

Keghairahan rejim Zionis menanam lebih 260 juta pokok pain dan mewujudkan Little Switzerland di kawasan padang pasir wilayah itu semata-mata bagi menghilangkan imej asal tanah kediaman yang dirampas dari Palestin, akhirnya memakan diri.
Pokok tersebut lebih sesuai hidup di kawasan sejuk kerana terkenal dengan sifatnya yang mudah terbakar, telah memberikan kesan buruk dan mampu menyemarakkan lagi api wilayah beriklim subtropika itu ketika musim kering.

Ternyata sekali sebelum pemerintah Israel menuding jari terhadap orang lain terutamanya rakyat Palestin yang dimusuhi­nya sebagai punca kebakaran itu, sewajarnya jari itu dituding kepada diri sendiri terlebih dahulu.


LIHAT VIDEO 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: