NUFFNANG

Selasa, April 18, 2017

Menakutkan jumpa 14 biji telur ular dalam rumah.

Telur ular yang dijumpai di bawah simen rumah Siti Halimah.
Seorang warga emas di Bagan Datuk tidak menyangka kelibat ular keluar masuk di rumahnya sejak semalam merupakan petanda bahawa reptilia itu bertelur di kediamannya.

Siti Halimah Karimun, 82, dari Kampung Sungai Balai Darat pada mulanya menyangka ular itu tersesat memasuki rumahnya dan keluar semula.

Menurut anak Siti Halimah, Mohd Salihin Asmawi, 52, dia menerima pangilan telefon daripada ibunya memberitahu melihat kelibat ular memasuki rumah orang tuanya itu, tetapi dia sekali lagi menelefon malam ini memaklumkan terlihat ular itu masuk semula ke dalam rumah senja tadi.

"Saya kemudiannya menelefon Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk bagi memaklumkan kejadian sebelum mereka tiba di rumah emak saya sebentar tadi," katanya.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan anggota APM dan aduan Siti Halimah bahawa terdapat satu lubang kecil di dalam rumah mereka membawa kepada penemuan 14 biji telur ular.
Anggota APM Bagan Datuk sedang berusaha mengesan ular berkenaan.
"Selepas melihat ada lubang, anggota APM memecahkan lantai simen rumah emak dan alangkah terkejutnya kami melihat selonggok telur ular di bawah lantai berkenaan.

"Walau bagaimanapun ular tersebut tidak berada di telur berkenaan dan kami percaya ia sudah masuk ke dalam tanah kerana lubang berkenaan terlalu dalam," katanya.

"Kami ada mendengar bunyi ular berkenaan di dalam lubang sarang ia bertelur tetapi lubang tersebut terlalu dalam dan usaha mencari ular tersebut masih lagi dijalankan," katanya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: