NUFFNANG

Khamis, Mei 11, 2017

Gempar!!! Nelayan Tertangkap Ikan Penuh Tatu

‘Tatu’ seperti mahkota dan perisai 
SEKUMPULAN nelayan terkejut apabila seekor ikan besar yang mereka tangkap penuh dengan ‘tatu’ seperti mahkota dan perisai mempunyai tulisan tulisan serta bentuk daun.

Tatu Mahkota Dan Perisai yang  yang biasa dilukis dilengan manusia
Nelayan terbabit yang juga kagum telah mengambil gambar ikan itu dengan ikan lain sebagai perbandingan.

Sejak gambar itu dimuat naik ke rangkaian berita tempatan GMA News, ia mencetuskan ribuan komen daripada orang ramai yang pelik dengan penemuan itu.

Satu kemungkinan adalah ikan itu memang ditatu sebelum dicampakkan semula ke laut. Tetapi bolehkah ikan yang berkulit licin dan berlendir itu di tatu? Siapa pula yang sanggup membuat tatu pada badan ikan itu? Mungkinkah Ikan Duyung yang melukisnya...semua persoalan ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Namun seorang pembaca, Steve Clark memberi jawapan paling boleh dipercayai.

“Mungkin ada sampah atau kain yang dicampakkan ke dalam laut dan melekat pada badan ikan itu menyebabkan coraknya melekat pada badan ikan itu.

“Ini sekadar pandangan saya,” katanya.

Tidak kurang juga yang menganggap ikan yang ditangkap di wilayah Lopez, Filipina itu mempunyai unsur mistik seperti jelmaan dewa atau hantu laut yang menjelma sebagai seekor ikan.
Mungkinkah Ikan Duyung yang melukis Tatu pada badan ikan itu?...
"Sebenarnya masih banyak lagi perkara di dalam dunia ini yang tidak diketahui kita, terutama di laut dalam.

“Jangan lupa, laut jauh lebih luas berbanding daratan.”



Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: