NUFFNANG

Ahad, Januari 30, 2011

GANGGUAN DAN HENDAP SIBER ! !

Internet telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.Kita menggunakannya untuk bekerja,bermain dan belajar tetapi kita mesti menyedari apa dan dengan siapa kita boleh berkomunikasi.












BEBERAPA TIPS BAGI MENGELAKKAN DARIPADA DIHENDAP DAN DIGANGGU DALAM INTERNET

  1. Jangan balas mesej yang bertanyakkan maklumat peribadi anda.
  2. Jangan berkongsi perasaan peribadi dengan orang yang tidak dikenali,melainkan anda bersedia menghadapi bahaya.
  3. Pilih nama yang tidak melambangkan jantina anda apabila bersembang.
  4. Simpan mesej yang menggangu dan mengancam anda.Emelkan kepada Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCert) di cyber999@cybersecurity.my
  5. Lakukan carian ke atas diri sendiri menggunakan enjin carian bagi memastikan tiada maklumat peribadi anda dipapar oleh orang lain.
  6. Jika keadaan menjadi tidak selesa,log keluar dan layari laman lain.

Untuk dapatkan tip dan nasihat keselamatan siber sila layari http://cybersafe.my/home.html
                                         " Anda Bijak,Anda Selamat "

Sabtu, Januari 29, 2011

Nokia N97 Mini - Kecil tapi hebat

Nokia N97 agak mengecewakanapabila ia mula-mula dikeluarkan kini keluar pula N97 Mini sebagai usaha Nokia untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan pada N97.Saiz telefonN97 Mini telah dikecilkan dengan beberapa ciri diketepikan tetapi fungsi telefon tidak diusik.Dengan itu N97 Mini lebih mudah dipegang dan dimuatkan kedalam poket.

Skrin  pixel tetapi N97 Mini mempunyai saiz 3.2  inci dan resolusi 640 x 360 pixel tetapi ciri sesentuhnya kurang memuaskan berbanding dengan x6 yang lebih baik.Papan kekunci N97 Mini juga adalah memuaskan dan ia lebih ramah jari berbanding N97.


N97 Mini menggunakan Series 60 generasi ke 5 yang pada saya agak ketinggalan berbanding dengan Android atau iOS.Pengguna dan kelancaran aplikasi juga agak perlahan membuatkan sekali-sekala anda agak terganggu.Namun sambungan peranti ini tidak kurang hebatnya,ia menyokong HSDPA,Wi - Fi,Bluetooth 2.0 dan GPS dengan Nokia Maps Storan N97 Mini hanya 8GB dan ia boleh dikatakan kecil untuk telefon yang banyak fungsinya.Keseluruhan saya berikan 7/10...Sungguh memuaskan.

Adobe Umum Peralatan Platform Flash Baru

Platform Flash Baru
Adobe mengumumkan keterdapatan versi beta peralatan platform Flash terbaru iaitu Adobe Flex Builder 4 (Sebelum ini dikenali sebagai Adobe Flex Builder),Adobe Flash Catalyst dan bingkai kerja sumber terbuka Flex 4.Adobe Flash Builder direka untuk membantu pembangun perisian membina aplikasi Internet (RIAS) diperkaya dan Adobe Flash Catalyst pula merupakan peralatan rekaan interaksi profesional untuk membina antaramuka aplikasi pengguna tanpa pengekodan.

Peralatan - peralatan ini menawarkan aliran kerja berintegrasi dan berasaskan bingkai kerja Flex 4.Ia membenarkan pembangun da pereka bekerja lebih mudah dan pantas,Versi beta peralatan terbaru ini boleh dimuatkan di Adobe Labs http://labs.adobe.com/technologies/flash/.

Ovi Store Untuk Pengguna Nokia

Ovi Store untuk muat turun aplikasi mobil secara mudah alih

Tidak semua oran tahu apa yang kita tahu...Ovi Store oleh Nokia kini boleh didapati secara global dan menyokong lebih 75 peranti Nokia termasuk Nokia N97 terkini.
Pelanggan boleh mengunjungi store store.ovi.com menerusi pelayar telefon bimbit,untuk memuat turun,menetapkan dan menambah pelbagai aplikasi menarik,permainan,video,podcast,peralatan ditawarkan secara percuma dan berbayar.

Pengguna Malaysia boleh meningkatkan peranti mereka dengan aplikasi mobil Ovi Store secara memilih ikon Ovi Store di fail Download (muaturun) telefon.Bayaran untuk aplikasi mobil ini boleh dibuat menerusi kad kredit dan tambahan sokongan bahasa serta ciri-ciri baru juga akan dibuat dari semasa ke semasa.Selain itu,penyedia kandungan dan pembangun aplikasi boleh mendaftar untuk meluaskan kandungan ciptaan mereka di Ovi Store menerusi publish.ovi.com.
Ovi Store N97

Khamis, Januari 27, 2011

Berjalan kaki otak bijak

Adakah anda bijak? Amalkan senaman berjalan kaki.Pengkaji di university Illinois membahagikan 124 objek kajian kepada dua kumpulan untuk mengkaji kesan senaman dan kaitannya dengan kecerdasan minda.Satu kumpulan diprogramkan dengan senaman jalan kaki 45 minit sehari,tiga hari seminggu.Sementara kumpulan yang kedua melakukan senaman regangan sejam,tiga kali seminggu.

Hasil kajian selepas enam bulan menunjukkan kumpulan pertama yang melakukan senaman berjalan kaki mendapat markah 15 peratus lebih tinggi daripada kumpulan kedua dalam ujian yang direka untuk mengukur kepintaran dan kebolehan untuk fokus.
Saranan saya jika sekolah anak anda berhampiran rumah dalam lingkungan 200 ke 400 meter biarkan mereka berjalan kaki kesekolah.Kerana dengan berjalan kaki otak bijak.



Bahaya roti

FAKTA BENAR – Bahaya Roti !!
Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Sumber artikel : halaqah.net

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Mencari kenalan melalui Bluetooth

Sumber : panduan2u.blogspot.com
Adakah anda seorang yang pemalu hendak mendekati wanita?Atau anda teringin untuk mengenali seberapa ramai teman baru tetapi tidak tahu caranya.Usah bimbang,segala masalah itu dapat diselesaikan melalui perkembangan alat komunikasi yang semakin canggih kini,Dengan hanya berbekalkan aplikasi bluetooth,impian anda pasti terlaksana.Caranya mudah dengan hanya memaksimumkan kemampuan fonbit bluetooth yang dikenali sebagai Bluejacking.

Bluejacking dapat dilakukan di tempat yang strategik dan ramai orang seperti dikompleks membelibelah,cafe,pusat sukan dan sebagainya.Pastikan jarak anda lebih kurang 10 meter dari orang yang anda sasarkan dan dia turut memakai bluetooth yang sedang aktif.Kemudian lakukan langkah seperti berikut :

  1. Aktifkan bluetooth pada fonbit anda.
  2.  Beri nama samaran pada mesej anda.Misalnya,gunakan nama yang agak unik yang mampu menarik
  3.  perhatian orang lain seperti 'Zanx_2011'dan simpan sebagai nama bluetooth anda.
  4.  Tulis pesanan yang menggoda untuk dibaca.Kemudian simpan.
  5.  Pilih send via Bluetooth.Fonbit anda akan memulakan proses mencari aplikasi bluetooth lain yang ada
  6.  di sekeliling anda.
  7.  Setelah proses pencarian selesai,pilih salah satu yang menarik perhatian anda,lalu kirimlah    pesanan   tadi.
  8.  Jika kedengaran nada dering berhampiran anda,bermaksud ada tindak balas.
  9.  Tindakan selanjutnya?Terpulang pada anda...Semoga berjaya!!

Sabtu, Januari 22, 2011

Binatang Aneh

Hutan amazon menyimpan banyak khazanah binatang-binatang aneh yang tidak pernah kita lihat.Aye-aye adalah nama seekor binatang aneh yang hidup dengan memakan semut atau serangga halus di dalam batang kayu buruk dengan mengunakan jarinya untuk mengetuk batang tersebut supaya serangga-serangga itu keluar.
The Aye-aye...nama binatang ini.

Lagi pelik...Ulat bulu bertelinga seperti arnab.

Misteri..Kura-kura berleher seperti zirafah

Selasa, Januari 18, 2011

Makhluk Aneh Panama

Seekor makhluk aneh telah di temui di Panama,menurut laporan beberapa orang remaja telah membunuh makhluk aneh yang menyerupai manusia itu,sebaik sahaja makhluk itu keluar dari sebuah gua kerana ketakutan.
Kemudian remaja-remaja itu kembali ke gua tersebut untuk mengambil gambar makhluk aneh itu.






Makhluk aneh seperti ini juga pernah di temui di beberapa buah negara lain,dan ada yang di pelihara secara rahsia,Makhluk aneh yang mirip manusia,kanggaru dan serigala ini adakah allien?Sehingga kini pihak saintis masih membuat kajian keatas spesis ini.
Ada juga yang dapat di rakam videonya.

Aneh...ada yang di pelihara oleh manusia secara rahsia.

Selasa, Januari 11, 2011

Keturunan The Flinsstones

Nampaknya ada beberapa orang di Rusia yang masih suka hidup dengan cara Flinstones hidup cara lama. Jika anda penggemar kartun Flinstones, anda boleh mencari keturunan mereka di suatu tempat di Russia atau lebih tepatnya, anda boleh mencari pemilik kereta ini.


Kereta ini benar-benar unik dan buatan tangan rodanya, yang diperbuat dari kayu. Nampaknya pemilik kereta ini selesa naik kereta seperti itu, sekalipun mungkin kelihatan sangat tidak selesa bagi kita. Saya hanya sedikit ingin tahu apa yang akan pegawai polis Rusia harus mengatakan tentang ini...

Lucu...Kreatif atau pun tak de duit nak tukar tayar?


Selasa, Januari 04, 2011

Makhluk Halus

Sumber_Media Barcroft



Sebuah imbasan berwarna mikrograf elektron (SEM)Terlihat kepala berenga
atau larva lalat lalat hijau (Protophormia sp.) Dengan gigi taring kecil
yang memanjang dari mulutnya.Berenga lalat ini digunakan untuk
membersihkan luka.Berenga telah disterilkan dan ditempatkan
di luka, di mana mereka memakan rangkaian mati dan meninggalkan rangkaian
sihat dengan air liur mereka mengandungi bahan kimia anti-bakteria
yang mempertahankan sterilitas di kawasan luka tersebut. Berenga
digunakan pada bisul dan luka dalam jauh dari organ atau rongga tubuh,
yang paling sering digunakan untuk mengubati kudis diabetes pada kaki.


Kutu kucing (Ctenocephalides felis) Antara bulu kucing,Yang di lihat mengunakan mikrograf elektron (SEM)

Mengunakan Imbasan berwarna mikrograf elektron kelihatan tungau debu rumah (Dermatophagoides pteronyssinus). Jutaan tungau debu menghuni rumah,  memakan sel-sel kulit mati manusia. Mereka terutama tinggal di perabot, dan biasanya tidak berbahaya. Namun, kotoran yang di sebar boleh menyebabkan reaksi alergi pada orang yang terdedah.


Mengunakan Imbasan berwarna mikrograf elektron dapat di lihat tungau tepung atau  tungau (Acarus Siro). Ini mempunyai rambut panjang yang membentang dari tubuhnya dan besar kaki depan yang kuat. Jenis ini merupakan hama umum,dapur, makanan terutama pada biji-bijian,jagung kacang dan beras.


Mengunakan imbasan elektron mikrograf Kelihatan kutu anjing (Ctenocephalides canis), pada celahan bulu dan kulit anjing,Sangat mengelikan.


Sebuah imbasan berwarna mengunakan elektron mikrograf kelihatan kepala penyu semut tentera (Cephalotes sp.) Berasal dari hutan Amazon..Sungguh menakjubkan.

         Bakteria pada lidah manusia,yang di lihat di bawah mokroskop.

Seekor kutu kepala di helaian rambut manusia yang di lihat mengunakan mikroskop...sungguh mengelikan.

Hodoh...seperti wajah hantu,Inilah rupa bentuk seekor nyamuk yang di lihat di bawah mikroskop.

Yang ini tidak perlu mengunakan mikroskop...Basikal tua dan antik siapa punya la sesat kat sini...

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: