NUFFNANG

Jumaat, April 29, 2011

Minum kopi dapat tengok hantu

KOPI yang berlebihan boleh mengakibatkan halusinasi.
LONDON - Penyelidik Universiti Durham mendapati mereka yang gemar minum terlalu banyak kopi berkemungkinan besar dapat melihat hantu dan mendengar pelbagai suara misteri.

Buka akaun Facebook

Bagaimana cara hendak buka akaun sosial Facebook? . Perlukah saya membuka satu lagi akaun emel baru dan bolehkah saya menguna kata laluan (password) yang sama ketika hendak membuka akaun Facebook tersebut ?
l Apakah cara masukkan imej / objek daripada kad memori telefon bimbit dan kamera digital ke dalam PC dan laptop . Apakah perisian yang diperlukan?

Rabu, April 27, 2011

Gambar permukaan bulan yang sebenar disiar



GAMBAR terbaru permukaan bulan disiarkan oleh Agensi Angkasa Jepun semalam.



PANORAMA yang menunjukkan Bumi dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat Kaguya milik Jepun.TOKYO - Agensi Angkasa Jepun menyiarkan gambar terbaru permukaan bulan yang dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat kecil iaitu Kaguya beberapa minit sebelum ia terhempas, lapor sebuah akhbar semalam.
LIHAT VIDEO BERIKUT.

Ahad, April 24, 2011

AS tipu dunia mendarat di bulan?

TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan AS yang berjalan di bulan pada Julai 1969.

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.Sila lihat video-video berikut.

Jerman lebih awal bina Stealth



Prototaip pesawat tentera Nazi Jerman iaitu Horten 2-29 mirip Stealth milik Amerika Syarikat.

BERLIN - Rangkaian National Geographic akan menyiarkan dokumentari yang menunjukkan Jerman sudah membina pesawat mirip Stealth milik Amerika Syarikat (AS) ketika di zaman pemerintahan mendiang Adolf Hitler.
Lihat video pesawat tersebut.

Sabtu, April 23, 2011

Gempar Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928

Telefon bimbit wujud pada 1928 ?


IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.



LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh



GAMBAR menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas.





BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt Newspada Jumaat lalu.

Video rakam cahaya misteri di atas Masjid Al-Aqsa



PADA Jumaat lalu, satu cahaya misteri (dalam bulatan) turun dari langit ke Kubah Emas, Baitulmuqaddis.

Jumaat, April 22, 2011

Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan



TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Hanya mulut dara dibenar petik daun teh

SEORANG gadis yang masih dara memetik daun teh China dengan menggunakan mulutnya di Ladang Jiuhua, Gushi, baru-baru ini.

Rabu, April 20, 2011

Gempar bangkai makhluk asing ditemui di Rusia





KLIP video di laman YouTube menunjukkan bangkai makhluk asing ditemui di kawasan bersalji di Republik Buryatia, Rusia.

ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.
Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.
Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Selasa, April 19, 2011

Awas Foto peribadi dieksploitasi

RAMAI artis yang menjadi mangsa kontroversi di Internet gara-gara pelbagai foto peribadi mereka.


APABILA blog, portal atau laman sosial yang dimiliki dianggap sebagai laman peribadi, kecenderungan paparan yang dikemaskini juga bersifat peribadi sangatlah tinggi. Ia adakalanya bagaikan sebuah diari.

Isnin, April 18, 2011

Tupai bergaya di depan kamera

GAMBAR menunjukkan seekor tupai berada di depan kamera Mellisa dan suaminya.


TAMAN NEGARA BANFF - Seekor tupai sempat melompat dan berdiri di depan kamera semasa Mellisa Brandt dan suaminya merakamkan gambar mereka di Tasik Minnewanka, Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.
Aksi haiwan itu menyebabkan gambar tupai tersebut turut dirakamkan secara tidak sengaja.
"Kami meletakkan kamera di atas batu dan bersiap sedia untuk gambar kami dirakamkan secara automatik apabila tiba-tiba seekor tupai datang kerana tertarik dengan bunyi kamera," kata Mellisa.
Menurutnya, dia dan suaminya ketawa apabila melihat aksi tupai itu kerana ia merupakan peristiwa yang mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup mereka. - Agensi

Upah gunting rambut Sultan Brunei RM86,497

Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

SULTAN HASSANAL BOLKIAH


LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Timeskelmarin.

Jyothi Raj Spider Man India

Spider Man India ...


PELAJAR-PELAJAR sekolah terpegun melihat aksi Raj.














RAJ menunjukkan salah satu aksinya.

NEW DELHI - Kedua-dua tangan Jyothi Raj, seorang bekas buruh binaan di negeri Karnataka, India melekat seperti watak Spider Manketika dia memanjat dinding, lapor sebuah akhbar semalam.
Jyothi, 22, menyedari dia memiliki keupayaan luar biasa itu empat tahun lalu ketika memanjat pelantar buluh yang biasa digunakan oleh pekerja binaan di rantau Asia.
Dia mendakwa tidak pernah menggunakan abah-abah atau sebarang peralatan keselamatan lain ketika memanjat.
Kebolehannya itu diperoleh selepas dia melihat monyet memanjat pokok dan menyaksikan lakonan pelagak ngeri dalam filem kegemarannya.
"Pada setiap hujung minggu, saya memanjat di kubu yang terkenal di Chitradurga untuk menghiburkan penonton," katanya.
"Saya suka melihat muka penonton apabila saya memanjat dalam keadaan terbalik dan mendengar nafas mereka terhenti kerana bimbang dengan keselamatan saya," ujarnya. - Agensi

Ahad, April 17, 2011

Jet F-22 cipta kon wap

Menakjubkan...Jet F-22 


GAMBAR menunjukkan jet pejuang F-22 Raptor milik Tentera Udara Amerika Syarikat membentuk kon wap.






JUNEAU - Jet pejuang F-22 Raptor milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dikelilingi oleh kon wap yang terbentuk kerana ia menyamai kelajuan bunyi.

Rahsia ayam betina bertelur banyak terbongkar

RUI'AN dengan ayam betinanya yang mempunyai dua 
punggung.

Misteri gambar hantu

Kemunculan imej pelik pada hasil fotografi seperti bulatan kabur atau ektoplasma banyak menimbulkan tanda tanya. Semakin ramai percaya bahawa itu adalah jelmaan jin atau syaitan.



MUNGKIN bagi yang lemah semangat, sebarang foto yang memberi idea tentang kehadiran 'entiti' atau makhluk halus akan segera dikoyak, dibakar atau dibuang. Namun, bagi sesetengah yang lain, ia bukan lagi suatu perkara yang menimbulkan rasa panik atau takut.

Sabtu, April 16, 2011

Tupai pertahan bangkai rakan





KLIP di laman YouTube menunjukkan seekor tupai melindungi bangkai rakannya.

Wanita lebih tertarik pada lelaki berbaju merah



GAMBAR menunjukkan Cristiano Ronaldo memakai baju berwarna merah pada 25 Jun lalu di sebuah stadium di Durban, Afrika Selatan.

NEW YORK – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) menyatakan wanita lebih tertarik pada lelaki yang memakai pakaian berwarna merah, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyelidik di Universiti Rochester yang melakukan kajian tersebut, Profesor Andrew Elliot berkata, warna merah berupaya menjadikan lelaki kelihatan lebih bertenaga sekali gus membuatkan wanita tertawan.
“Kami mendapati wanita melihat lelaki yang berpakaian warna merah sebagai memiliki status lebih tinggi, lebih cenderung memiliki kekayaan dan pengaruh. Tanggapan berkaitan status tinggi ini menyebabkan wanita tertarik kepada mereka,” katanya.
Menurut profesor di bidang psikologi itu, beberapa kajian mendapati wanita tidak menyedari tentang kesan warna merah tersebut.

UFO paling besar di Manchester

GAMBAR lakaran artis menunjukkan bentuk objek terbang yang tidak dikenali berlegar di Lapangan Terbang Manchester pada 1995.

Jumaat, April 15, 2011

Video pembongkaran perancangan konspirasi

Teori Konspirasi Pembohongan Sejarah - Pencerahan Dunia Akhir Zaman

Video yang sangat mengagumkan ini berlangsung selama 22 minit,terbahagi kepada 2 bahagian. Secara keseluruhan, videoini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dahsyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Harap anda semua dapat meluangkan masa, fokus menonton video ini. Jadi, marilah kita bersedia untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dunia hari ini.


Khamis, April 14, 2011

Kaki bayi di permukaan perut

Jelas...kelihatan tapak kaki si comel
Dalam beberapa kes apabila seorang wanita hamil, pada kehamilan akhir anda dengan jelas dapat melihat tangan bayi, kaki atau bahagian lain dari tubuh ditekan pada perut anda ketika bayi bergerak atau menendang. Dalam kes-kes sebegini anda akan lebih dapat merasakan kehadiran bayi di dalam rahim anda.

Gempar awan bentuk cincin di langit



GAMBAR menunjukkan awan membentuk imej cincin di langit Moscow.


MOSCOW - Sebahagian penduduk Rusia menyaksikan satu fenomena unik apabila imej seperti cincin yang bersinar terbentuk di langit di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej itu dirakamkan oleh seorang penduduk pada Rabu lalu dan boleh dilihat menerusi laman webYouTube.


Bagaimanapun, seorang pegawai meteorologi menafikan kejadian itu berlaku akibat kuasa ghaib.
Menurut seorang jurucakap agensi meteorologi di sini, kejadian itu disebabkan oleh kesan maya pada pandangan mata.


"Ia merupakan satu kesan maya walaupun kelihatan seperti mengagumkan.
"Jika anda melihat dengan lebih dekat, anda akan mendapati terdapat sinaran matahari yang datang melalui awan itu," katanya. - Agensi

Rabu, April 13, 2011

Tip Resume kerja yang baik

Bagi remaja yang telah menamatkan pelajaran dan bakal menempuh alam pekerjaan, Saya senaraikan beberapa tip resume yang baik.

ANDA harus bijak menulis resume yang memberi kesan apabila dibaca oleh penilai.


Bilangan muka surat
BILANGAN muka surat kadangkala memainkan peranan penting dalam menghasilkan ringkasan kerja (resume) yang dikehendaki sesebuah syarikat. Ini kerana, ada sesetengah syarikat memerlukan resume yang pendek. Ada pula syarikat lebih cenderung kepada resume panjang dan terperinci.

Gempar Video Orang Asli Amazon di temui

last uncontacted tribes02 650x425 Breathtaking photos of one of the worlds last uncontacted tribes
GAMBAR ini menunjukkan beberapa Orang Asli berdiri sambil memegang tombak di kawasan penempatan mereka di sempadan Brazil-Peru.

DUA Orang Asli mengacukan tombak mereka.

Selasa, April 12, 2011

Bentuk hati akibat fenomena alam


                                   PLAY !

PULAU SPITZBERGEN, NORWAY - Satu fenomena alam semula jadi berlaku apabila satu bentuk hati yang sinonim dengan lambang cinta terbentuk selepas ais cair di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Bentuk itu terjadi disebabkan oleh perubahan cuaca yang mencairkan glasier di pulau tersebut yang terletak 997.28 kilometer dari Kutub Utara.
GAMBAR menunjukkan lubang berbentuk hati yang dirakamkan oleh jurugambar Bruno Mazodier di Pulau Spitzbergen, Norway.
Beberapa blok ais terperangkap ketika glasier bergerak menyebabkan satu lubang berbentuk hati berlaku yang kemudian dipenuhi air akibat hujan dan ais mencair.

Gempar wajah menyeramkan di langit




                                PLAY !

ANKARA - Menakutkan. Itulah yang dapat dikatakan tentang wajah beberapa makhluk jahat yang terbentuk di angkasa hasil formasi awan.

Wajah-wajah 'makhluk jahat' itu dirakam oleh seorang remaja, Mehmet Candar, 18, dengan menggunakan telefon bimbit berkamera di bandar Konya di wilayah Bozkir, Turki.

Jumaat, April 08, 2011

Gempar video pembuatan telur tiruan


                                                     Play
Pengguna panik

KUALA LUMPUR: Penjualan telur ayam tiruan yang dikesan berlaku di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang, kelmarin menimbulkan rasa panik kebanyakan pengguna sekitar ibu kota yang hampir keseluruhannya tidak mengetahui perbezaan antara telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan.

Rabu, April 06, 2011

Robot seks wanita dijual RM23,642



HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.



LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy

Selasa, April 05, 2011

Sotong guna tempurung kelapa

Bijak-bijak . . .



SOTONG kurita bersembunyi dalam tempurung kelapa.


SYDNEY - Sotong kurita mungkin lebih bijak daripada sangkaan anda.
Saintis-saintis mendedahkan

Isnin, April 04, 2011

Gempar biri-biri berwajah manusia

Dead Lamb with Human Like Face
Gempar...anak biri-biri lahir berwajah manusia
Di kota tidak jauh dari Izmir, Turki, seekor biri-biri melahirkan anak biri-biri mati dengan wajah yang sangat mirip manusia.Doktor haiwan tempatan Erhan Elibol yang menyambut kelahiran

Jumpa tengkorak di Marikh

Tengkorak di Marikh?




GAMBAR dalam bulatan menunjukkan objek mirip tengkorak manusia yang ditemui di Planet Marikh.SYDNEY - Seorang pemerhati objek terbang yang tidak dikenali (UFO), Michael Middleton menjadi terkenal selepas dia mendakwa terdapat tengkorak dalam gambar planet Marikh yang dirakamkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: