NUFFNANG

Selasa, Jun 28, 2011

Teori serangan UFO

BENARKAH ...Wujudnya ancaman dari UFO?
PADA malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).

Sanggupkah anda?

Tidak semua pendaki-pendaki gunung di dunia ini sanggup melakukan apa yang mereka lakukan.Hatta pendaki gunung Everest pun tidak pernah melakukanya.
BAGAI MIMPI NGERI...tidur beribu-ribu kaki dari tanah.

Isnin, Jun 27, 2011

Cerita gengster Melayu Singapura



"SELAMA 16 tahun menjadi Muslim yang jahil adalah kerugian paling besar dalam hidup saya." - Mahathir

PEMUDA ini, Mahathir Dawood, masih muda. Umurnya baru sahaja mencecah 24 tahun.
Berpewatakan menarik dan petah bercakap, beberapa potong hadis dan sirah Nabi yang dilafazkan tatkala menyertai sesi perkongsian pengalaman pada petang itu secara tidak langsung menonjolkan karakter warak lelaki ini.

Jangan makan limau madu



Limau madu yang didakwa mengandungi racun serangga Ethion berlebihan yang boleh membawa maut kepada si pemakannya.

NARATHIWAT (Selatan Thailand) - Pengguna di Malaysia dinasihatkan tidak membeli buah limau madu dari negara ini kerana ia dikesan mengandungi racun serangga Ethion yang berlebihan dan boleh mengancam kesihatan sehingga membawa maut.

Imej bandar ganjil di kaki langit



SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Break Dancing Gorilla

Zola, sembilan tahun, adalah salah satu daripada lapan ekor gorila kini tinggal di Calgary Zoo .
EWAHH...Joget sakan si Zola ni

4 Makanan paling bahaya di asia

Menurut satu kajian di barat,negara asia banyak mempunyai makanan yang merbahaya untuk di makan.Dan menurut mereka lagi tukang masak asia mempunyai kepakaran maut,Dan benar-benar berani.Inilah antara ribuan makanan maut menurut kajian mereka.Jangan terperanjat ! tempat pertama buah kebangaan kita,raja segala buah...
DURIAN
LAZAT...Tapi mudarat
Jika anda memakan buah durian kemudian minum arak ianya boleh mendatangkan maut serta merta.Oleh sebab itu buah durian sangat di takuti oleh mat atau mek salleh (orang putih).

kandungan kalori dan gula dalam ulas-ulas durian itu antara aspek yang harus diberi pertimbangan sebelum kita menelan semua ulas yang ada di hadapan mata.Terutamanya jika anda penghidap kencing manis,semput,stroke dan lemah jantung.

Ahad, Jun 26, 2011

Kisah biawak makan orang


Biawak komodo memiliki gigi setajam jerung dan racun berbisa yang mampu membunuh manusia dalam tempoh satu jam selepas digigit.

Makan kari elak lupa

SEMAKIN ramai orang Barat yang sudah memahami kandungan khasiat penting daripada bahan rempah yang selama ini sering digunakan dalam penyediaan makanan Asia.

KOLEJ Diraja Psikiatri Britain mendakwa amalan makan hidangan berasaskan kari sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan mudah lupa.

Hargai isteri anda semasa hayat masih ada

Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.


APABILA isteri bahagia dengan apa yang dilakukan, maka perasaan mereka akan tenang dan gembira.




MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?

Geliga lipan tarik duit

Menjadi buruan kaki kasino dan ‘penarik harta’.
PERBANDINGAN geliga lipan (dalam bulatan) dengan batu-batu geliga jenis lain. Geliga lipan kadangkala dijual pada harga yang tidak masuk akal iaitu RM10 juta sebutir.

Sabtu, Jun 25, 2011

Gempar jumpa ular berkaki empat



SEEKOR ular ganjil yang mempunyai empat kaki dan lima jari ditemui di Sulawesi kelmarin.

Tidak disambar petir kerana iPod



BAJU yang dipakai Sophie terbakar kerana disambar petir.

Jumaat, Jun 24, 2011

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Air liur gadis 18 tahun dijual



LAMAN web menunjukkan Li menjual air liur gadis remaja yang berumur 18 tahun 
di Beijing.

BEIJING - Seorang wanita, Zhou Li di sini menjual air liur gadis remaja untuk tujuan kesihatan, lapor sebuah akhbar.
Li mengenakan bayaran sebanyak AS$3.25 (RM11.40) bagi setiap botol yang mengandungi air liur itu di kedainya di Beijing, China.

Bahana krim pemutih

Penjualan krim pemutih kulit yang tidak terkawal di Senegal menyebabkan ramai wanita di negara itu berdepan dengan risiko kecacatan kulit akibat kesan negatif bahan hidrokuinon.


BAHAN hidrokuinon yang tinggi menyebabkan seorang wanita Senegal menderita iritasi kulit yang teruk.



SELAMA 20 tahun, Diop tanpa jemu menyapu krim pencerah wajah sebelum tidur. Sapuan itu dilakukannya setiap malam dengan harapan dirinya kelihatan lebih putih. Dia terus melakukannya sehinggalah suatu hari tompok-tompok hitam mulai muncul di wajahnya kira-kira dua tahun lalu.

4 idea sempoi

Kadang-kadang masaalah boleh di selesaikan dengan sedikit idea yang sederhana.
Ingin untuk menakut-nakutkan seseorang dan tidak tahu bagaimana? Ini lebih mudah daripada yang anda fikirkan.

Rabu, Jun 22, 2011

Mentega beracun rosakkan hati

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan AMREE AHMAD


BUKTI... Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris menunjukkan sampel mentega kacang dalam satu sidang media di Pulau Pinang tidak lama dahulu.


SABAN hari, mentega kacang menjadi antara produk makanan yang digemari rakyat negara ini. Malah ada yang menjadikannya sebagai bahan penyedap roti setiap kali bersarapan atau memulakan kerja pada awal pagi.

Tersilap bedah


TOKYO - Sebuah hospital di Jepun  mengaku bahawa sekumpulan doktor tersalah membuang payu dara kiri seorang pesakit.

Isnin, Jun 20, 2011

Mandi malam boleh sebabkan lumpuh?



UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka .

MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.

Gali lubang jumpa ular sawa enam meter



ORANG ramai menangkap ular sawa bunga sepanjang enam meter dekat Empangan Kwong, Lubuk Setol, Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG - Seorang pemandu jentera berat terkejut apabila menjumpai seekor ular sawa bunga sepanjang enam meter di dalam lubang yang digalinya.

Ahad, Jun 19, 2011

Awas Pewarna rambut punca kanser - CAP



MOHAMED IDRIS menunjukkan pewarna rambut yang didakwa mengandungi bahan yang merbahaya kepada pengguna di George Town.

GEORGE TOWN - Biarpun pewarna rambut dianggap fesyen terkini dan menjadi kegemaran untuk menyerlahkan penampilan, ramai yang tidak menyedari ia boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan risiko kanser.

Gempar meteor jatuh

TIGA... keping gambar ini menunjukkan rakaman meteor jatuh ke Bumi sebelum meletup dan mengeluarkan cahaya cerah di Edmonton, Kanada Khamis lalu.
 EDMONTON – Satu cahaya meteor menyebabkan satu siri panggilan kecemasan dilaporkan kepada polis di bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada Khamis lalu, lapor sebuah akhbar.
Seorang petani, Marcel Gobeil berkata, pada mulanya meteor itu kelihatan seperti percikan bunga api dan mempunyai pelbagai warna di angkasa.

Sabtu, Jun 18, 2011

Kaitan UFO dan Nazi Jerman

Menurut satu kajian,ada kemungkinan pihak Nazi dan makhluk asing Aliens pernah bersekutu semasa perang dunia ke 2. Yang merupakan satu pakatan yang hebat.Di mana makhluk Alien telah menyediakan teknologi UFO kepada Nazi.
ALIEN...Hitler di dakwa pernah bertemu makhluk tersebut.

Jumaat, Jun 17, 2011

Skuter yang pelik

PELIK ...Satu-satunya motor yang pakai selimut besi.
Marc Graells Ballvé adalah seorang perekabentuk Sepanyol penuh idea dan bakat yang luarbiasa. Diantaranya adalah sistem anti-kecurian konsep yang disebut Melindungi 486.

Kulit labu jadi topi keledar

PEMBONCENG dan penunggang motosikal memakai 'topi 
keledar' buatan sendiri di Lagos Nigeria.
KANO - Gara-gara harga topi keledar yang mahal di Nigeria, ramai pengguna motosikal mencuba pelbagai helah bagi mengelak disaman polis, lapor sebuah akhbar.

Bekas jurutera cipta basikal gergasi



WOUTER VAN DE BOSCH mengayuh basikal ciptaannya di Arnhem, Belanda baru-baru ini.

ARNHEM - Seorang pelajar jurusan seni di Belanda, Wouter van den Bosch mencipta sebuah basikal gergasi seberat 450 kilogram dengan menggunakan peralatan yang didermakan oleh rakan-rakannya selain sebuah syarikat traktor, lapor sebuah akhbar semalam.

Misteri bunyi pelik dalam enjin



GAMBAR menunjukkan Smith (kiri) dan seorang mekanik yang memegang seekor anak kucing.

COLCHESTER, England - Misteri bunyi pelik muncul setiap kali enjin sebuah kereta BMW dihidupkan oleh pemiliknya, Paul Smith akhirnya dapat diselesaikan oleh seorang mekanik, lapor sebuah akhbar semalam.

Orang gemuk hidup lebih lama

Gemuk...jangan risau nikmati hidup ini dengan penuh kegembiraan.
PORTLAND - Satu kaji selidik di sini mendakwa individu gemuk cenderung untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang memiliki berat badan ideal, lapor sebuah akhbar semalam.

Gajah dicat warna panda



SEKUMPULAN pelajar sekolah mendekati gajah yang diwarnakan seperti beruang panda di wilayah Ayutthaya baru-baru ini.

GAJAH sudah menjadi simbol Thailand sejak sekian lama namun negara itu mempunyai minat mendalam terhadap beruang panda sejak seekor haiwan berkenaan melahirkan anak di sebuah zoo di Bangkok baru-baru ini.

Khamis, Jun 16, 2011

Tonik untuk lelaki



POKOK tongkat Ali mudah dikenali.




SATU lagi khazanah alam yang berkhasiat untuk lelaki ialah tongkat Ali hitam. Daunnya jenis tunggal terbit berselang-seli di sekujur batang. Daun bujur panjang dan meruncing di bahagian hujung, mempunyai urat-urat yang jelas yang melekuk pada permukaan daun hingga daun kelihatan berkedut tetapi berkilat.

Fikirkan seks punca bersin?

BENARKAH lelaki bersin kerana memikirkan seks atau selepas mencapai kemuncak syahwat? - Gambar hiasan
PARIS - Dua doktor di Britain mendapati dalam kajian mereka bahawa punca lelaki bersin adalah kerana mereka memikirkan mengenai seks.

Rabu, Jun 15, 2011

Menakjubkan Melihat Bumi Dari Luar Angkasa

Menakjubkan...bumi di lihat dari angkasaraya
Pemandangan bumi yang paling menakjubkan,yang di ambil oleh angkasawan dengan kamera digital mereka.Dr Justin Wilknson daripada pasukan angkasawan NASA telah membuat rakaman video ini semasa mereka sedang bertugas di angkasa.

India gembira temui air di bulan

Imej air di bulan yang berjaya di rakam Satelit India,Chandrayaan-1
BANGALORE - Sebuah satelit India, Chandrayaan-1 yang mengesahkan penemuan kehadiran air di bulan kelmarin menjadi tajuk utama pelbagai media di negara itu .
Satelit itu yang dilancarkan ke orbit untuk misi mengelilingi bulan sejak Oktober tahun lalu sebelum ini mencetuskan kebimbangan kerana ia gagal menghantar balik isyarat ke bumi.

Selasa, Jun 14, 2011

Kemaluan lelaki dilekat dengan gam oleh 3 wanita



ZIEMANN (kiri), Sewell (tengah) dan Belliveau.

CHILTON - Tiga wanita yang berang kerana ditipu bertindak melekatkan kemaluan seorang lelaki, Donessa Davis di atas perutnya dengan menggunakan gam di sebuah motel di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Tindakan itu diketuai oleh isteri Davis iaitu Tracy Hood-Davis yang mengetahui perbuatannya yang meniduri beberapa wanita lain.

Awas bahaya polystyrene

Bahaya...setiap hari kita gunakan sebagai pembungkus makanan

ANTARA isu kesihatan yang hangat diperkatakan di Jepun akhir-akhir ini ialah tentang bahaya yang dihadapi oleh para pengguna yang memakan makanan di dalam bekas polystyrene.
Dalam kehidupan moden hari ini polystrene digunakan dengan meluas sama ada sebagai bekas makanan segera (terutamanya mi segera) atau bekas makanan bungkus. Pasar-pasar raya juga menyediakan polystyrene sebagai pembungkus makanan. Adalah dipercayai polysytyrene mengandungi bahan toksik yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Isnin, Jun 13, 2011

Cerita seram rumah mayat

Bagaimanapun, menguruskan mayat tanpa kepala, leper seperti lempeng atau hancur seluruh badan dianggap biasa oleh kakitangan rumah mayat PPUM.






LANGKAH kaki penulis ke rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) agak perlahan. Maklumlah, banyak kisah seram yang diceritakan orang mengenainya.

Ahad, Jun 12, 2011

Guna ular 'sembelih' ayam di meja hidangan






KALAU tak sanggup menjadi seorang pemakan sayur sepanjang hayat, biarlah berpada-pada dalam memilih menu makanan. Lebih-lebih lagi, kalau ia melibatkan kekejaman terhadap haiwan. Pada awal bulan lalu, pegawai kerajaan China telah bertindak untuk menutup restoran-restoran yang menghidangkan hidangan ayam yang digigit oleh ular beracun.

Awas Teh panas dikaitkan dengan kanser kerongkong

Teh panas...memang sedap dan segar tetapi awas...
PARIS - Menurut satu kajian yang disiarkan British Medical Journal, penggemar minuman teh panas berisiko menghidap kanser kerongkong.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal itu menyatakan risiko itu tidak berlaku terhadap peminum teh yang lebih sejuk.

Awas Burger tinggi lemak

Ramai yang menggemari burger atas alasan mudah, cepat dan enak. Tetapi ramai yang terlupa burger juga menawarkan lemak yang banyak.


HAMBATAN masa pada zaman moden ini menyebabkan manusia semakin hidup dalam kekangan masa yang terhad. Benarkah begitu?
Apakah yang biasanya menjadi pendorong kepada masalah kesihatan yang semakin membimbangkan di kalangan masyarakat maju hari ini.
Selain kurang bersenam atas alasan sibuk, masyarakat maju juga terlalu mendekatkan diri dengan makanan segera atas alasan yang sama. Mengapa makanan segera tidak digalakkan untuk diambil?

Bekas presiden Bush percaya Bumi dicipta oleh Tuhan



Bekas presiden (AS) Bush

WASHINGTON - Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyatakan kepercayaan beliau bahawa Tuhan yang mencipta bumi.
Bercakap dalam wawancara dengan stesen televisyen ABC,Bush turut berkata, beliau tidak bersifat literalis atau menerima secara total tanpa membuat penafsiran apabila membaca Injil walaupun seseorang individu dapat mempelajari banyak daripada kitab berkenaan, termasuk ajaran New Testament bahawa Tuhan menghantar anaknya bagi mengajar manusia.

'Superman' ini boleh jadi korban

INILAH dia aksi 'Superman' LPT yang menunggang motosikal sambil meniarap dan menyandang beg  kelmarin.

SELAMBA. Aksi berani mati penunggang motosikal ini membuatkan kecut perut. Manakan tidak, keseronokan merempit dengan aksi meniarap ala-Superman atas motosikal menyebabkan dia mungkin tidak menyedari kenderaan lain juga sedang dipandu laju di Lebuh raya Pantai Timur (LPT) semalam.

Sabtu, Jun 11, 2011

Gempar Meteor meletup di Amerika Syarikat



RAKAMAN menerusi kamera web cam menunjukkan letupan meteor di ruang angkasa Madison, Amerika Syarikat pada malam Rabu lalu.



MADISON - Sebutir meteor yang besar telah menerangkan ruang angkasa Wisconsin, Iowa, Illinois dan Missouri, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menghasilkan satu bunyi letupan sonik yang menggegarkan rumah-rumah serta boleh didengari ratusan kilometer jauhnya pada malam Rabu lalu.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: