NUFFNANG

Jumaat, September 30, 2011

Ikan bakar Portugis






IKAN bakar ala Portugis menjadi kegemaran ramai. Selain mudah disediakan, ia juga harum dan memikat selera. Anda boleh sediakan dan bungkus untuk dipanggang atau barbeku di tempat perkelahan. Ia memang sesuai sebagai hidangan dengan nasi.

Khamis, September 29, 2011

Gempar orang asli jumpa katak gergasi 20 kg.

Imej mengejutkan menunjukkan katak gergasi dengan sepasang kaki belakang yang setanding dengan kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun.

GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN: Adakah anda percaya bahawa katak gergasi seberat 20kg wujud?

Mempamerkan imej makhluk gergasi yang diambil dengan kamera telefon bimbit, seorang lelaki Cina dari Gemencheh mendakwa bahawa gambar itu diambil dua minggu lalu di kawasan pergunungan di Gemencheh. Katak besar bersaiz gergasi dengan anggaran berat kira-kira 20kg, berat badan normal kanak-kanak tujuh atau lapan tahun.

Selasa, September 27, 2011

Wanita pinggang teramping



WANITA dari Carolina Utara, Cathie Jung memegang rekod dunia sebagai individu pinggang paling ramping yang masih hidup.

SEBAIK sahaja gadis itu melangkah masuk ke ruang uji bakat America's Next Top Model (ANTM), juri-juri termasuk supermodel terkenal, Tyra Banks memandangnya dengan mulut yang terlopong.
"Anda mempunyai pinggang paling kecil di dunia!" ujar Tyra kepada gadis bernama Ann Ward itu.

Isnin, September 26, 2011

Orang tua dari Hong Kong jadi pemuda di Kanada


HEBAT...Penyamaran mirip siri "Mission Immposible"

Katak Afrika makan tikus tanah



GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan seekor katak Afrika memakan seekor tikus.

LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya.

Ahad, September 25, 2011

Hebat Pecah kayu dengan payu dara



GAMBAR menunjukkan Susan Sykes memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya dalam satu program bakat televisyen di Jerman baru-baru ini.

BERLIN - Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya, lapor sebuah akhbar.

Lelong dara bayar yuran



GAMBAR Unigirl yang disiarkan menerusi laman web New Zealand.

KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.

Apabila daging babi dijual terbuka


Sudah namanya pasar, kesesakan lalu bukanlah satu perkara yang asing. Tetapi apabila ada peniaga daging babi menjual daging babi di kaki lima secara terbuka, ia ternyata mengundang rasa tidak senang di hati banyak pihak.

LAMBAKAN premis perniagaan tidak berlesen di luar Pasar Air Itam menyebabkan kesesakan lalu lintas.

MENYUSURI kesibukan pagi di pekan Air Itam, Pulau Pinang cukup menyeronokkan terutamanya melihat kerancakan para peniaga berurusan. Laluan trafik yang sesak disebabkan gerai-gerai niaga di kiri dan kanan jalan sebenarnya satu gambaran biasa bagi sebuah pekan kecil seperti itu.

Mesin wuduk automatik di pasaran enam bulan lagi



KETUA Imam Masjid Jamek, Mohd. Adam Sarpan mengambil wuduk menggunakan Auto Wudu Washer di Hotel Impiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri akhirnya mencetuskan idea inovasi kepada seorang juruterbang.

Sabtu, September 24, 2011

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut



LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.

Orang Utan ketagih rokok

Orang Utan yang ketagih rokok .
Seekor Orang Utan di sebuah zoo telah ketagih merokok,Menurut penjaga zoo ini Orang Utan ini sering diberi rokok oleh pengunjung dan akhirnya ketagih.Orang Utan ini lebih rela tidak makan asalkan diberi rokok.Macam-macam ragam binatang sekarang.

Jumaat, September 23, 2011

Ayam pun ada perasaan



HIDANGAN ayam yang dimasak apa pun, digoreng, dibuat sup, masak kurma, madu berempah atau masak kari memang sentiasa membangkitkan selera.

Gadai nyawa elak tangkapan khalwat



KEADAAN wanita yang sanggup bergadai nyawa semasa cuba mengelak ditangkap khalwat di Kuantan .

KUANTAN - Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Khasiat dari laut



LAUT menyimpan 1,001 khazanah yang belum diteroka.

SABAN hari manusia terdedah kepada bahan-bahan pencemaran sama ada daripada makanan, air dan juga udara yang kita sedut. Cara pemakanan yang tidak betul turut menyumbang kepada gangguan dalaman tubuh selain pengambilan makanan yang salah dan datang dari sumber kurang elok.

Khamis, September 22, 2011

Awas Darah tinggi penyakit seumur hidup


HIPERTENSI ataupun darah tinggi merupakan salah satu penyakit utama yang sering dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini banyak didedahkan, begitu juga cara-cara untuk mencegahnya namun bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan.
Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit ini.

Awas Bahaya di sebalik gula

GULA yang tersembunyi terdapat dalam makanan.

KEKURANGAN bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan.Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi semut sanggup berebut kerana bahan pemanis itu?

Hebat Petani China cipta jentera terbang



SU MANSHENG menghidupkan enjin jentera terbangnya di depan rumahnya di Dashu, China semalam.

BEIJING - Seorang petani tempatan, Shu Mansheng mencipta sebuah jentera terbang buatan sendiri di rumahnya di Dashu, pinggir Wuhan, China.

Rabu, September 21, 2011

Sotong curi kamera video



GAMBAR menunjukkan seekor sotong sedang mencuri kamera video.

WELLINGTON - Seorang penyelam di New Zealand, Victor Huang yang sedang menyelam terkejut apabila seekor sotong mencuri sebuah kamera video miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Selasa, September 20, 2011

Pasung hantu tiang seri




TIDAK lengkap rumah Melayu dahulukala jika tidak bertiangkan kayu. 


“JANGAN main dekat tiang seri. Nanti malam tak boleh tidur.”
Nasihat berbaur amaran oleh arwah datuk saudaranya masih terngiang-ngiang di telinga seorang kawan penulis setiap kali dia mengunjungi rumah tersebut.

Ahad, September 18, 2011

Membaca raut wajah


Mampukah anda mentafsir raut wajah si dia untuk mendalami cinta, keyakinan dan keperibadiannya?


MEREKA yang mempunyai dahi licin kuat memikirkan sesuatu dan cepat membuat keputusan. - Gambar hiasan



ALIS mata adalah antara anggota tumpuan yang mudah dibaca untuk anda mengetahui cara seseorang berfikir. - Gambar hiasan


MASIH bingung menentukan siapa pilihan hati? Kenapa tidak anda cuba mengujinya dengan cara lain? Misalnya, dengan membaca raut wajah si jejaka.
Dengan menerokai bentuk dahi, bibir, alis mata mahupun keseluruhan anggota wajahnya, anda pasti dapat mengetahui karakternya dengan tepat.
*** Bentuk wajah
Panjang dan tirus: Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet

PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu.

NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar.

Sabtu, September 17, 2011

'Lelaki roket' cipta sejarah



ROSSY terbang dengan menggunakan sayap berenjin jet menyeberangi Selat Inggeris. 

DOVER - Seorang warga Switzerland, Yves Rossy mencipta sejarah apabila menyeberangi Selat Inggeris dengan terbang menggunakan sayap berenjin jet yang dipakai pada bahunya.

Bahana ikan masin?

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Kekerapan pengambilan makanan yang diawet dengan garam seperti ikan kering dan lobak asin dikhuatiri menjadi punca barah nasofarinks.
PENGAMBILAN ikan masin dan produk awetan garam lain sudah sebati di kalangan masyarakat Asia.

PENGAWETAN ikan melalui kaedah penggaraman masih popular di banyak negara termasuk Malaysia. Ikan masin tetap tersenarai sebagai salah satu bahan penting dalam diet tempatan.

Paku, besi tajam perangkap jalan

Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN


FARREL menunjukkan besi tajam dan span berpaku yang sengaja ditabur di atas jalan raya di Kuala Terengganu.

Oh walit yang ralit

Oleh AMREE AHMAD


Sekumpulan burung walit yang tinggal di dalam bangunan lama.

MENDENGAR kicauan burung pada pagi hari mungkin agak syahdu bagi kebanyakan orang, seolah-olah mereka berada di kawasan hijau yang jauh daripada hingar-bingar enjin kenderaan.

Jumaat, September 16, 2011

Kepercayaan karut air mani


Pendidikan seks yang rendah dan ditambah pula dengan pelbagai kepercayaan karut telah meningkatkan jumlah penghidap AIDS di Papua.

ADA yang percaya sekiranya air mani dipancut di luar vagina, ia boleh merosakkan tanaman.

KURUS kering dan dipenuhi kudis, Christina Mabele, 20, menjadi satu contoh dalam krisis AIDS yang kian melanda benua terpencil Papua di timur Indonesia. Beliau tahu mengapa dirinya sakit.

Khamis, September 15, 2011

‘Mereka ajak bermain’


Kalau pun tidak percaya, jangan pula mempersenda kemungkinannya.



‘TIDAK mungkin dia hilang begitu saja. Tadi dia ada dengan saya, betul-betul di belakang Ah Seng. Sibuk cari labah-labah katanya. Mana dia sembunyi ni?” Tuan Hashim seperti meninggikan suara kepada pemandunya dan juga beberapa orang kampung yang membantu mencari anaknya dalam gelap waktu Maghrib itu.
“Afi! Afi! Afi dekat mana?!” Dia menjerit lagi sekuat hati memanggil anak bongsunya yang berusia lapan tahun itu. Tidak mungkin akan diberitahu kepada isterinya di Kuala Lumpur tentang perkara itu, bimbang keadaan bertambah buruk.

Wanita angkat 14kg dengan kemaluan

 Tatiata Kozhevnikova 

MOSCOW - Seorang wanita Rusia iaitu Tatiata Kozhevnikova yang berumur 42 tahun mencipta rekod dunia apabila dia mengangkat bola gelas seberat 14 kilogram (kg) dengan menggunakan kemaluannya, lapor sebuah akhbar.
Kejayaan yang diperoleh itu memang pelik tetapi Guinness Book of Records mengiktiraf kekuatan yang dimiliki oleh Tatiana.

Lima fakta

PERTINGKATKAN kualiti kesihatan anda dengan lima fakta kesihatan paparan pada minggu ini untuk kebahagiaan anda sekeluarga.
Payu dara tumbuh semula

PROSEDUR ini melibatkan penyematan satu ruang berbentuk payu dara di bawah kulit dada.

BERITA baik untuk pesakit-pesakit kanser payu dara. Para pengkaji dari Australia telah membangunkan satu teknik pembedahan yang boleh menumbuhkan semula payu dara, biarpun selepas menjalani mastektomi.
Prosedur tersebut melibatkan penyematan satu ruang berbentuk payu dara di bawah kulit dada. Ruang itu mengandungi satu sampel tisu lemak wanita. Satu urat darah kemudiannya disambung pada lemak tisu itu bagi membolehkannya membesar dan seterusnya mengisi ruang tersebut dalam tempoh enam hingga lapan bulan.

Sotong kering masih selamat dimakan


KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu bimbang tentang kewujudan sejenis logam berat iaitu kadmium dalam produk makanan laut khususnya sotong kering kerana kandungannya masih berada pada paras yang selamat untuk dimakan oleh pengguna.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, bagaimanapun pihak kementerian akan terus memantau kandungan kadmium dalam produk makanan laut demi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna di negara ini.

Rabu, September 14, 2011

Lima fakta

PERTINGKATKAN kualiti kesihatan anda dengan lima fakta kesihatan paparan pada minggu ini untuk kebahagiaan anda sekeluarga.
Wanita menangis 64 kali setahun


MENANGIS boleh melegakan perasaan seseorang.


SUDAH sah bahawa wanita menangis lebih kerap, lebih lama dan dramatik berbanding lelaki!

Temu duga berkesan

Sesi temu duga adalah antara proses yang akan dilalui kebanyakan orang ketika memohon kerja. Ia adalah antara proses penting dalam hidup setiap orang kerana akan menjadi penentu masa depan dan kerjaya.

ANDA telah berjaya melepasi halangan pertama apabila resume hebat anda membuatkan sebuah syarikat tertarik untuk mengambil anda bekerja. Bagaimanapun langkah seterusnya yang perlu anda hadapi ialah sesi temu duga.

Motorsikal Alien


Motosikal yang luar biasa ini,yang kelihatan seperti seekor "Alien" telah dicipta oleh artis Bangkok, Roongrojna Sangwongprisarn, 54. Dalam bengkel di Thailand, beliau telah membina motorsikal ini daripada alat-alat ganti, bahan-bahan kitar semula dari kereta dan basikal lama.

Lelaki Masai dahaga darah



LELAKI Masai mampu bergerak aktif selama beberapa hari dengan hanya minum darah lembu segar.

LELAKI puak Masai yang tinggal di sempadan Kenya dan Tanzania terkenal memiliki stamina dan daya tahan tubuh terhadap persekitaran yang ekstrem. Mereka boleh berlari berhari-hari untuk mencari bekalan air sambil memakai kasut yang diperbuat daripada tayar kereta.

Isnin, September 12, 2011

Piano Maya

Rasakan muzik secara talian
Sembilan pilihan instrumen.

Jika anda bukan komposer lagu sekalipun,anda akan berasa seronok dengan piano maya atau virtual keyboard ini.Ia membolehkan anda bermain piano atau lapan lagi instrumen lain seperti organ,saxophone,flute,pan pipes,strings,gitar,steel drums dan double bass secara talian.

Ahad, September 11, 2011

Gempar Ular gergasi telan buaya


GAMBAR menunjukkan seekor ular gergasi membelit seekor buaya di sebuah kawasan berpaya di Los Llanos, Venezuela.

LOS LLANOS - Seekor ular gergasi menyerang seekor buaya sebelum menelannya dekat bandar Los Llanos, Venezuela, lapor sebuah akhbar.
Detik-detik itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar ketika ular itu membelit buaya tersebut sebelum menelannya di sebuah kawasan berpaya di sebuah hutan di negara berkenaan.

Sabtu, September 10, 2011

Serlahkan Humor Anda di StripGenerator

Aplikasi binaan komik percuma untuk menghabiskan masa terluang anda.
Interaktif dan menarik

Jika anda mempunyai sifat humor terpendam tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyampaikannya,mungkin boleh mencuba cara ini.Bina komik anda sendiri di Strip Generator kerana ianya sungguh mudah dan boleh dikongsi bersama sesiapa jua secara percuma.

Awas puting bayi!

PENGGUNAAN puting bayi perlu dielakkan sejak peringkat awal lagi.

ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.
Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Jumaat, September 09, 2011

Dirogol lelaki beristeri empat


Peristiwa hitam dirogol lelaki beristeri empat menyebabkan Milah berubah menjadi gadis liar.


MILAH pernah melalui fasa hidup yang sangat hitam dan penuh noda...

Ratu tak pakai seluar dalam


SAO PAULO: Ratu Colombia semalam diberi amaran kerana tidak memakai seluar dalam ketika keluar bersama peserta Ratu Universe lain.
Ratu Colombia berusia 22 tahun itu, Catalina Robayo dikatakan keluar ke majlis rasmi dengan memakai skirt pendek tetapi tidak memakai seluar dalam.

Sumber pertandingan ratu cantik itu memberitahu, “Kami terpaksa memberi amaran kepada Ratu Colombia kerana perbuatannya itu tidak sopan.

Hikayat suka duka P. Ramlee


Menyebut sahaja nama allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sudah terbayang di minda tentang seorang individu yang cukup istimewa dan begitu dekat di hati masyarakat.
Merupakan satu-satunya insan seni di negara ini yang bergelar seniman agung, segala hasil karyanya melalui filem dan muzik tidak pernah ditelan zaman.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: