NUFFNANG

Rabu, November 30, 2011

Spesis baru ikan tanpa mata ditemui



GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan ikan tanpa mata di temui di kawasan timur Papua.

JAKARTA - Sejenis ikan tanpa mata dan katak yang membawa berudu di atas belakangnya merupakan antara spesies baru haiwan yang ditemui sekumpulan saintis di kawasan timur Papua, Indonesia.

Tempahan untuk membeli robot meningkat



SCOTT MACLEAN berada dekat dengan robot wanita ciptaannya, Suzie Software.

CHARLESTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pencipta robot di AS, Scott Maclean berkata, dia dihubungi dengan beberapa pelanggan di Britain untuk membeli robot ciptaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sotong curi kamera video



GAMBAR menunjukkan seekor sotong sedang mencuri kamera video.

WELLINGTON - Seorang penyelam di New Zealand, Victor Huang yang sedang menyelam terkejut apabila seekor sotong mencuri sebuah kamera video miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja bengkel cipta robot Transformers



HUANG LIANFEI menyiapkan robot seperti yang terdapat dalam kartun Transformers di sebuah bengkel pertukangan logam di Shenyang, China semalam.


SHENYANG, China - Seorang pekerja di sebuah bengkel pertukangan logam di sini, Huang Lianfei mencipta satu model robot berdasarkan salah satu watak dalam kartun Transformers.
Dia menggunakan beberapa komponen kenderaan yang terbuang untuk menghasilkan robot itu.
Lianfei telah mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan robot tersebut. - Reuters

Ahad, November 27, 2011

NASA hantar kenderaan penjelajah ke Marikh

ROKET Atlas V yang membawa kenderaan penjelajah Makmal Sains Marikh di pusat pelancaran di Cape Canaveral, Florida kelmarin. - Reuters
CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) bersedia untuk melancarkan kenderaan robotik paling canggih dan berkuasa pernah dibina ke planet Marikh semalam.

Sabtu, November 26, 2011

Kopi bergula tingkatkan prestasi otak



GAMBAR menunjukkan beberapa orang minum kopi di Cafe de Flore, Saint-Germain-des-Pres pada 16 November lalu di Paris, Perancis.


BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.

Gorila jantan berjalan seperti manusia

GORILA bernama Ambam berdiri seperti manusia.

KENT, England - Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Selasa, November 22, 2011

Dua kali mati



Kejadian mati hidup semula mungkin berlaku,SETIAP yang bernyawa pasti akan mati.


HARI itu, Abu Bakar Abdul Aziz seperti biasa mengikuti gurunya mengurus dan menunaikan solat jenazah. Tidak ada apa yang aneh tentang cuaca mahupun suasana. Abu Bakar, ketika itu seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh, Kelantan, langsung tidak menjangka hari itu sesuatu yang luar biasa bakal disaksikan matanya.

Isnin, November 21, 2011

Madu Tualang

Sabda Rasulullah, "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Anda tentu tahu madu lebah merupakan makanan yang terbukti berkhasiat.

Madu lebah telah disebutkan di dalam Al-Quran di dalam Surah An-Nahl (surah lebah) sebagai ubat yang mujarab. Ianya merupakan penawar yang diturunkan Allah kepada manusia.

Antara khasiat madu lebah adalah :

Pencari madu lebah Poland

Masih ada rakyat Poland yang mengambil madu lebah menggunakan kaedah tradisi seperti ribuan tahun dahulu.


DZIERZANOWSKI mengasap sarang lebah di sebatang pokok pain sebelum mengambil madunya.



Berada berbelas meter di atas sebatang pokok pain, Tomasz Dzierzanowski mengalihkan rumput kering dan mengasapkan sebuah sarang lebah dengan penuh berhati-hati.

Ahad, November 20, 2011

Kucing semahal kereta



SEEKOR anak kucing Ashera boleh mencecah harga RM70,400.


SELAMAT tinggal Goldendoodle (baka anjing popular). Musim kacukan atau mereka baka anjing sudah semakin tenggelam. Ini kerana pada hari ini, penggemar binatang peliharaan mula menggilai baka-baka kucing kacukan.

Saintis cipta kereta boleh lipat


CAMBRIDGE – Sekumpulan saintis di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berjaya mencipta sebuah kenderaan futuristik yang boleh beroperasi dengan sendiri.

Sabtu, November 19, 2011

Coklat kurangkan stres



KAJIAN mendedahkan tahap stres seseorang menurun selepas makan coklat selama dua minggu.


Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa makan coklat setiap hari boleh mengurangkan stres.

Angkara pemetik api

Pemetik api yang diberi nafas baru boleh menyerupai apa sahaja daripada papan selaju dan telefon bimbit hinggalah bentuk haiwan dan serangga.





KATAK plastik dengan mata tersembul mungkin boleh menjadi barang mainan kanak-kanak, tetapi apabila ia adalah pemetik api, produk itu dianggap bahaya untuk kanak-kanak.

Tidak boleh seluk poket

KUKU Lee Redmond patah akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2009.

DENGAN kuku sepanjang 606 sentimeter (sm), Chris ‘The Dutchess’ Walton kini memegang rekod sebagai pemilik kuku terpanjang di dunia. Ia mengambil masa selama 18 tahun untuk tumbuh dan mungkin memerlukan rawatan manicure paling mahal di dunia.

Pil multivitamin bawa keburukan

SEBAHAGIAN besar pengguna sebenarnya tidak memerlukan pil multivitamin.

PENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada kesihatan.

Jumaat, November 18, 2011

Sumpahan potret budak menangis



LUKISAN budak menangis karya pelukis Sepanyol ini pernah menghantui penduduk Britain pada tahun 1980-an.


PADA tahun 1985, rumah pasangan Ron dan May Hall yang tinggal di Yorkshire, England, hangus terbakar. Namun, sebuah lukisan budak menangis milik mereka langsung tidak terusik oleh api yang marak.

Khamis, November 17, 2011

Bahana letak komputer riba atas paha

GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang 
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Obama ucap assalamualaikum

BARACK OBAMA (tengah) dan Michelle Obama (bertudung) berdiri tegak dalam majlis meraikan kedatangan mereka di Istana Merdeka, Jakarta .

JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang tiba di Jakarta  untuk melakukan lawatan dengan sasaran bagi meningkatkan hubungan perdagangan dan keselamatan dengan Indonesia mengucapkan assalamualaikum serta terima kasih semasa bercakap di depan wartawan di Istana Merdeka.

Isnin, November 14, 2011

Daging berkecai di 'paya hangus'

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.
Bangkai pesawat MH 653 yang terhempas

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

Ahad, November 13, 2011

Menjejaki puncak Adam

Kesempatan berada di atas puncak tidak disia-siakan apabila ada dalam kalangan anggota kembara melaungkan azan, bersolat sunat, berzikir dan membaca al-Quran.


PEMANDANGAN puncak Adam diseliputi awan dan kehijauan yang menawan hati pendaki.



SEJARAH turunnya Nabi Adam a.s di puncak Adam yang dipercayai terletak di Sri Lanka dan kesan tapak kakinya menjadi misi utama kami untuk menawan puncak di ketinggian 2,243 meter (7,359 kaki) dari paras laut ini.

Tujuh keajaiban alam sekitar dunia



HUTAN hujan Amazon cukup terkenal dengan spesies flora dan fauna yang ada di dalamnya.


GENEVA - Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Laptop kita Jantan atau Betina

LAPTOP atau PC pun ada jantina?

Hendak tahu tak laptop atau pc anda semua jantan atau betina? Ingat laptop atau pc tiada jantina ke? Masa anda beli laptop atau pc kena check dulu samada jantan atau betina. Kalau anda lelaki beli lah laptop yang betina. Kalau anda perempuan beli lah yang jantan.Baru best untuk menatap laptop atau pc anda setiap hari.Pastikan Pc atau laptop telah on speaker.

Baiklah. Cara-cara nak tahu samada laptop ataupun PC anda jantan ke betina ikut cara di bawah :

Sabtu, November 12, 2011

Kereta terbang bakal jadi pengangkutan masa depan



Thomas Senkel bersama kereta terbang ciptaannya yang dibina bersama-sama dua rakannya sedang diuji buat pertama kali di London baru-baru ini. Semasa ujian kenderaan itu mampu terbang selama 1 minit 30 saat. - Agensi


LONDON 6 Nov. - Impian untuk memiliki sebuah kereta terbang bakal direalisasikan tidak lama lagi apabila seorang jurutera Jerman berjaya mencipta sebuah kenderaan elektrik yang boleh terbang, E-Volo seberat 80 kilogram yang mampu berada di udara selama 20 minit.

Tanda komputer terkena virus

Tips bagaimana hendak mengetahui sistem komputer kita terkena virus sebab terlalu ramai yang tidak perasan bila komputer terkena virus. Banyak kemungkinan dari mana virus ini datang contohnya internet dari website lucah ataupun website yang menawarkan software percuma, P2P, perkongsian pendrive dan sebagainya. Jadi bagaimana cara untuk kita tahu samada komputer kita dijangkiti virus atau tidak? Sila lihat tanda-tanda di bawah ni.

Jumaat, November 11, 2011

Rahsia Mandi air sejuk

Mandi air sejuk banyak khasiatnya.

LUPAKAN dahulu tentang rasa menggigil atau keinginan untuk mandi dengan selesa di bawah pancuran air hangat. Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.

Rahsia Paku Emas

Pokok Paku Emas atau Penawar Jambi.

RAHSIA HERBA
Hutan memang kaya dengan khazanah perubatan yang tidak terhingga banyaknya. Boleh dikatakan setiap pokok yang tumbuh melata, menjalar dan yang tinggi menegak, kesemuanya mempunyai khasiat yang tersendiri.

Basikal sperma curi perhatian



Penganalisis biologi Bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle kelmarin.


SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Cerita sahabat Mat Indera

Muhammad (Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera

Rabu, November 09, 2011

'Pen Skodeng' kegilaan remaja

'PEN SKODENG' lengkap dengan set perakam.

KUALA LUMPUR - Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.

Selasa, November 08, 2011

Jerung purba di temui di Jepun

frill shark photo
Jerung Purba atau "Frill Shark" yang di temui di Jepun.

Seorang nelayan berhampiran Tokyo, Jepun, memberitahu pegawai "Awashiwa Marine Park" bahawa dia telah melihat makhluk yang sangat luar biasa seperti belut dengan gigi jarum-tajam. Kakitangan Awashiwa Marine Park termasuk nelayan telah di arahkan untuk menangkap makhluk tersebut,yang kemudiannya dikenal pasti sebagai ikan jerung purba,ianya sungguh aneh dengan ukuran 5-6 kaki-panjang.

Sabtu, November 05, 2011

Ini bukan kubur Hang Tuah?

Adakah khabar kehebatan laksamana termasyhur Melaka itu hidup kerana dia benar-benar wujud atau ia hanyalah suatu mitos keperwiraan?


KITAB Sejarah Melayu dan kubur Hang Tuah di Tanjung Kling, Melaka menjadi bukti jejak pahlawan Melayu ini.



DIA berlari dalam hujan lebat namun tidak basah. Pandai pula bermain senjata dan tangkas dalam gerak aksi persilatan. Dia pahlawan terulung sepanjang Kesultanan Melayu Melaka menikmati rahmat kegemilangannya. Itulah antara gambaran mengenai hebatnya Hang Tuah.

Khamis, November 03, 2011

Kalaulah Natrah tahu...

Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.
TRAGEDI Cinta Natrah...

PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada penderitaan wanita malang itu.
Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.

Selasa, November 01, 2011

Piring Terbang Waktu Malam

Terdapat lebih 140 kes UFO ?singgah? di Malaysia dicatatkan dalam tempoh 30 tahun lalu. Bagi peminat ?piring terbang?, UFO bukan lagi khayalan.
Benarkah UFO wujud?
ZAID ZAIN, 43, sedang minum di sebuah restoran di Larkin Perdana, Johor Bahru, pada 17 Mac lalu apabila anaknya yang berusia 10 tahun, Mohd. Nauman menelefon untuk memberitahu dia ternampak sebuah objek pelik berlegar-legar di ruang angkasa.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: