Menarik untuk dibaca!

Loading...

Isnin, Mac 07, 2011

Jejari Tauhu



Bahan-bahan:
300 gm tauhu lembut - dihancurkan
100 gm isi ayam - dikisar halus
100 gm udang - buang kulit dan kisar halus
3 keping cendawan kering - direndam dan cincang
1/2 batang lobak merah - dicincang
1 sudu besar bawang goreng
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
Untuk Menggoreng:
3 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Alaskan dulang dengan plastik tahan panas dan tuangkan adunan tauhu. Ratakan dan kukus selama 20 minit. Bila sejuk, potong selebar 2 cm.
2. Gaul jejari tauhu dengan tepung jagung kemudian goreng dalam minyak sehingga kuning keemasan. (Jika suka rasa rangup, bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan celup jejari tauhu sebelum menggorengnya).

Bergedil Tauhu



 
Bahan-bahan:
5 keping tauhu - ditumbuk halus
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
2 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur ayam - dipukul
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Gaul tauhu dengan udang kering, serbuk lada hitam, daun sup, daun bawang dan garam hingga sebati.
2. Kepal bulat-bulat, celup ke dalam telur dan goreng hingga kuning.

Chip Udang Dan Daging Sos Plum



Bahan-bahan:
12 keping chip udang - digoreng
5 - 6 keping tempe - digoreng
200 gm daging - potong kecil
4 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - ditumbuk
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
3 cawan air
3 sudu besar minyak
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan daging dan balik-balikkan hingga kecut.
2. Masukkan halia dan semua jenis sos, kacau sebentar seterusnya tuangkan air dan biarkan mendidih dengan api perlahan agar daging empuk.
3. Sediakan pinggan aturkan cip udang, tempe dan daging yang dimasak bersama sos. Curahkan sos ke atasnya.

Kentang Salut Kentang



Bahan-bahan:
6 biji kentang
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
Air dari peti sejuk secukupnya
Sedikit garam
Sedikit sos cili
Sedikit mayonis
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Kupas kentang, sebahagiannya dibelah lapan dan sebahagian lagi dipotong keping bulat atau bujur.
2. Rendam dalam air sambil diramas supaya keluar sagunya. Basuh lagi dan tuskan hingga kering, kemudian keringkan dengan tuala kertas yang bersih.
3. Campurkan tepung jagung, garam dan telur. Campurkan sedikit demi sedikit air dalam peti sejuk sambil dipukul perlahan hingga rata dan tidak bergentel.
4. Panaskan minyak, celup kentang dan goreng hingga kekuningan.
5. Hidangkan dengan mayonis dan sos cili.

Hidangan Pembuka Selera


Selera...Oh Selera...

Tauhu Goreng Bersos Thousand Island

Bahan-bahan:
6 keping tauhu lembut
200 gm isi ikan - dicincang
100 gm isi udang - dicincang
2 biji telur
4 biji sengkuang cina - dicincang
Tepung salut rangup secukupnya
1 botol sos thousand island
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan perisa:
1 sudu kecil serbuk kari daging
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Lenyek tauhu lembut dan satukan dengan isi ikan dan isi udang di dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan perisa, sengkuang cina dan telur, kemudian dikacau hingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam loyang empat segi. Ratakan dan kukus selama 15 minit.
2. Setelah masak, sejukkan dan potong perlahan-lahan bentuk empat segi.
3. Bancuh tepung salut rangup dengan air secukupnya, celup kepingan tauhu dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat, tus dan sejukkan, kemudian atur dalam pinggan.
4. Masukkan sos thousand island ke dalam plastik aising, gunting sedikit bahagian hujungnya dan paipkan sos ke atas tauhu.

Kerabu Udang


Kerabu Udang
BAHAN-BAHAN: 

400 gm udang sederhana besar (potong dua dan celur)

100 gm bawang merah (hiris)

100 gm serai (hiris)

4 tangkai cili merah (hiris)

10 tangkai cili padi (hiris)

200 gm daun bawang  (hiris)

200 gm udang kering (cincang halus)

2 labu bawang besar (hiris)

1/2 sudu gula pasir

2 sudu sos ikan

2 sudu sos thai

3 biji telur ayam (pukul)

4 sudu air limau nipis


CARA MENYEDIAKAN:


1. Panaskan kuali, goreng telur  menjadi telur dadar.

2. Masukkan udang ke dalam mangkuk.

3. Masukan serai, cili merah, cili padi, halia dan daun bawang. Gaulkan sebati.

4. Masukkan sos ikan, sos thai  dan air limau nipis.

5. Masukkan garam secukup rasa.

6. Taburkan udang kering dan gaul rata.

7. Letakkan adunan di atas telur dan gulung seperti  popia.

Puding Labu


Bahan-bahan:
1/2 biji labu kuning yang halus isinya
3 sudu tepung kastard
1 1/2 cawan susu cair atau susu segar
1 biji telur
2 sudu besar gula Melaka yang dihancurkan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kismis
Cara menyediakan:
1. Belah dua labu dan korek isinya. Rebus isi labu hingga empuk dan ketepikan bahagian kulitnya.
2. Kisar isi labu yang telah direbus bersama susu, telur, tepung kastard, gula Melaka dan gula pasir hingga hancur kesemua bahan.
3. Tuangkan ke dalam (kulit) labu yang telah dikorek. Taburkan kismis dan bakar dalam ketuhar selama setengah jam pada suhu 100 darjah Celsius.

Sambal Daging Salai Bergajus


Bahan-bahan:
600 gm daging salai
10 tangkai cili kering - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu teh jintan manis - dikisar
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar sos tomato
100 gm gajus goreng
1 cawan santan pekat
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - dimayang
2 cm lengkuas - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang telah ditumbuk hingga bangkit baunya. Masukkan daging salai, sos tomato dan serai. Balik-balikkan.
2. Tuangkan santan pekat, biar sampai kering dan pecah minyak.
3. Masukkan pula kerisik, garam dan gula. Kacau rata.
4. Sebelum diangkat, masukkkan gajus.

Khasiat ubi kentang


Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.


Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Kenali kacang soya


KACANG SOYA  ataupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 cm. Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat ataupun hitam atau kedua-duanya.

Kacang soya adalah legume berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa Jepun, shoyu (kicap).

Istimewanya epal hijau


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal Hijau
Epal hijau boleh membantu mencegah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: