NUFFNANG

Jumaat, Mac 11, 2011

(Terbaru) Tsunami di Jepun ekoran gempa bumi 8.9 skala Ricther!

Jepun dilanda bencana Tsunami ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter mengikut United State Geological Survey yang dikeluarkan semalam. Gempa bumi dilaporkan berlaku pada pukul 2.45 petang(waktu Tokyo) di timur Sendai, Kepulauan Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Terbaru, kerajaan Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, China, Taiwan dan Filipina telah mengeluarkan amaran untuk berjaga-jaga ekoran tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi tersebut. Malaysia juga tidak terkecuali untuk menerima ancaman tsunami berdasarkan kekuatan gempa bumi tersebut.



Berikut adalah video yang dirakam:




Setakat ini, dilaporkan seramai 19 orang disahkan meninggal dunia dan beberapa yang lain terperangkap dalam kejadian tanah runtuh. Tsunami yang melanda telah menyebabkan penduduk Tokyo kehilangan punca elektrik dan tentera telah diarahkan untuk memberi perkhidmatan terbaik.
Saintis menyatakan bahawa kejadian gempa bumi dan Tsunami ini adalah antara bencana alam terburuk dalam sejarah.
Di bawah adalah gambar-gambar kedasyhatan Tsunami yang melanda Jepun.


Gambar-gambar dipetik di www.dailymail.co.uk




Selanjutnya, pembaca boleh baca berita penuh dibawah(dipetik daripada Berita Harian):

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.
Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. – Reuters

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: