NUFFNANG

Isnin, April 18, 2011

Tupai bergaya di depan kamera

GAMBAR menunjukkan seekor tupai berada di depan kamera Mellisa dan suaminya.


TAMAN NEGARA BANFF - Seekor tupai sempat melompat dan berdiri di depan kamera semasa Mellisa Brandt dan suaminya merakamkan gambar mereka di Tasik Minnewanka, Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.
Aksi haiwan itu menyebabkan gambar tupai tersebut turut dirakamkan secara tidak sengaja.
"Kami meletakkan kamera di atas batu dan bersiap sedia untuk gambar kami dirakamkan secara automatik apabila tiba-tiba seekor tupai datang kerana tertarik dengan bunyi kamera," kata Mellisa.
Menurutnya, dia dan suaminya ketawa apabila melihat aksi tupai itu kerana ia merupakan peristiwa yang mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup mereka. - Agensi

Upah gunting rambut Sultan Brunei RM86,497

Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0825&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

SULTAN HASSANAL BOLKIAH


LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Timeskelmarin.

Jyothi Raj Spider Man India

Spider Man India ...


PELAJAR-PELAJAR sekolah terpegun melihat aksi Raj.














RAJ menunjukkan salah satu aksinya.

NEW DELHI - Kedua-dua tangan Jyothi Raj, seorang bekas buruh binaan di negeri Karnataka, India melekat seperti watak Spider Manketika dia memanjat dinding, lapor sebuah akhbar semalam.
Jyothi, 22, menyedari dia memiliki keupayaan luar biasa itu empat tahun lalu ketika memanjat pelantar buluh yang biasa digunakan oleh pekerja binaan di rantau Asia.
Dia mendakwa tidak pernah menggunakan abah-abah atau sebarang peralatan keselamatan lain ketika memanjat.
Kebolehannya itu diperoleh selepas dia melihat monyet memanjat pokok dan menyaksikan lakonan pelagak ngeri dalam filem kegemarannya.
"Pada setiap hujung minggu, saya memanjat di kubu yang terkenal di Chitradurga untuk menghiburkan penonton," katanya.
"Saya suka melihat muka penonton apabila saya memanjat dalam keadaan terbalik dan mendengar nafas mereka terhenti kerana bimbang dengan keselamatan saya," ujarnya. - Agensi

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: