NUFFNANG

Khamis, September 15, 2011

‘Mereka ajak bermain’


Kalau pun tidak percaya, jangan pula mempersenda kemungkinannya.



‘TIDAK mungkin dia hilang begitu saja. Tadi dia ada dengan saya, betul-betul di belakang Ah Seng. Sibuk cari labah-labah katanya. Mana dia sembunyi ni?” Tuan Hashim seperti meninggikan suara kepada pemandunya dan juga beberapa orang kampung yang membantu mencari anaknya dalam gelap waktu Maghrib itu.
“Afi! Afi! Afi dekat mana?!” Dia menjerit lagi sekuat hati memanggil anak bongsunya yang berusia lapan tahun itu. Tidak mungkin akan diberitahu kepada isterinya di Kuala Lumpur tentang perkara itu, bimbang keadaan bertambah buruk.

Wanita angkat 14kg dengan kemaluan

 Tatiata Kozhevnikova 

MOSCOW - Seorang wanita Rusia iaitu Tatiata Kozhevnikova yang berumur 42 tahun mencipta rekod dunia apabila dia mengangkat bola gelas seberat 14 kilogram (kg) dengan menggunakan kemaluannya, lapor sebuah akhbar.
Kejayaan yang diperoleh itu memang pelik tetapi Guinness Book of Records mengiktiraf kekuatan yang dimiliki oleh Tatiana.

Lima fakta

PERTINGKATKAN kualiti kesihatan anda dengan lima fakta kesihatan paparan pada minggu ini untuk kebahagiaan anda sekeluarga.
Payu dara tumbuh semula

PROSEDUR ini melibatkan penyematan satu ruang berbentuk payu dara di bawah kulit dada.

BERITA baik untuk pesakit-pesakit kanser payu dara. Para pengkaji dari Australia telah membangunkan satu teknik pembedahan yang boleh menumbuhkan semula payu dara, biarpun selepas menjalani mastektomi.
Prosedur tersebut melibatkan penyematan satu ruang berbentuk payu dara di bawah kulit dada. Ruang itu mengandungi satu sampel tisu lemak wanita. Satu urat darah kemudiannya disambung pada lemak tisu itu bagi membolehkannya membesar dan seterusnya mengisi ruang tersebut dalam tempoh enam hingga lapan bulan.

Sotong kering masih selamat dimakan


KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu bimbang tentang kewujudan sejenis logam berat iaitu kadmium dalam produk makanan laut khususnya sotong kering kerana kandungannya masih berada pada paras yang selamat untuk dimakan oleh pengguna.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, bagaimanapun pihak kementerian akan terus memantau kandungan kadmium dalam produk makanan laut demi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna di negara ini.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: