Kemunculan imej pelik pada hasil fotografi seperti bulatan kabur atau ektoplasma banyak menimbulkan tanda tanya. Semakin ramai percaya bahawa itu adalah jelmaan jin atau syaitan.
MUNGKIN bagi yang lemah semangat, sebarang foto yang memberi idea tentang kehadiran 'entiti' atau makhluk halus akan segera dikoyak, dibakar atau dibuang. Namun, bagi sesetengah yang lain, ia bukan lagi suatu perkara yang menimbulkan rasa panik atau takut.