UNIK dan pelik ! Itulah kata yang sesuai untuk Black Heron atau burung Puchong Hitam. Burung ini akan membentuk payung bagi mengumpan dan memerangkap mangsanya. Sesuatu yang menarik tentang burung ini ialah, Ia memburu ikan ketika waktu panas terik. Jadi bentuk payung yang dibuatnya mampu menjadi tempat berteduh bagi ikan. Haaa cerdik tak burung ini, Itulah kebesaran Allah keatas ciptaanya.
Rabu, Oktober 03, 2012
Pelik bunga mirip Burung Nuri di Thailand
Jika dilihat sekali imbas, ia kelihatan seperti seekor burung yang hinggap di pokok. Tetapi kalau diperhatikan dengan teliti, ia sebenarnya adalah spesies tumbuhan. Itulah Impatiens Psittacina, sejenis flora yang tumbuh di hutan hujan tropika dan mempunyai bentuk seperti burung nuri. Pokok bunga pelik ini hanya tumbuh di Thailand sahaja.
Labels:
POKOK PELIK
Langgan:
Catatan (Atom)