Menarik untuk dibaca!

Loading...

Selasa, Disember 31, 2013

KUTUB BUMI TELAH BERGANJAK?

KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

PETANDA AWAL KIAMAT ?

Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

VIDEO DEMO RAWATAN LINTAH DI INDIA

TIGA ekor lintah diletakkan pada kaki gadis tersebut.
AHMEDABAD - Seorang pengamal perubatan purba ayurvedic di India, Vyasadeva Mahanta menggunakan lintah dalam rawatan ke atas pesakitnya.

Sabtu, Disember 28, 2013

GEMPAR JUTAAN KETAM KELUAR DARI HUTAN MENUJU KE PANTAI

JIKA di Lahad Datu, Malaysia baru-baru ini heboh dan gempar dengan kemunculan ikan tamban naik ke pantai hingga ribuan ekor. Di Australia lain pula yang terjadi, Di sebuah pulau yang di namakan Pulau Krismas, telah muncul lebih dari 50 juta ekor ketam merah yang tiba-tiba keluar dari hutan untuk menuju kepantai dan lautan.

GEMPAK KAPAL KOREK BUATAN MALAYSIA

DI REKA sendiri menggunakan kudrat yang ada tanpa menggunakan mesin berteknologi tinggi.
Di reka khas daripada barang terpakai untuk memudahkan mengorek kolam yang tidak boleh di lakukan oleh jentera berat yang biasa.

PADAH SUMBAT KUCING DALAM BALANG

Kucing peliharaan ini disumbat ke dalam balang sebagai hukuman kerana nakal.
TAIPEI - TAIWAN. Gara-gara tindakannya menyumbat kucing di dalam sebuah balang sebagai hukuman kerana nakal, seorang pelajar di Taiwan bakal berdepan hukuman penjara setahun dan denda jika didapati bersalah melanggar undang-undang perlindungan haiwan.

JABATAN METEOROLOGI KESAL ORANG RAMAI SEBAR KHABAR ANGIN

Kuala Lumpur: Masyarakat sepatutnya tidak cepat membuat telahan dan mempercayai sepenuhnya maklumat bencana alam yang diperoleh di laman sosial, tanpa merujuk agensi berkuasa terlebih dulu.

KOSMETIK INI MENGANDUNGI RACUN MERBAHAYA

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.

Rabu, Disember 25, 2013

LELAKI INI HIDUPKAN AYAM YANG SUDAH MATI DAN TERPOTONG KAKINYA

PERCAYAKAH anda ayam yang sudah di kerat kaki dan di bunuh mati dapat di hidupkan kembali? Memang tidak masuk akal dan sukar untuk di percayai jika kita hanya mendengar cerita saja tanpa melihatnya.

IKAN NAIK DARAT DI LAHAD DATU BUKAN KERANA GEMPA BUMI AKAN BERLAKU

KOTA KINABALU, MALAYSIA - Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi semalam.

SEDIH REMAJA SYRIA INI MAKAN KOTAK UNTUK TERUSKAN HIDUP

PERGOLAKAN yang melanda Syria memaksa penduduknya melakukan apa sahaja untuk menyambung nyawa.

KAMBING BERTANDUK EMPAT

BIRI-biri unik dan aneh yang mempunyai empat tanduk kepunyaan Lachmanan.
KUALA PILAH,MALAYSIA: “Selama 30 tahun menternak kambing dan lembu ini kali pertama saya menemui kambing biri-biri jantan bertanduk empat,” kata penternak, K Lachmanan, 52, dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat sini, semalam.

TERKINI PETANDA BENCANA MUNGKIN BERLAKU

RIBUAN ikan tamban berenang menuju ke pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi semalam.
KOTA KINABALU , MALAYSIA – Jika pada Mac tahun ini Lahad Datu di Timur Sabah menjadi sasaran serangan pengganas Sulu dari Filipina, lain pula ceritanya semalam apabila beribu-ribu ikan tamban melompat dan ‘menyerang’ pantai Kampung Tambisan di kawasan berkenaan.

Selasa, Disember 24, 2013

LELAKI BERUSIA 137 TAHUN HANYA BANGUN UNTUK SOLAT

Seorang lelaki yang berusia 137 tahun di Arab Saudi didapati menghabiskan masanya dengan tidur kerana terlalu uzur tetapi dia akan tersedar setiap kali tiba waktu solat.

Warga emas itu akan bangkit daripada tidur dengan dibantu anak lelakinya untuk menunaikan solat setiap kali bunyi azan kedengaran.

Isnin, Disember 23, 2013

KETAHUI RAHSIA HIRUP UDARA WAKTU SUBUH

Dr. Abdul Hamid Dayyat, dari Universiti Kaherah Mesir menjelaskan manfaat kesihatan yang diperolehi seseorang dari aktiviti pada waktu Subuh (fajar) dan mandi pada waktu subuh di antaranya adalah gas O3 (ozon). Pada waktu fajar kandungan gas O3 sangat banyak kemudian berkurang sedikit demi sedikit sehingga habis ketika matahari terbenam pada petang hari. 

Ahad, Disember 22, 2013

VIDEO KEPALA BUAYA TERPUTUS DARI BADAN TAPI MASIH HIDUP

PERNAHKAH anda melihat buaya yang sudah dipotong kepalanya tetapi kepalanya masih hidup dan mampu lagi membuka mulutnya untuk menyerang? 

Khamis, Disember 19, 2013

AKHIR ZAMAN:SALJI KOMPONEN UTAMA DALAM PEMBENTUKAN SUNGAI DAN TANAMAN

SUBHANALLAH salji turun di Mesir.
JIKA di Canada baru-baru ini gempar dengan bunyi dahsyat seperti bunyi tiupan trompet yang bergema dari langit selama 10 minit. Bunyi yang tidak di ketahui oleh para saintis akan puncanya sehingga artikel ini di tulis.

Beberapa hari kebelakangan ini pula, salji turun di Semenanjung Arab selepas dilanda Ribut Alexa. Imam Masjid Haram Syeikh Su'ud Syuraim berkata, terbukti bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah benar-benar seorang Nabi dan Rasul yang menerima wahyu dari Allah.

Rabu, Disember 18, 2013

SAINTIS NASA TEMUI TROMPET SANGKAKALA MALAIKAT ISRAFIL

PERISTIWA mengerikan yang akan terjadi pertama kali pada hari kiamat adalah ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.

Makna ash-shur secara etimologi (bahasa) adalah al-qarn (tanduk). Sedangkan menurut istilah syariat, yang dimaksud adalah sangkakala yang sangat besar yang malaikat Israfil telah memasukkannya ke dalam mulutnya (siap untuk meniupnya), dan dia sedang menunggu bila dia diperintahkan untuk meniupnya. (Syarh Lum’atul Itiqad karya Ibnu Utsaimin, hal. 114).

Isnin, Disember 16, 2013

GEMPAR SUARA DARI LANGIT MUNCUL DI CANADA

SEHINGGA kini saintis masih  tidak tahu bunyi apakah itu.
Wilayah Terrace, Canada telah di gemparkan dengan bunyi yang sangat mengerikan seolah-olah bunyi tiupan terompet yang bergema dan sangat jelas bunyinya, bunyi yang amat dahsyat itu pula seolah-olah datangnya dari langit.

Ahad, Disember 15, 2013

BAYANGAN TENTERA ISLAM BERKUDA MUNCUL DI LANGIT NEGERI SEMBILAN

GAMBAR awan berbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang telah muncul di langit Nilai, Negeri Sembilan. Mungkinkah kemunculannya bersesuaian dengan imej Negeri Sembilan, Sebagai sebuah bandar tentera terutama di Port Dickson. Di sinilah telah lahirnya ramai pahlawan-pahlawan negara dari dulu hingga sekarang.

Sabtu, Disember 14, 2013

KISAH BENAR PEMANCUNG KEPALA DI ARAB SAUDI

Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu. Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah. Nama penuh beliau adalah Abdallah Said Al- Bishi.

Isnin, Disember 09, 2013

BANJIR: LINTAH MASUK KEMALUAN KANAK-KANAK

KOTA BHARU - Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.

BOT KARAM: 13 KOMANDO MALAYSIA DITEMUI SELAMAT DI PANTAI KUNDUR

11 pelatih komando, 2 jurulatih berjaya berenang dari Pulau Upeh ke Pantai Puteri
Melaka: Seramai 13 anggota tentera termasuk 11 pelatih komando yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam dilanda ombak di perairan Selat Melaka, berhampiran Klebang, dekat sini malam kelmarin, ditemui selamat selepas berjaya berenang ke Pantai Puteri, awal pagi ini. 

GEMPAR RUSUHAN DI 'LITTLE INDIA' SINGAPURA

Anggota polis mengawal keadaan di Little India, Singapura selepas rusuhan membabitkan pekerja asing. - Foto Reuters
Singapura: Sekurang-kurangnya 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian di kawasan Little India republik itu, malam tadi.

Ahad, Disember 08, 2013

NAMA MALAYSIA DALAM LAGU BARU LADY GAGA 'GYPSY'

SUKAR untuk melihat dia tampil menyarungkan persalinan yang jelita dan anggun. Acap kali beraksi di atas pentas mahupun mengatur langkah di karpet merah, penyanyi Stefani Joanne Angelina Germanotta atau lebih popular dengan nama Lady Gaga, lebih gemar memilih konsep fesyen pelik dan unik.

BURGER KOBRA

SEBIJI burger kobra dijual pada harga 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).
JIKA Vietnam terkenal dengan makanan pelik seperti nasi goreng kucing, sebuah restoran di Yogyakarta, Indonesia pula tampil aneh menyediakan hidangan burger daging ular tedung.

Sabtu, Disember 07, 2013

VIDEO:3 LAMBORGHINI BERHARGA 9 JUTA BERKECAI DI LEBUHRAYA MALAYSIA

Seremban: Kemalangan tiga kereta mewah Lamborghini di Kilometer 260, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, pagi semalam, menimbulkan persoalan apabila pemandunya lesap dari tempat kejadian.

VIDEO:PERNAH TENGOK CARA ULAR MAKAN TELUR?

Ular mempunyai mulut yang besar tetapi tidak mempunyai kaki, Ular boleh didapati dikebanyakan negara-negara di seluruh dunia dan sebahagian daripada ular adalah berbisa. Video ini menunjukkan bagaimana seekor ular makan telur yang lebih besar daripada mulutnya. Inilah yang membolehkan ular menelan manusia atau haiwan yang lebih besar lagi seperti lembu dan sebagainya.

Jumaat, Disember 06, 2013

VIDEO IKAN SUMPIT YANG PELIK DAN UNIK.

Kita biasa lihat ditelevisyen dan video, kebanyakkan kaum asli yang tinggal dihutan atau kawasan pedalaman mengunakan Sumpit untuk memburunya mangsanya. 
Tapi pernahkah anda melihat ikan yang tinggal didalam air juga mengunakan sumpit untuk memburu mangsanya. Inilah satu-satunya spesies ikan unik yang menggunakan sumpitan air untuk menjatuhkan mangsanya. Mana ikan ini dapat idea ya? 

Khamis, Disember 05, 2013

RAHSIA SILAP MATA NGERI DAVID COOPERFIELD TERBONGKAR

Ini adalah silap mata yang paling ngeri dan paling terkenal di seluruh dunia. Sukar dipercayai David Cooperfield yang sudah terpotong dua di belah oleh mata gergaji besar masih lagi boleh hidup, dan bergerak-gerak. Ketika itu semua orang mengatakan beliau mengunakan Jin.

FENOMENA ALAM YANG MENAKJUBKAN DI GRAND CANYON

PHOENIX, Amerika Syarikat - Lautan awan menyelubungi kawasan pergunungan Taman Negara Grand Canyon di Arizona pada Jumaat lalu.

KECOH PASAL DUIT 5 SEN !

PELAKON dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelakon itu.

Rabu, Disember 04, 2013

SUBHANALLAH KETAHUI KEAJAIBAN BURUNG GAGAK

Kenapa Allah memilih burung gagak sebagai GURU pertama umat manusia dan tidak memilih makhluk-Nya yang lain? 

Selasa, Disember 03, 2013

'HILANG SEMUA' (VIDEO)

ANGGOTA polis menarik mayat Nur Izzati yang dijumpai dalam tali air Kampung Padang Petani.
Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.

AWAS!JANGAN MAIN-MAIN DENGAN CHEF WAN PASAL RESEPI.

Chef Wan sangat sensitif dalam bidang masakan
Semalam, chef selebriti Malaysia iaitu Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dipercayai mengamuk di laman Instagram-nya selepas menikmati hidangan di sebuah restoran yang tidak dinyatakan lokasinya.

Isnin, Disember 02, 2013

SUBHANALLAH AWAN LUAR BIASA MUNCUL DI VIRGINIA (VIDEO)

Penduduk Virginia tiba-tiba panik adakah Ombak TSunami telah melanda negara mereka? Dari kejauhan kelihatan ombak setingi langit seolah-olah hendak menghempap Bandar Virgina. Masing-masing mendongak kelangit adakah hari ini hari terakhir mereka boleh melihat alam yang indah ini?

Ahad, Disember 01, 2013

LIFT PALING BERHANTU DI BRAZIL (VIDEO)

Bagaimana rasanya jika ketika anda sedang menaiki lift bersendirian, tiba-tiba lampu lift berkelip-kelip lalu terpadam, dan muncullah makhluk menyeramkan yang mungkin tak ingin anda temui seumur hidup?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: