MALAYSIA semalam mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370, yang hilang sejak Sabtu lalu telah menyimpang dari laluan penerbangannya dan dipercayai telah terbang sama ada dari utara Thailand hingga ke sempadan Kazakhstan/Turkmenistan, atau dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.