Dahulu saya cukup takut kalau ada kucing hitam di rumah yang berlaku kematian. Ini kerana, menurut cerita, kucing hitam itu petanda musibah. Kononnya, jika kucing hitam melompat melintasi mayat yang sedang terbujur, nahaslah. Mayat akan bangun semula. Atau pun, selepas dikebumikan, ia akan pulang ke dunia sebagai hantu.