Nuffnang Ads

Rabu, Jun 15, 2011

India gembira temui air di bulan

Imej air di bulan yang berjaya di rakam Satelit India,Chandrayaan-1
BANGALORE - Sebuah satelit India, Chandrayaan-1 yang mengesahkan penemuan kehadiran air di bulan kelmarin menjadi tajuk utama pelbagai media di negara itu .
Satelit itu yang dilancarkan ke orbit untuk misi mengelilingi bulan sejak Oktober tahun lalu sebelum ini mencetuskan kebimbangan kerana ia gagal menghantar balik isyarat ke bumi.
"India kini boleh berbangga apabila Chandrayaan-1 menjadi satelit pertama menemui air di bulan," kata Ketua Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), G. Madhavan Nair.
Pada sidang media di sini , beliau menyifatkan misi itu sebagai menakjubkan malah menutup kritikan pelbagai pihak kerana misi itu dianggap berjaya 110 peratus.
Beberapa akhbar ternama India menyiarkan berita kejayaan itu sebagai tajuk utama manakala stesen televisyen menyiarkan berita itu dengan membangkitkan semangat patriotik.
"Satu langkah besar kepada India, satu langkah gergasi untuk manusia," kata Times of Indiasementara Hindustan Times menggunakan tajuk Air di bulan: Chandrayaan hebat".
GAMBAR menunjukkan air dikesan di bulan dengan menggunakan lampu inframerah.
Sebelum ini, para saintis menyatakan bulan pada keseluruhannya adalah kering.
Misi itu melibatkan kos sebanyak AS$80 juta (RM278 juta) iaitu kurang separuh daripada jumlah yang dibelanjakan untuk misi yang sama oleh negara lain.
Perbelanjaan itu menunjukkan India berjaya menggunakan kos yang murah untuk misi tersebut.
Kejayaan Chandrayaan-1 itu mendorong India pada Rabu lalu melancarkan tujuh lagi satelit baru, enam daripadanya milik negara luar dalam satu misi penerbangan ke angkasa.
India memulakan program angkasa sejak 1963 dengan membangunkan satelit sendiri dan menghasilkan pelancar untuk mengurangkan kebergantungan kepada agensi angkasa asing. - AFP



BROWSE 6X FASTER WITH OPERA MINI ! CLICK HERE FOR MORE INFO !

Hate the feeling of wanting to Like your friend's FB comment and at the same time, you want to reply your other friend's Twitter comment as well? It is loading oh-too-slow!

Get the legendary Opera Mini with DiGi today! 6x faster Internet browsing so it's faster than ever!

SMS "Opera" to 2000 to download and it is FREE now. Don't forget to share them with your friends!

3 ulasan:

Shafiq berkata...

Bukti yang bukan Amerika je yang memonopoli ruang angkasa. :-)

namialuS67 berkata...

Betul tu,banyak lagi negara2 lain yang maju dalam bidang angkasa seperti negara germany, russia, france, india, china, italy dan lain2 negara lagi,cuma tidak terlalu diwar-war kan sangat.Penemuan ini satu tamparan hebat buat AS.Negara kita bila lagi agaknya untuk sampai ketahap ini?

HARITH ISKANDAR berkata...

Amerika tu tipu je tu...bkn aje air..dlm dokumntari (aku lupe kat mane,br je tgk smlm) bkn kate air..bentuk bngunan pon ade kat bulan..ntah betul ke idak dkumentari tu xsure la..tp mmg ade gmbar yg satelit tu tnjuk..kat marikh pula siap ade hutan,air,terowong dll ..huh hebattt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: