NUFFNANG

Memaparkan catatan dengan label INFINITI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFINITI. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 23, 2012

Terkejut batu penyendal pintu sebenarnya meteorit

Tahi bintang ini berusia empat bilion tahun

TENNESSEE - Sebuah keluarga di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seketul batu milik mereka sebenarnya seketul meteorit atau tahi bintang berusia empat bilion tahun, lapor akhbar MailOnline semalam.

Sabtu, September 29, 2012

Kawah tahi bintang gergasi dijumpai di Mesir

KAHERAH - Sebuah kawah tahi bintang baru yang dikesan menerusi bantuan enjin carian Google Earth mungkin membantu saintis menentukan kesan hentaman objek dari angkasa lepas itu pada masa depan, lapor sebuah akhbar.

Sabtu, September 08, 2012

Hero Green Lantern terbaru beragama Islam

NEW YORK 7 Sept. - Syarikat komik DC memperkenalkan satu siri komik Green Lantern terbaru yang menampilkan watak superhero itu sebagai seorang lelaki berketurunan Amerika-Arab Islam.

Selasa, Ogos 14, 2012

Anda Berjiwa Rapuh Sila Lihat Gambar Ini

Kadang-kala kita merasa diri serba kekurangan,Tidak mampu menempuh ranjau kehidupan yang penuh pancaroba di dunia yang fana ini.Tetapi kita harus ingat, manusia di jadikan dengan penuh kesempurnaan berbanding makhluk-makhluk lain yang ada di bumi ini.Lihatlah gambar-gambar di bawah ini...Semoga menjadi tauladan dan renungan buat kita semua.

Sabtu, November 19, 2011

Angkara pemetik api

Pemetik api yang diberi nafas baru boleh menyerupai apa sahaja daripada papan selaju dan telefon bimbit hinggalah bentuk haiwan dan serangga.





KATAK plastik dengan mata tersembul mungkin boleh menjadi barang mainan kanak-kanak, tetapi apabila ia adalah pemetik api, produk itu dianggap bahaya untuk kanak-kanak.

Ahad, Jun 05, 2011

Tidur lebih lena

Ingin memperoleh tip merehatkan tubuh dan minda yang berkesan? Cuba kaedah ini.

SUPPORTED CHILD POSE


KESUKARAN mendapat tidur yang berkualiti biasanya akan membuatkan anda terasa tertekan dan risau. Tekanan yang berlanjutan cukup meletihkan. Pada masa sama, tubuh mengharapkan tidur dan rehat yang mencukupi.

Triple X Scar Tattoo

Ini adalah salah satu bekas luka tatto yang sangat menyakitkan dan mengerikan.Ia merupakan luka tatto "Triple X" di leher,mungkin orang ini adalah peminat nombor satu filem terkenal "Triple X",sehingga sanggup membuat tatto yang sangat menyakitkan ini,namun demi kepuasan diri,dan untuk kelihatan lebih hebat, semua itu sanggup di lakukan.

Jumaat, Jun 03, 2011

Isnin, Mei 23, 2011

Pita keluarkan sinar X?

Penemuan yang mengagumkan...



TULANG jari menerusi sinar X pita perekat.



PENEMUAN terbaru yang mengagumkan saintis mendapati pita berperekat bukan sahaja bersifat hampir lutsinar, tetapi boleh digunakan untuk mengambil imej sinar X.
Saintis mendapati perbuatan menarik pita dari gulungan pita perekat Scotch akan mengeluarkan percikan kecil sinar X yang berkuasa untuk mengambil imej tulang dalam jari dan tangan.
Penemuan luar biasa ini telah dibuat oleh sekumpulan pengkaji dari University of California bagi menguji kesahihan dakwaan lisan saintis Soviet pada tahun 1950-an bahawa pita berperekat apabila diasingkan pada kelajuan yang tepat boleh mengeluarkan spektrum tenaga sinar X.
Menyiarkan hasil kajian di dalam jurnal Nature, para penyelidik menggunakan sebuah mesin penarikan bermotor pada gulungan pita Photo Safe 3M Scotch pada kelajuan tiga sentimeter sesaat.

Sabtu, Mei 07, 2011

LUNARTIC basikal masa hadapan

Inilah basikal masa hadapan,di mana ia terlalu ringan untuk di kayuh dan di kendalikan,Dicipta oleh pereka " Luke Douglas".Dan basikal ini di namakan "LUNARTIC".di mana ianya masih lagi di peringkat ujian dan prototaip.


bicicleta ecologia sustentavel lunartic

Rabu, Mac 23, 2011

Amazing photos of breaking the sound barrier

An amateur photographer captured the amazing photos of aircraft breaking the sound barrier.
Break the sound barrier is the phenomenon when the aircraft moves faster than the speed of sound. The vapor cone is formed by the instant condensation water vapor in the air when the aircraft breaks the sound barrier.
amazing cool awesome photos aircraft airplane break sound barrier pics (4)amazing cool awesome photos aircraft airplane break sound barrier pics (3)amazing cool awesome photos aircraft airplane break sound barrier pics (2)amazing cool awesome photos aircraft airplane break sound barrier pics
Related videos
1.

2.

Incoming search terms for this post:

Ahad, Mac 20, 2011

Kenapa takut ular?

Kenapa...?


TAKUTKAN ular merupakan satu perasaan yang berlaku secara terevolusi dalam diri manusia.




TAKUTKAN ular merupakan salah satu daripada fobia yang paling biasa walaupun ramai orang tidak pernah terserempak dengan haiwan ini. Jadi, bagaimana perasaan takut ini terjadi?

Jumaat, Mac 18, 2011

Wajah sebenar Cleopatra




ELIZABETH Taylor pernah melakonkan watak Cleopatra di layar perak.




LONDON - Wajah pemerintah Mesir kira-kira 2,000 tahun lalu, Cleopatra yang dikatakan jelita cuba dilakarkan menerusi imej tiga dimensi (3D), lapor sebuah akhbar semalam.

50 batang jarum dalam tubuh budak



GAMBAR X-ray menunjukkan 50 batang jarum berada dalam
tubuh seorang budak dua tahun di Barreiras, Brazil.
BRASILIA, Brazil - Doktor-doktor di Brazil menemui sebanyak 50 jarum jahitan di dalam tubuh seorang budak lelaki berumur dua tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ahad, Mac 06, 2011

Kejutan DNA orang utan

Orang utan Oh Orang utan...

BERBANDING manusia, DNA Orang Utan tidak mempunyai kod genetik yang dikenali sebagai Alu.


KETIKA spesies Orang Utan dikatakan berada di ambang kepupusan, analisis asid deoksiribonukleik (DNA) penuh yang dijalankan oleh sekumpulan saintis menemukan harapan baru.
DNA haiwan primat berkenaan didapati mempunyai genetik yang jauh lebih beragam berbanding apa yang pernah difikirkan.
Kajian berkenaan yang telah diterbitkan dalam jurnal sains Nature, turut membongkar bahawa genom Orang Utan hampir tidak berubah sejak 15 juta tahun lalu, berbanding manusia dan cimpanzi.
Pernah mendiami seluruh Asia Tenggara, hanya dua populasi haiwan berkenaan masih kekal di dalam hutan dan kedua-duanya terletak di kepulauan Indonesia.
Sebanyak 40,000 hingga 50,000 ekor masih hidup di Borneo, manakala di Sumatera, aktiviti perhutanan semula dan pemburuan telah mengurangkan komuniti haiwan berkenaan kepada kira-kira ekor 7,000 sahaja, menurut laporan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
Kedua-dua kumpulan itu dipisahkan secara genetik kira-kira 400,000 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan spesies yang berasingan walaupun berkait rapat. Di Sumatera, ia dipanggil sebagai pongo alelii dan di Berneo, pongo pygmaeus, jelas laporan itu.

MANUSIA boleh mendekati keistimewaan Orang Utan di zoo mahupun di pusat perlindungan dekat habitat semula jadi.


Konsortium antarabangsa yang mengumpulkan lebih 30 saintis menterjemahkan urutan genom penuh Orang Utan Sumatera betina yang digelar Susie.
Mereka kemudiannya melengkapkan turutan genom bagi 10 lagi Orang Utan dewasa, lima dari setiap populasi.
“Kami menemui bahawa Orang Utan mempunyai genetik yang lebih beragam berbanding manusia,” kata Devin Locke yang merupakan pakar genetik di Universiti Washington di Missouri, Amerika Syarikat.
Manusia dan orang utan mempunyai persamaan genetik sehingga 97 peratus, berbanding 99 peratus berbanding manusia dengan monyet.
Namun, kejutan besarnya adalah bilangan yang jauh lebih kecil di Sumatera menunjukkan lebih kepelbagaian dalam struktur sifat DNAnya berbanding ‘sepupunya’ di Borneo.
Walaupun membingungkan, saintis memberitahu ia mungkin dapat membantu memulihara spesies berkenaan dan membantu survivalnya.
“Kepelbagaian genetik Orang Utan adalah berita baik kerana dalam jangka masa panjang, ia mampu membantu dalam usaha mengekalkan populasi seterusnya usaha pemuliharaan,” kata profesor Kolej Perubatan Baylor, Jeffrey Rogers.
Melestari alam
ORANG Utan mampu menzahirkan perbuatan dan ekspresi yang mirip tabiat manusia.


Bagaimanapun, kata Rogers, takdir spesies itu yang kadangkala menonjolkan sikap dan ekspresi yang menakutkan manusia, bergantung kepada usaha manusia melestari alam sekitar.
“Sekiranya hutan musnah, kepelbagaian spesies itu tidak membawa apa-apa makna. Habitat mereka adalah yang paling utama.
“Sekiranya keadaan ini kekal sehingga 30 tahun akan datang, kita tidak akan mempunyai Orang Utan di hutan,” ujarnya.
Para penyelidik juga dikejutkan oleh sedikit perubahan pada kestabilan genom orang utan sejak dua kumpulan habitat itu terpisah dalam jalur evolusi.
Satu petunjuk yang mungkin menjadi punca kurangnya perubahan struktur DNA orang utan adalah ketiadaan kod genetik yang dikenali sebagai Alu, berbanding manusia.
“Dalam genom Orang Utan, kami menemui hanya 250 salinan Alu baru sejak 15 juta tahun lalu,” kata Locke.
MANUSIA dan orang utan mempunyai persamaan genetik sehingga 97 peratus.


Orang Utan adalah satu-satunya spesies terancam teruk yang berumah di atas pokok. Di hutan liar, mereka boleh hidup selama 35 hingga 40 tahun, atau bertahan untuk tempoh 10 tahun lagi.
Orang Utan betina melahirkan anak setiap lapan tahun dan tempoh itu merupakan yang terpanjang berbanding spesies mamalia lain.
Penyelidikan lebih awal menunjukkan spesies berkenaan bukan sahaja dapat mempelajari cara menggunakan alatan, tetapi berkemampuan untuk mempelajari budaya dan memiliki ciri-ciri eksklusif manusia.

Tinjau khazanah Tasik Kenyir

Selain bersuka ria di pekarangan resort, ada yang memilih untuk memancing, meredah keluasan tasik, meneroka gua ataupun bersendirian atas penginapan bot.






KALI ini persinggahan EKSTRA ialah Tasik Kenyir, Terengganu. Terpegun dalam pesona, nyata sekali kawasan takungan air seluas 260,000 hektar itu telah menyuburkan warisan alam semula jadi yang ada di sekelilingnya.
Tidak hairan jika sudah bertahun-tahun lokasi itu memukau hati ramai pengunjung hanya kerana pandangan kali pertama.

Khamis, Januari 27, 2011

Berjalan kaki otak bijak

Adakah anda bijak? Amalkan senaman berjalan kaki.Pengkaji di university Illinois membahagikan 124 objek kajian kepada dua kumpulan untuk mengkaji kesan senaman dan kaitannya dengan kecerdasan minda.Satu kumpulan diprogramkan dengan senaman jalan kaki 45 minit sehari,tiga hari seminggu.Sementara kumpulan yang kedua melakukan senaman regangan sejam,tiga kali seminggu.

Hasil kajian selepas enam bulan menunjukkan kumpulan pertama yang melakukan senaman berjalan kaki mendapat markah 15 peratus lebih tinggi daripada kumpulan kedua dalam ujian yang direka untuk mengukur kepintaran dan kebolehan untuk fokus.
Saranan saya jika sekolah anak anda berhampiran rumah dalam lingkungan 200 ke 400 meter biarkan mereka berjalan kaki kesekolah.Kerana dengan berjalan kaki otak bijak.



Selasa, Januari 04, 2011

Makhluk Halus

Sumber_Media Barcroft



Sebuah imbasan berwarna mikrograf elektron (SEM)Terlihat kepala berenga
atau larva lalat lalat hijau (Protophormia sp.) Dengan gigi taring kecil
yang memanjang dari mulutnya.Berenga lalat ini digunakan untuk
membersihkan luka.Berenga telah disterilkan dan ditempatkan
di luka, di mana mereka memakan rangkaian mati dan meninggalkan rangkaian
sihat dengan air liur mereka mengandungi bahan kimia anti-bakteria
yang mempertahankan sterilitas di kawasan luka tersebut. Berenga
digunakan pada bisul dan luka dalam jauh dari organ atau rongga tubuh,
yang paling sering digunakan untuk mengubati kudis diabetes pada kaki.


Kutu kucing (Ctenocephalides felis) Antara bulu kucing,Yang di lihat mengunakan mikrograf elektron (SEM)

Mengunakan Imbasan berwarna mikrograf elektron kelihatan tungau debu rumah (Dermatophagoides pteronyssinus). Jutaan tungau debu menghuni rumah,  memakan sel-sel kulit mati manusia. Mereka terutama tinggal di perabot, dan biasanya tidak berbahaya. Namun, kotoran yang di sebar boleh menyebabkan reaksi alergi pada orang yang terdedah.


Mengunakan Imbasan berwarna mikrograf elektron dapat di lihat tungau tepung atau  tungau (Acarus Siro). Ini mempunyai rambut panjang yang membentang dari tubuhnya dan besar kaki depan yang kuat. Jenis ini merupakan hama umum,dapur, makanan terutama pada biji-bijian,jagung kacang dan beras.


Mengunakan imbasan elektron mikrograf Kelihatan kutu anjing (Ctenocephalides canis), pada celahan bulu dan kulit anjing,Sangat mengelikan.


Sebuah imbasan berwarna mengunakan elektron mikrograf kelihatan kepala penyu semut tentera (Cephalotes sp.) Berasal dari hutan Amazon..Sungguh menakjubkan.

         Bakteria pada lidah manusia,yang di lihat di bawah mokroskop.

Seekor kutu kepala di helaian rambut manusia yang di lihat mengunakan mikroskop...sungguh mengelikan.

Hodoh...seperti wajah hantu,Inilah rupa bentuk seekor nyamuk yang di lihat di bawah mikroskop.

Yang ini tidak perlu mengunakan mikroskop...Basikal tua dan antik siapa punya la sesat kat sini...

Khamis, Disember 23, 2010

Gambar-gambar janin dalam kandungan

sperma manusia (spermatozoa), sel kelamin laki-laki bercantum dengan telur wanita...
Gambar-gambar dari janin dalam kandungan, oleh Lennart Nilsson

Lima minggu. Embrio sekitar 9mm panjang. Wajah berkembang, dengan lubang untuk mulut, lubang hidung dan mata...

Teknologi canggih sekarang membolehkan gambar yang diperbesar lebih jelas, Beberapa foto-foto ini diambil dengan kamera konvensional dengan lensa makro, sementara yang lain diambil dengan menggunakan suatu endoskopi. Teknologi imbasan mikroskop elektron membolehkan Nilsson untuk mengambil gambar pada perbesaran ratusan ribu,Janin berusia 

Lapan minggu. Embrio yang tumbuh dengan cepat dilindungi dengan baik dalam beg janin
Gambar yang luar biasa karyanya telah dikumpulkan dalam sebuah buku hardcover yang besar, A Child Is Born, yang diterbitkan oleh Jonathan Cape.10 minggu. Kelopak mata adalah semi-tertutup. Mereka akan menutup sepenuhnya dalam beberapa hari...
16 minggu. Janin menggunakan tangan untuk mengeksplorasi tubuhnya sendiri dan sekitarnya ...
... Janin sekarang boleh turun dan tarik tali pusat panjang. Rangka terutama terdiri dari cartridge fleksibel. Jaringan pembuluh darah terlihat melalui kulit tipis
18 minggu: Sekitar 14cm. Janin kini boleh melihat suara dari dunia luar...
20 minggu. Sekitar 20cm. Woolly rambut, yang dikenali sebagai lanugo, merangkumi seluruh kepala.





Khamis, November 11, 2010

Rahsia Tarikh Lahir

Ketahui pasangan anda melalui "TARIKH LAHIR"




1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun
dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir
tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai
orang yang

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: