NUFFNANG

Sabtu, Januari 11, 2014

PELIK BATU INI KUAT MEROKOK

SEMUA jenama rokok di hisapnya...tak memilih.
JIKA di perhatikan, batu ini bentuknya biasa saja dan tidak ada yang pelik. Cuma jika di lihat betul-betul ia miriP kepala manusia dengan mulutnya sekali. Batu ini dianggap pelik dan ada kuasa ghaib sebab batu ini boleh merokok dan mampu menghabiskan sebatang rokok hanya dalam waktu beberapa minit. Wow! lagi la pelik!!!

BATU pelik ini mempunyai mulut seperti manusia.
Batu yang aneh ini di temui di Gunung Shangyou, di China. Batu ini di jumpai oleh seseorang bernama Luo Yuanshui yang tinggal di Longyan, China. Mulanya dia saja-saja menyumbatkan sebatang rokok yang masih menyala di antara lubang batu yang berbentuk seperti mulut. Namun peliknya rokok yang di selitkan itu habis seperti sudah di hisap oleh batu tersebut.
BATU kuat merokok ini mirip kepala manusia.
Kerana di anggap aneh dan ganjil Luo membawa pulang batu seberat 2.2 kg ke rumahnya. Dengan keanehan itu, Luo memberikan si batu rokok yang berbeza-beza jenisnya. Rokok itu di nyalakan dan di sumbat pada mulut batu, Si batu tadi akan menghisap rokok itu dan menghabiskannya kurang dari 5 minit. Memang Pelik dan aneh.
Luo Yuanshui, menunjukkan kepada pengunjung batu ajaibnya.
Keanehan batu yang boleh merokok dengan cepat tersebar menjadi berita hangat di China. Jiran dan penduduk setempat Lou berduyun-duyun datang untuk melihat sendiri bagaimana batu itu merokok. Sebahagian masyarakat menganggapnya batu ini ajaib dan misteri kerana boleh merokok seperti manusia.

Macam-macam hal manusia ni , Ada-ada saja. -ALAMCYBER2020-

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: