Nuffnang Ads

Isnin, Januari 02, 2012

Terpaksa dibedah kerana main SMS

Dibedah angkara gila "SMS"
CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

LEVITZ memakai pendakap tangan selepas menghantar lebih 100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari.
Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.
Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.
Setelah pembedahan
Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.
Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.
"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.
Annie Levitz...Gembira dapat ber "SMS" kembali.
Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.
Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik. - Agensi

3 ulasan:

Shafiq berkata...

memang gila SMS...:-)

namialus67 berkata...

Itu le,teknologi ni kekadang memudahkan manusia,kekadang memudaratkan manusia...terlalu banyak contohnya.Tq Shafiq atas komen anda.Selamat tahun baru 2012 moga sukses selalu.

Sy4Ki||3r berkata...

untungla pandai sms laju2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: