NUFFNANG

Isnin, November 24, 2014

VIDEO: PENEMUAN IKAN PELIK ADA LAMPU DIKEPALA

Ikan ini dianggap luar biasa memandangkan mampu mengeluarkan sejenis cahaya untuk menarik perhatian mangsa. 
SACRAMENTO – Sejenis ikan yang dikenali sebagai Black Seadevil dikesan di sebuah perairan di sini. Pusat Penyelidikan Akuarium, Monterey Bay yang merakam gambar hidupan laut itu berkata, haiwan itu merupakan sejenis spesies ikan yang luar biasa.


Ikan yang hidup di laut dalam Monterey Canyon itu memiliki wajah yang menakutkan selain boleh mengeluarkan cahaya untuk menarik perhatian mangsanya.
Ikan ini memiliki wajah yang menakutkan
LAMPU DIATAS KEPALA BOLEH MENANGKAP MANGSANYA
Malah, ikan itu akan menangkap mangsanya dengan menikam menggunakan sebatang sengat tajam yang keluar daripada kepalanya. Sengat itu mirip seperti mata kail.


Lazimnya, ikan pelik itu makan ikan-ikan lain yang lebih kecil dan sotong dengan menyambar menggunakan gigi yang tajam.

Sementara itu, seorang saintis Pusat Penyelidikan Akuarium, Monterey Bay, Dr. Bruce Robison berkata, ikan itu merupakan antara ikan yang paling jarang ditemui di laut dalam.

“Walaupun kelihatan mengerikan, namun ikan itu hanya sepanjang 8.8 sentimeter,” katanya.

Gambaran mengenai ikan itu dirakam secara video buat pertama kali di sebuah laut dalam pada awal bulan ini. 

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: