NUFFNANG

Ahad, Januari 31, 2016

Benarkah wujud Batu Petir?


Batu tersebut memang menyerupai seperti gambar yang di paparkan iaitu bentuk sempurna. Kebanyakan batu petir ini berwarna hitam, campuran batu tersebut mengandungi sedikit logam.

Ada kalanya batu tersebut dijumpai dalam keadaan pecah disebabkan panahan terkena pokok yang keras.

Batu Petir itu terbahagi  kepada dua keadaan, Pertama Batu petir Ketika Hujan dan Batu Petir Ketika waktu Sebelum Hujan iaitu waktu kering.

Ada juga yang mengatakan ada jantan betina. iaitu warna putih dan warna hitam. Ada kenyataan mengatakan Batu Petir dari jenis ketika hujan adalah jenis yang baik, kerana ianya bersifat sejuk.

Akan tetapi batu ini susah hendak dijumpai, sebab jika lambat mengambilnya selepas berlakunya panahan petir pada pokok dan objek-objek lain, dikatakan Malaikat yang melontarnya kepada iblis akan mengambil semula batu tersebut untuk lontaran seterusnya.

Kepada yang menjumpainya, ianya adalah Kehendak Allah buat manusia memikirkan akan KEKUASAAN ALLAH

Di dalam Al-Quran ada menyebut : Bahan Bakar Api Neraka adalah batu-batu serta manusia itu sendiri.

Untuk mengenal pastian dan ketulinan batu petir tersebut, dikatakan batu tersebut memiliki bau seakan besi terbakar hangit.

Sahabat saya pernah mendapatkan sebutir batu petir dari seorang kenalannya, ketika mendapatkannya, semasa perjalanan balik kerumah, sekeliling saya berbau seperti terbakar.

Saya sangka pada ketika itu mungkin bau asap kereta, tetapi keesokannya ketika sahabat saya mencanai batu tersebut untuk dijadikan permata cincin, memberitahu bau tersebut benar-benar keluar dari asahan batu petir tersebut.

KHASIAT BATU PETIR

Dari Segi Pemakaian pula. Segala Pergerakkan pemakai akan cepat dan pantas seperti sifat batu tersebut. 

Di katakan si pemakainya mampu menahan hentakan yang kuat keatas tubuhnya tanpa sebarang kecederaan.

Hantu iblis dan syaitan dikatakan gerun dan takut jika seseorang itu ada memakai batu petir pada tubuhnya.

Dikatakan juga jika sepemakainya ada terhidu bau kuat seperti bau sesuatu terbakar, ini bermakna di sekelilingnya atau kawasan tersebut terdapat banyak makhluk ghaib seperti hantu,iblis dan syaitan.
Laksmana Hang Tuah dikatakan pahlawan Melayu yang memakai Batu Petir di pergelangan tangannya.
Pahlawan melayu terbilang Laksmana Hang Tuah dikatakan ada memakai 6 butir batu petir ditubuh yang dijadikan sebagai gelang dilengannya.
Gelang tangan ini dikatakan milik Hang Tuah yang bertatahkan 6 biji batu petir yang masih lagi disimpan pewarisnya.
Tetapi Batu Petir yang Berkhasiat dikatakan si pemakainya akan merasakan tangan berat, lenguh-Lenguh serta terasa berat di jari pemakai, kadang-kadang seperti ada rasa cas elektrik. 

Jikalau sudah serasi dengan si pemakai, ianya akan terasa kosong dijari jika tidak memakainya walaupun sehari. Walahualam...

5 ulasan:

Unknown berkata...

saya terjumpa batu yang dikatakan seorang tua sebagai batu petir, semasa menjumpainya saya berumur lebih kurang 10 tahun. waktu itu saya cuba memecahkan batu tersebut dengan tukul besar, malangnya batu tersebut terpelanting dan saya sudah menjumpainya lagi. sehinggalah saya sudah mempunyai dua orang anak barulah saya menemui semula batu petir yang pernah saya jumpa dulu di dalam tin paku di rumah kami. sejak itu saya menyimpannya sehingga kini.

Unknown berkata...

Assalamualaikum hahaha boleh kah saya memcuba dan memiliki gerang yang menyerupai kepunyaan hang tuah ahahahhaa

Unknown berkata...

saya juga ada menyimpan sebutir batu spt dlm gambar juga batu petir. jika nak melihatnya ni no sy 01124125230 .

Unknown berkata...

saya juga ada menyimpan sebutir batu spt dlm gambar juga batu petir. jika nak melihatnya ni no sy 01124125230 .

Unknown berkata...

Setiap yg di jadikan oleh Allah SWT pasti ada kelebihan nya kerana Allah SWT tidak akan jadikan sesuatu dengan sia-sia..batu petir atau batu panah halilintar itu memang wujud..di dlm kitab suci Al-Quran pun ada menceritakan tentang batu tesebut di mana para malaikat penjaga langit sentiasa berjaga dan akan memanah jin,setan dan iblis ketika mereka mahu curi masuk ke langit untuk mendapatkan berita mahluk di langit..pancaran kilat sentiasa mengintai penceroboh iaitu jin,setan dan iblis...

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: