Nuffnang Ads

Rabu, September 25, 2013

BULAN TERBELAH DUA

Pakar geologi muslim dari Mesir profesor Dr.Zaghloul Ragheb Mohamed El-Naggar telah dijemput dalam satu majlis temu bual di Universiti Cardiff di Wales, England bagi berdiskusi mengenai topik mukjizat ilmiah daripada al-Quran.

Salah seorang tetamu beragama Islam, kemudian berdiri, lalu bertanya, apakah pada pendapat anda, ayat satu daripada surah al-Qamar yang bermaksud, sungguh telah dekat hari kiamat dan bulan pun telah terbelah, mengandungi mukjizat secara ilmiah?
Astronaut yang menaiki pesawat Apollo 11 ke bulan menemui lekukan hingga ke dalam perut bulan.
Zaghloul menjawab,"Tidak, Hanya sesuatu kehebatan ilmiah yang dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan seseorang. Tapi, manusia akan bertemu keterbatasan akal dan ilmu pengetahuan dalam menganilisis mukjizat dan kekuasaan Allah". Zaghloul cuba menjelaskan lagi tentang kenapa Allah menurunkan ayat itu kebumi dengan mengambil sebuah kisah mukjizat Rasulullah s.a.w membelah bulan.

Suatu hari, orang-orang musyrik mengejek dan memperolok-olokan Rasulullah sambil berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar-benar seorang Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu". Rasulullah lalu bertanya, Apa yang kalian inginkan? Mereka menjawab, "Cubalah belah bulan..."
Dengan izin Allah, bulan pun terbelah
Rasulullah kemudian berdiri dan terdiam. Lalu baginda berdoa memohon kepada Allah agar membantunya, Allah memberitahu Muhammad agar mengarahkan jari telunjuknya kebulan. Baginda pun melakukan seperti yang diperintahkan. Dengan izin Allah, bulan pun terbelah. Malangnya, orang-orang musyrikin tetap tidak percaya dengan apa yang mereka telah lihat.

Bagi mendapatkan kepastian itu, mereka sanggup menunggu rombongan pertama yang baru sampai kekota Mekah dan bertanya,"Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh pada bulan?" Rombongan itu menjawab,"Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu, kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan kemudian bersatu kembali!"
Rekahan yang menunjukkan bulan pernah terbelah telah dirakam oleh NASA.
Maka, sebahagian mereka itu kembali beriman, manakala sebilangannya lagi tetap kafir kerana ingkar. "Ini adalah kisah benar", tegas Zaghloul. Sainti barat yang sering tidak mempercayai wujudnya Tuhan dan mengkaji demi ilmu sains semata-mata tidak menyangka mereka akan bertemu al-Quran akhirnya. Rekahan yang menunjukkan bulan pernah terbelah dua telah dirakam oleh NASA beberapa tahun yang lalu.
Saintis barat tidak mahu mengakui bulan pernah terbelah dengan mengatakan pecahan ini adalah Rille.
Gambar-gambar yang diambil jelas terlihat lekuk panjang dan lurus terbentang di permukaan bulan. Astronaut yang mendarat di bulan pada 20 julai 1969 menerusi pesawat Apollo 11 juga mendapati lekukan itu sampai ke dalam perut bulan.

Komuniti geologi yang memerhatikan pembentukan itu berpendapat bekas rekahan itu tidak mungkin terjadi sekiranya bulan sememangnya pernah terbelah dan bercantum kembali. Bagaimanapun, saintis barat cuba tidak mahu mengakui kesahihan itu dengan mengatakan rekahan itu adalah Rille (Gegalur lembah seperti rekahan atau parit yang panjangnya hingga beberapa ratus kilometer dan lebarnya 1 hingga 2 kilometer yang terdapat di permukaan bulan).
Lekukan panjang di temui di hampir semua permmukaan bulan tapi kesannya tidak dilihat mengelilingi seluruh bulan. 
Meskipun begitu, Saintis barat mengaitkan banyak spekulasi mengenai asal-usul kejadian Rille. Mereka berpendapat bahawa komet suatu masa dulu pernah menghentam bulan hingga menyebabkannya hampir terbelah.

Teori lain pula mengatakan lekukan itu kemungkinan bekas kanal atau saluran lava yang keluar daripada perut bulan tidak lama dulu. Sainti barat terus menegaskan bahawa walaupun Rille ditemui di hampir semua titik dipermukaan bulan, tetapi kesan itu tidak dilihat mengelilingi seluruh permukaan bulan. Paling panjang yang direodkan cuma sekitar 300 kilometer. Ini hanya hipotesis saintis barat.
Bulan terbelah adalah kisah benar-Profesor Dr.Zaghloul.
Soalnya, apakah kita perlu membuktikannya? Kekuasaan Allah pastinya tidak boleh diukur dengan sejarah, geologi, arkeologi, bahkan teknologi tercanggih sekali pun kerana manusia adalah makhluk yang memiliki segala keterbatasan.

Infiniti sains ilusi realiti

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: