Kedengarannya memang aneh, namun ikan ini memang benar-benar wujud.
Menurut Dr. Tim O’Hara yang merupakan saintis dan kurator marin di Muzium Victoria, Australia, ikan tanpa wajah ditemui kali pertama pada tahun 1873 oleh anak kapal British berhampiran Papua New Guinea.
Hidupan ini dijumpai semula semasa ekspedisi kumpulan saintis berhampiran pesisir timur Australia, kira-kira 2.5 batu di bawah permukaan lautan.
Fizikal ikan ini tampak biasa. Cuma, apa yang membezakannya ialah bahagian muka ikan ini bagaikan tidak wujud. Permukaan hadapan wajah ikan ini membulat tanpa mata, mulut atau apa saja bahagian anggota yang biasa ada pada seekor ikan. Sekali pandang, fizikalnya mirip seperti berudu. Saiz ikan ini yang ditemui berukuran lebih kurang 40 sentimeter.
Ia kelihatan aneh dan membuat pengkaji tertanya-tanya, bagaimana ikan ini makan, melihat dan bernafas?
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Tim, hidupan ini dipercayai mempunyai muka yang terletak di kedudukan bawah badan. Pun begitu, manusia tetap tidak dapat melihat di mana mata, mulut mahupun insang ikan secara keseluruhan. Akan tetapi, ikan ini mempunyai dua bintik di bahagian kepala. Pada awalnya, bintik ini kelihatan seperti mata. Namun, jangkaan tersebut meleset apabila ia dikatakan lubang hidung kepada ikan pelik ini.

Bagaimanapun, hidupan ini sebenarnya mempunyai mulut di bahagian bawah. Manusia tidak dapat melihatnya daripada kedudukan atas atau depan. Pun begitu, posisi mata masih lagi menjadi misteri. Pasukan saintis percaya mata ikan ini terletak di permukaan bawah badan. Cuma, ia tidak jelas untuk dilihat secara kasar.
Sementara itu, Pakar belut Koleksi Ikan Kebangsaan Australia CSIRO, John Pogonoski menyatakan bahawa spesies ini bukanlah hidupan yang baru ditemui. Secara saintifiknya, ia dikenali sebagai ‘Typhlonus nasus’ dan merupakan kumpulan belut cusk. ‘Typhlonus’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘typhlos’ (buta) dan onos (hake). Hake merupakan sejenis ikan. Dengan kata lain, ‘Typhlonus’ bererti hake buta.
Berdasarkan semakan genus oleh Nielsen pada tahun 1966, mata ikan tanpa muka ini terletak secara menegak di atas rahang atas dan menjadi semakin kecil dengan peningkatan saiz ikan. Pada masa tersebut, mata spesimen yang diperiksa tidak dapat dilihat dari luar. Bagaimanapun, selepas diteliti secara mendalam termasuk mengeluarkan kulitnya, mata hidupan ini dapat dilihat wujud secara halus.
Pogonoski beranggapan bahawa ikan ini mempunyai tahap penglihatan yang sangat rendah. Kemungkinan ia hanya bergantung pada saluran deria dalam kepala untuk memantau keadaan sekeliling. Walaupun maklumat tentang ikan ini sedikit, namun saintis masih lagi meneruskan kajian untuk mendapatkan informasi lanjut tentang spesies aneh ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan