Nuffnang Ads

Ahad, November 17, 2013

SERAM MISTERI KEMAYAN CITY DI JOHOR BAHRU

Banyak kejadian seram berlaku di Kemayan City
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal (Tempat tinggal hantu dan syaitan) di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Kemayan City
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular di kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.
 Terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran. Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal. 

DENGARKAN SENDIRI PENGALAMAN BENAR INI...

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura. Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ. Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Ustaz Hanafiah Abdul Razak
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Ustaz Hanafiah Abdul Razak. Menurut  ustaz Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.


Menurut Ustaz Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik Singapura itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
BANGUNAN tinggal amat disukai syaitan untuk menyesatkan akidah manusia
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya.

Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.
Bangunan Kemayan City sangat besar dan luas kawasannya
Bagi mereka yang bukan orang JB dan tidak pernah melihat bangunan ni tengoklah gambar tu..sayang betul,bangunan tu sungguh besar sebab nak buat shopping mall kan..tapi daripada cerita rakan saya juga bangunan tu tak dapat diteruskan projeknya kerana faktor feng shui tempat tu yang mungkin tidak elok.

Betul atau tak,saya pun tak tahu...hanya mereka yang terlibat dalam projek ini saja yang  lebih mengetahuinya.

-Artikel ini ditulis dari berbagai sumber-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: