Pernah tak dengar orang mencuri tapi tak lepas keluar. Nampak lautan yang luas, nampak dinding yang tinggi. Pusing-pusing kat kawasan itu juga.
Selagi tuan rumah tak tegur selagi tu pencuri tak jumpa jalan keluar. Disini saya nak kongsikan caranya nak buat pendinding kediaman dan premis pernigaan dari gangguan manusia dan mahkluk halus.
Cara Pagar Kediaman, Premis Perniagaan atau Pejabat :
Atas permintaan ramai yang ingin mengatahui cara-cara pagar kediaman, premis perniagaan dan perjabat dengan ini saya kongsikan sekali lagi. Mudah-mudahan memberi mafaat kepada kita semua..Insya Allah.
Anda baru beli rumah, baru masuk rumah sewa, rumah yang ada duduki selama ini tiba-tiba rasa seakan ada mkhluk lain yang cuba menganggu, ahli keluarga anda selalu mengadu tidak boleh tidur, ditindih atau nampak sesuatu atau anda rasa suasana dalam rumah anda tidak seperti sebelumnya dan sering kali barang di dalam rumah hilang.
Pertama sekali pastikan rumah anda bebas tangkal, tak kiralah pelaris ke, ibu duit ke, minyak pengasih ke, sila kumpulkan dan musnahkan terlebih dahulu.
Musnahkan barang-barang tersebut dengan air yasin selama 1 hari diluar rumah. Kemudian anda boleh bungkus masuk dalam plastik dan ditanam, dibakar atau dibuang ke sungai yang jauh dari kawasan rumah.
1. Buka semua pintu depan, belakang, pintu bilik dan pintu bilik air Rumah.
2. Ambil Air Sembayang
3. Hamparkan sejadah ditengah2 rumah. (Diantara ruang tamu dan dapur)
4. Azan (niat untuk pendinding rumah). (Lepas azan tutup semula pintu dpn dan belakang)
5. Solat Hajat 2 rakaat (selesai solat memperbayakan wirid, berzikir, berdoa atau membaca surah al-baqarah)
6. Sebaiknya lakukan pada waktu malam.
7. Sebagai ikhtiar tambahan boleh juga spray air yasin didalam rumah atau tabur garam di sekeliling rumah .
Pesanan:
Apa pun pagar yang anda ikhtiarkan, yang paling utama sekali ialah penghuni rumah tersebut. Anda haruslah menjaga suasana kerohanian didalam rumah. Hidupkan suasana rumah anda dengan solat, mengaji, zikir, ibadah seluruh isi keluarga dengan ikhlas sepenuh pengharapan pada Allah SWT.
Jadilah rumah anda sebagai rumah orang Islam, buang semua gambar2 artis yang ada didinding, buang tangkal-tangkal azimat, buang patung-patung yang menyerupai makhluk bernyawa, elakkan perkara berunsur zina dalam rumah dan kurangkan dimain muzik-muzik yang melalaikan.
Inilah antara punca rosaknya suasana kerohanian didalam rumah sehingga anda sendiri yang sebenarnya membuka ruang yang besar dengan dibentang karpet merah berserta bunga api bagi mengalu-alukan kehadiran syaitan memasuki rumah anda. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan jaga kita, Wallahualam, .Insya Allah.
Jangan tinggal kan Amalan ini kerana rumah yang sentiasa dilaungkan azan dan membaca suruh Al-Baqarah syaitan@jin tidak berani masuk.
Jika anda ingin mengunakn kaedah ini boleh la tulis diruang komen "izinkan saya mengamal". Insya Allah berkesan jika diizinkannya.
Sumber dari :
Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan