NUFFNANG

Ahad, Julai 29, 2018

6 jenis pokok ini jangan main-main, pesan Si Penggali Kubur...

Tempat tinggal manusia sudah tentunya di rumah. Tapi anda tahu tak di mana makhluk halus tinggal?

Ramai yang kata rumah kosong atau lama ditinggalkan antara tempat disukai oleh makhluk halus ini. Selain itu biasanya mereka membentuk komuniti di muara sungai, kuala laut,  gunung-ganang, hutan tebal, tanah perkuburan termasuklah di pokok-pokok besar.


Manakala "muara sungai" menjadi tempat kesukaan makhluk halus menetap. Sebab tu kita kena hati-hati dan celupar mulut bila berada di " muara sungai"...

Ada 6 jenis pokok yang menjadi kegemaran makhluk misteri ini “bermain” atau bertenggek dan menjadikan pokok ini sebagai tempat tinggal mereka. Awas! bila lalu di tepinya jangan celupar mulut...

Ini adalah satu pengalaman benar perkongsian dari seorang penggali kubur, yang pernah mengalami peristiwa-peristiwa seram diluar jangkauan pemikiran manusia biasa.

Beliau berpesan berhati-hatilah dengan 6 jenis pokok yang disebutkan ini...

Inilah di antara jenis-jenis pokok yang sering menjadi tumpuan makhluk halus...

1) Pokok Pulai


Pokok ini boleh hidup lebih dari 100 tahun.
Tidak seperti pokok lain perlu ditanam, pokok pulai tidak tumbuh sembarangan tempat ya. Dalam hutan tak ada sama sekali. Ia banyak dijumpai di tanah-tanah perkuburan sahaja.

Dengan ketinggian lebih 30 kaki pokok pulai bukan sebarang orang mampu menebangnya dikatakan setiap batang pokok pulai pasti ada penghuni ghaibnya, Sesetengah orang pernah terlihat kuda putih terbang melintasi puncak pokok ini.

Kalau pokok beringin menjadi lokasi hantu suka bertenggek, pokok pulai ini khabarnya hanya disukai jin Islam sahaja.

Pernah satu kejadian zaman dahulu, ada anak jiran yang mahu membuang air kecil di pangkal pokok. Namun dia terpandang  lelaki tua berjanggut panjang di hadapannya. Ada juga mereka terjumpa lelaki berserban. Kata orang mereka itu jin islam dan tak suka pada kekotoran. Sebab itulah bila ada yang ingin buang air besar atau kecil di pangkalnya, makhluk ini memunculkan diri.


Sama seperti spesis pokok lain, pokok pulai akan berdaun, berbuah dan berbunga.

Bila daun gugur, maka pokok akan mulai berbuah diikuti berbunga. Burung-burung suka makan buahnya yang panjang-panjang itu. Buahnya kelihatan seperti kacang botol nipis.

2) Pokok Beringin



Pokok beringin sangat disukai oleh jenis hantu Pontianak. Kata orang, akar-akar pokok beringin ini menjadi “mainan buaian” kepada Cik Pontianak ini yang menanti untuk menyakat orang yang lalu lalang di kawasan sekitarnya.

Pokok beringin memang banyak ditanam di negara kita. Paling banyak di tepi Muzium Negara di ibu kota kerana ia mampu meneduhkan kawasan. Ada yang besar tetapi banyak juga telah ditut untuk mencantikkan kawasan di tepi-tepi jalan.

Nak kenal pokok ini pun mudah saja. Akarnya kelihatan berjuntai-juntai hingga ke tanah. Nak tanam pun mudah, ambil dahannya sedikit, cucuk di tanah. Biarkan begitu saja. Selepas tu, pokok ini akan membesar dengan sendiri tanpa perlu dibaja. Tapi kalau korang takut terserempak Cik Pontianak menyanyi-nyanyi, abaikan sajalah tanaman ini ya.

3) Pokok Ara


Spesis pokok ini disebut juga sebagai ficus merupakan genus untuk kira-kira 800 spesis pokok berkayu, pokok renek dan pokok menjalar dalam family Moraceae.

Tahu tak, pokok ara ini biasa jadi tempat pemujaan orang nak minta nombor ekor, tempat buang saka, pemujaan dan banyak lagi. Tak tahulah kalau ada yang cuba buang anak di sini.

Pokok Ara menjadi “penginapan tetap” makhluk halus...

Sebab itulah, hantu jenis langsuir, Pontianak dan hantu tinggi sering menjadikan pokok Ara sebagai rumah mereka.

4) Pokok Bunga Cempaka



Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Cempaka memiliki tiga spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih, warna kuning dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.

Pokok bunga cempaka putih selalunya menarik kehadiran orang bunian dan sangat disukai makhluk halus.

Pokok bunga Cempaka ini biasanya dikaitkan dengan kehadiran tuan puteri yang cantik jelita, Tuan Puteri Cempaka Sari yang  berpakaian serba putih labuh menutup kaki. Kehadirannya dapat dikesan dengan bau semerbak wangi. Jadi kalau terhidu, sudah pasti bulu roma tegak berdiri...

5) Pokok Harum Sundal Malam



Awas! jangan terpedaya dengan wanita berwajah cantik, berambut panjang  hingga ke pinggang. Senyumannya manis sangat memikat hati. Tapi kalau pandang ke bawah, anda akan dapati, tubuhnya di awang-awangan tanpa kaki. Itulah Cik Pontianak yang suka mendekati Pokok Harum Sundal Malam.

Bunga harum sundal malam yang wangi menarik perhatian makhluk bernama Pontianak.

Oleh itu hati-hatilah ya. Bukan nak takut-takutkan tapi jangan sampai terserempak, paling penting jangan lupa sebut nama Allah!

6) Pokok Puding



Pokok ini cantik untuk dijadikan hiasan dihalaman rumah dengan corak daunnya yang berbagai. Tapi awas! pokok puding juga menjadi kegemaran makhluk halus bermain. Kata orang tua-tua pokok puding tidak sesuai ditanam dihalaman rumah.

Dikatakan Jika akar pokok puding menjalar sehingga kebawah rumah atau melepasi bawah rumah boleh mendatangkan bermacam masaalah dan penyakit sehingga menyebabkan kematian.

Sebab itulah pokok puding banyak ditanam ditanah perkuburan sahaja, Walahualam...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: