Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 01, 2014

LAKSANA HUDUD LELAKI DI POTONG TANGAN KERANA MENCURI DI SYRIA

SYRIA - Seorang pemuda telah di tangkap dan di jatuhi hukuman 'Hudud', iaitu di potong tangannya pada paras pergelangan tangan, kerana kesalahan mencuri di Syria. Hukuman dilakukan di bandar utara Maskanah, berhampiran Aleppo.

Gambar-gambar hukuman 'Hudud', kini telah tersebar di internet terutama di Twitter. Setelah di kemas kini secara langsung oleh salah seorang ahli kumpulan militan Islam Syria.

Dalam upacara hukuman ini kelihatan Seorang lelaki memakai jubah putih berdiri di hadapan meja, dan di sebelah kanan seorang lelaki yang sedang memegang sebilah pedang bersiap sedia untuk melaksanakan hukuman.
Kelihatan juga tangan yang sudah terputus dan berlumuran darah diata meja hukuman.



APAKAH ITU 'HUDUD' ?
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

1-Zina.
2-Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
3-Minum Arak.
4-Mencuri.
5-Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
6-Murtad.
7-Baghy (Bughah – Pemberontakan).

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Fikir-fikirkan jika hudud di laksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? minum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh di maafkan untuk kali pertama? kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari?...-alamcyber2020-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: