NUFFNANG

Sabtu, Februari 23, 2013

RAHSIA KAYU HUJAN PANAS ATAU TAS

Inilah rupa Pokok Tas atau Pokok Hujan Panas Jantan
Kayu tas atau juga di kenali sebagai kayu hujan panas mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain berupaya untuk menundukkan haiwan, pokok ini juga berupaya untuk menundukkan manusia dan menjadi pemanis wajah dan pendinding dari gangguan makhluk halus.


Kayu yang di pegang ahli sarkis ini adalah Kayu Tas atau  Kayu Hujan Panas
Pemain sarkis dari seluruh dunia juga mengunakan kayu tas ini untuk menundukkan haiwan yang ganas seperti harimau, singa dan gajah.

Bukan sahaja batang atau dahan pokok tersebut sahaja yang mempunyai "kuasa ajaib", malah daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri. 

Apabila daun tersebut dibakar, asapnya mampu untuk menghalau anasir jahat daripada mendekati seseorang.

Orang Asli juga percaya pokok kayu tas boleh memindahkan hujan ketempat lain. Caranya dengan memusingkan kayu pokok tersebut sebanyak 3 kali. Air rebusan akarnya pula berupaya mengembalikan kesegaran tubuh serta menguatkan tenaga batin, juga boleh merawat penyakit uluran dan sakit perut.
Pokok Kayu Tas Jantan berwarna agak kehitaman 
Begitulah hebatnya penangan pokok kayu tas. Pokok Kayu tas juga di kenali dengan nama kayu penunduk, kayu hujan panas, kayu Limpanas dan di luar negara di gelar kayu "God Mountain Stick".

Pokok ajaib ini hanya boleh di temui di hutan tebal di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Jika di semenanjung hanya boleh di temui di hutan Perak, Kelantan dan Pahang sahaja. Pokok ini sukar hidup dan di temui, hanya mereka yang pakar dalam perubatan tradisional biasanya dapat mengenal pasti dan menemui pokok ini di hutan.
Anak Pokok Tas
Di katakan tempat pokok kayu tas tumbuh di sekelilingnya tidak akan ada sebarang tumbuhan lain yang boleh hidup walaupun sehelai rumput. Haiwan atau pun semut juga tidak berani melintasinya. Kata orang tua-tua pokok ini sukar hidup jika di tanam oleh manusia.
Kayu Tas Betina agak keputihan warnanya
Terdapat 2 jenis kayu tas iaitu kayu tas jantan dan kayu tas betina. Perbezaan kayu tas jantan dan betina adalah dari warna kulitnya. Kayu tas jantan berwarna kehitaman manakala kayu tas betina berwarna putih dan cerah.
Banyak khasiatnya cincin gabungan Kayu Tas Jantan dan Tas Betina
Keajaiban kayu tas ini terletak pada baunya. Kayu tas jantan memiliki bau yang sama di semua tempat dan negeri. Manakala kayu tas betina adalah berbeza. Kayu tas dari Sabah dan Sarawak memiliki aroma yang wangi seperti bau rempah, manakala bayu kayu tas betina dari semenanjung agak busuk dan hancing.

Kayu tas betina semenanjug dikatakan mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan hebat. Kebanyakkan pawang atau bomoh suka mengunakkan kayu tas betina dari semenanjung dalam bidang perubatan tradisional. 
Kulitnya berbau setanggi jika di bakar
Cara untuk mengenali kayu tas ialah dengan membakar kulit pokok kayu ini. Apabila dibakar, ia akan mengeluarkan asap berbau wangi seperti bau setanggi. 

Sehingga kini, masih ramai di kalangan masyarakat di Nusantara yang yang mempercayai kayu ini mempunyai kesaktiannya yang tersendiri. 

40 ulasan:

Farah Kamarudin berkata...

ibu saya ada kayu tas ni yang diwarisi dari moyang saya yang berasal dari pagar ruyung. and now dia nak jual.

Tanpa Nama berkata...

Betul ke

ejoy berkata...

Sy ada,,,buat loket

Unknown berkata...

Ada lg ke?

Unknown berkata...

Berapa mahar yg ingin djual?

Unknown berkata...

Berapa mahar yg ingin djual?

Unknown berkata...

berapa ..??

Unknown berkata...

berapa ..??

Unknown berkata...

berapa ..??

TASKAN BIN KACHONG berkata...

Assalamualaikum...Masih ada lagi kayu atas yg hendak dimaharkan.Kalu ada berapa mahalnya?

sham berkata...

Sebelum ini masa bujang saya ada memilikinya...selepas berkahwin & pindah rumah sepasang kayu tas saya hilang..skrg nak dapatkan semula tak tahu dekat mana nak cari..ada tak sapa2 yg tahu dimana boleh dapat

tempahan/readymade(boleh otter)curtains berkata...

Jangan tertipu pokok hujan panas bukan tas,mudahnya nak dapatkan kayu tas..tak payah rimau,test pd.anjing pun kena terkam..tas sebenar menumpang dlm.pokok belian...carilah yer...

Berkarya insyaallah berjaya berkata...

Saya berminat kat mana?

Berkarya insyaallah berjaya berkata...

Saya berminat kak.boleh hantar kuala lumpuar

Unknown berkata...

berapa bang mau jual

Unknown berkata...

berapa nak jual

Tanpa Nama berkata...

knapa nak jual... pakai la sendiri... takat nak jual harga beribu x payah la, byk blh dpt

Unknown berkata...

Good info

Unknown berkata...

Good info

Unknown berkata...

nak jual berapa harga..

Unknown berkata...

nak jual berapa harga..

Unknown berkata...

Sy memiliki kayu tas jantan dan betina...

Unknown berkata...

Sy memiliki kayu tas jantan dan betina...

Maktabah Faez Hashimi (MFH) berkata...

berapa ringgit nak jual..

Khoir berkata...

Brp jual

Muhammad Asyraf berkata...

Mcm mna nk dapat anak pokok ni

Unknown berkata...

Dh lama dh kayu tas awk tu. Getah dia pon hilang. Misti reput dh

Unknown berkata...

Dh lama dh kayu tas awk tu. Getah dia pon hilang. Misti reput dh

Unknown berkata...

Tipu
https://media.giphy.com/media/3o6ozvv0zsJskzOCbu/giphy.gif https://media.giphy.com/media/3o6ozvv0zsJskzOCbu/giphy.gif

Unknown berkata...

Dimana boleh dapatkan anak pokok tas?

Tanpa Nama berkata...

As salam,,, kak farah... kayu tas jantan@ betina?

Tanpa Nama berkata...

As salam,,, kak farah... kayu tas jantan@ betina?

Tanpa Nama berkata...

Ade lg ke kak farah ?

BIRO TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT berkata...

Saya juga miliki kayu ini

rosdi ramli berkata...

Assalamualaikum Puan Farah. Berapa mahar nya itu

Unknown berkata...

Saya penjual kayu tas...dan saya bersama ayah saya mengambil kayu tas di hutan..umur ayah saya 72 tahun.beliau masih kuat untuk mendaki gunung.

Unknown berkata...

Nape nk jual

Unknown berkata...

Anak pokok tas ada dijual x?

Unknown berkata...

Sy Ada kayu ujan panas..baru sy ambil


Tanpa Nama berkata...

Berhenti

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: