1.Warna jernih dan mengalir
2. Warna Kuning
Hingus warna kuning bermaksud mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman. Warna kuning lendir dalam hidung menandakan sel darah putih telah mati kerana sedang melawan virus yang sedang menyerang. Pada waktu ini dinasihatkan minum air dan rehat yang secukupnya kerana merupakan petanda awal kepada demam selsema.
3.Warna Hijau
Warna hijau pekat bermaksud virus yang baik sedang melawan demam selsema dan batuk. Ia adalah petanda yang sistem imun sedang menjalankan tugas dengan baik dalam menangkis sebarang jangkitan. Namun begitu, simptom ini hanya akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 hari, dan sekiranya ia berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Kemungkinan anda telah mengalami jangkitan bakteria.
4.Warna merah jambu atau warna merah
Warna ini menandakan ada darah dalam hingus. Darah dalam hingus mungkin disebabkan oleh kulit dalam hidung kering dan luka. Atau mungkin juga disebakan oleh hembusan hidung dengan begitu sehingg aibatkan kecederaan. Namun jika pengaliran darah dalam hidung tidak berhenti dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.
5.Warna kehitaman atau kelabu
Hingus dan Lendir berwarna gelap atau kehitaman biasanya terjadi akibat menghidu udara yang tercemar seperti asap rokok, habuk-habuk, debu kotor. Ini adalah kerana salah satu tugas lendir hidung adalah memerangkap kotoran atau partikel lain dan mencegah mereka terhirup ke dalam paru-paru.
6.Melekit busuk dan tidak berwarna
Mempunyai lendir di dalam hidung atau hingus yang melekit, busuk dan tidak berwarna adalah satu tanda di mana anda mempunyai masalah sinus yang kronik. Peningkatan tahap mukus berlaku berikutan tisu hidung dan tekak yang membengkak dan luka secara berterusan. Pada waktu ini dinasihatkan berjumpa dengan doktor bagi mengatasi masalah ini, terutama apabila pengambilan antibiotik atau rawatan biasa telah gagal memulihkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan