Nuffnang Ads

Rabu, Mei 07, 2014

VIDEO: CINTA ITU BUTA

GADIS tertinggi di dunia, Elisany da Cruz Silva, 18, akhirnya bersetuju menikahi tunangnya, Francinaldo da Silva Carvalho yang cuma memiliki ketinggian 5 kaki 4 inci. Pasangan unik ini menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu.

Di sebalik perbezaan ketinggian, Francinaldo tidak berasa sukar untuk melutut melamar kepada tunangnya di sebuah pesisir pantai di sana malah cukup berbangga dengan ketinggian unik yang dimiliki Elisany.

LIHAT VIDEO

Pasangan ini juga sudah merancang untuk mengambil anak angkat sekiranya Elisany tidak boleh mengandung kelak.

Ini kerana Elisany menghidap ketumbuhan dalam otak yang berkemungkinan besar menyebabkan dia tidak boleh mengandung.

Pasangan ini juga sudah merancang majlis perkahwinan yang sangat meriah dengan kehadiran tetamu termasuk pengapit untuk kedua-dua belah pihak. Benarlah kata orang "Cinta Itu Buta"...











Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: