Nuffnang Ads

Sabtu, September 06, 2014

VIDEO: INILAH KEADAAN MI SEGERA DI DALAM PERUT SELEPAS KITA MAKAN

KEENAKAN rasa dan harga yang murah menyebabkan ramai orang gemar mengambil mi segera ketika lapar.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana pengambilan secara berterusan akan meningkatkan risiko serangan jantung.

Kajian Dr. Braden Kuo dari General Hospital Massachusetts mungkin akan menyebabkan anda bertukar fikiran untuk menikmati mi segera selepas ini.

Beliau telah menggunakan kamera bersaiz pil untuk melihat keadaan di dalam perut seseorang yang telah memakan mi segera dan keputusannya sangat mengejutkan.

Kajian mendapati mi segera tidak tercerna atau di hadam oleh perut, walaupun selepas 2 jam! Ini boleh menyebabkan badan tidak dapat menyerap nutrien atau zat yang di perlukan yang sepatutnya.
BAHAYA! BAHAN PENGAWET (TBHQ)
Anda perlu berhati-hati kerana kebanyakan mi segera mengandungi pengawet bertoksid yang dikenali sebagai tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) jika kerap di makan anda mempunyai risiko diserang karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Pengkaji daripada Hospital Jantung Baylor di Texas, Amerika Syarikat, Hyun Joon-shin, berkata, seseorang yang mengambil makanan tersebut sebanyak dua hingga tiga kali seminggu berisiko menghidap sindrom kardio metabolik.

"Sindrom ini mampu meningkatkan risiko terkena penyakit jantung, diabetes, dan strok.

"Mereka turut cenderung mengalami masalah kenaikan berat badan dan kanser," katanya.

Perkara tersebut berlaku kerana makanan tersebut mengandungi garam yang tinggi selain tambahan pengawet di dalam perisa.

Pengawet ini akan berada lama di dalam badan kita. Secara umumnya pasti kita tahu ia tidak elok untuk kesihatan bukan?

Mari saksikan video ini :

Inside stomach Ramen Noodle digestion goes viral

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: