Nuffnang Ads

Ahad, Mei 31, 2015

Video Viva pandu laju lawan arus di Highway apa dah jadi ni?

Sedutan video kereta jenis Perodua Viva dipandu laju melawan arus.
SATU klip video yang merakam tindakan sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu laju dan melawan arus telah dimuatnaik ke laman sosial semalam.

Klip tersebut mendapat perhatian lebih 100,000 pelayar yang rata-rata terkejut dengan 'tindakan gila' tersebut.

Difahamkan, kejadian dirakam di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) manakala waktu kejadian tidak dapat dipastikan.

Pelayar laman sosial rata-rata mengecam perbuatan tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut boleh mengundang padah kepada orang di sekeliling.

"Kalau rasa tak sayang nyawa, lantak dia la. Tapi fikirkan la nyawa orang lain," kata Shah.

"Mungkin korang rasa ni lawak, tapi pada aku ini amat serius.. Kalau dapat nombor plat dia, buat report polis.. Kalau ada penunggang motor dah mati baru nak serius?" kata Apit.

Punca kenderaan tersebut dipandu sedemikian tidak dapat dipastikan. Samada pemandu ini berada dalam situasi kecemasan yang menyebabkan ia berpatah balik dan melawan arus? Kalau ia pun kecemasan hubungilah pihak tertentu untuk membantu...

Video Viva pandu laju lawan arus di Highway apa dah jadi ni?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: