Nuffnang Ads

Ahad, Januari 31, 2016

Benarkah wujud Batu Petir?


Batu tersebut memang menyerupai seperti gambar yang di paparkan iaitu bentuk sempurna. Kebanyakan batu petir ini berwarna hitam, campuran batu tersebut mengandungi sedikit logam.

Ada kalanya batu tersebut dijumpai dalam keadaan pecah disebabkan panahan terkena pokok yang keras.

Batu Petir itu terbahagi  kepada dua keadaan, Pertama Batu petir Ketika Hujan dan Batu Petir Ketika waktu Sebelum Hujan iaitu waktu kering.

Ada juga yang mengatakan ada jantan betina. iaitu warna putih dan warna hitam. Ada kenyataan mengatakan Batu Petir dari jenis ketika hujan adalah jenis yang baik, kerana ianya bersifat sejuk.

Akan tetapi batu ini susah hendak dijumpai, sebab jika lambat mengambilnya selepas berlakunya panahan petir pada pokok dan objek-objek lain, dikatakan Malaikat yang melontarnya kepada iblis akan mengambil semula batu tersebut untuk lontaran seterusnya.

Kepada yang menjumpainya, ianya adalah Kehendak Allah buat manusia memikirkan akan KEKUASAAN ALLAH

Di dalam Al-Quran ada menyebut : Bahan Bakar Api Neraka adalah batu-batu serta manusia itu sendiri.

Untuk mengenal pastian dan ketulinan batu petir tersebut, dikatakan batu tersebut memiliki bau seakan besi terbakar hangit.

Sahabat saya pernah mendapatkan sebutir batu petir dari seorang kenalannya, ketika mendapatkannya, semasa perjalanan balik kerumah, sekeliling saya berbau seperti terbakar.

Saya sangka pada ketika itu mungkin bau asap kereta, tetapi keesokannya ketika sahabat saya mencanai batu tersebut untuk dijadikan permata cincin, memberitahu bau tersebut benar-benar keluar dari asahan batu petir tersebut.

KHASIAT BATU PETIR

Dari Segi Pemakaian pula. Segala Pergerakkan pemakai akan cepat dan pantas seperti sifat batu tersebut. 

Di katakan si pemakainya mampu menahan hentakan yang kuat keatas tubuhnya tanpa sebarang kecederaan.

Hantu iblis dan syaitan dikatakan gerun dan takut jika seseorang itu ada memakai batu petir pada tubuhnya.

Dikatakan juga jika sepemakainya ada terhidu bau kuat seperti bau sesuatu terbakar, ini bermakna di sekelilingnya atau kawasan tersebut terdapat banyak makhluk ghaib seperti hantu,iblis dan syaitan.
Laksmana Hang Tuah dikatakan pahlawan Melayu yang memakai Batu Petir di pergelangan tangannya.
Pahlawan melayu terbilang Laksmana Hang Tuah dikatakan ada memakai 6 butir batu petir ditubuh yang dijadikan sebagai gelang dilengannya.
Gelang tangan ini dikatakan milik Hang Tuah yang bertatahkan 6 biji batu petir yang masih lagi disimpan pewarisnya.
Tetapi Batu Petir yang Berkhasiat dikatakan si pemakainya akan merasakan tangan berat, lenguh-Lenguh serta terasa berat di jari pemakai, kadang-kadang seperti ada rasa cas elektrik. 

Jikalau sudah serasi dengan si pemakai, ianya akan terasa kosong dijari jika tidak memakainya walaupun sehari. Walahualam...

VIDEO BATU PETIR

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: