Nuffnang Ads

Ahad, Mei 07, 2017

Pelik Pokok Diberi Makan Nasi Seperti Manusia

Tumbuhan seperti pokok sepatutnya tidak perlu diberikan makanan seperti manusia, mereka boleh hidup dengan menyerap cahaya matahari, karbon dioksida, air dan zat dari dalam tanah. Namun sebuah wilayah di China, pokok disana diberi makan nasi oleh warga tempatan seperti seperti manusia.


Penduduk tempatan di Wilayah Enshi Tujia dan Miao yang terletak di Wilayah Hubei, setiap tahun menjalankan tradisi upacara memberi makan pokok dengan nasi setiap kali tiba musim panas.

Tradisi ini sudah dilakukan sejak ratusan tahun silam, di mana mereka percaya pokok akan berkembang dan menghasilkan buah yang lebih bagus jika diberi makan nasi.

Oleh kerana pokok tidak mempunyai mulut untuk makan lalu batang pokok ditakik kemudian diletakkan nasi pada bahagian tersebut.

Bagi warga tempatan tradisi aneh ini dianggap dapat membawa tuah. Tapi bagi orang luar, tradisi ini dianggap sangat pelik dan sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Ramai yang beranggapan bahawa pokok tidak perlu diberi makan nasi kerana ia mampu hidup sendiri secara semula jadi.Namun begitu ianya hanyalah tradisi orang dulu-dulu, kan pepatah ada mengatakan "Petua lebih tua dari ilmu".Apa salahnya mencuba mana tahu pokok mangga yang kita tanam berbelas tahun tidak pernah berbuah mampu berbuah lebat selepas itu...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: