NUFFNANG

Jumaat, Mac 04, 2011

10 Cara Mengelakkan Kecurian Kereta (Bahagian II)

10 Cara Mengelakkan Kecurian Kereta (Bahagian II)


SUMBER ASALhttp://selangor2u.com/blog/rempit/10-cara-mengelakkan-kecurian-kereta-bahagian-ii/

Saya terpanggil untuk membuat post mengenai kecurian kereta,di sebabkan sahabat saya telah kehilangan kereta perodua kancil 850 cc,JFN 1841 warna Hijau empat hari lepas (1-3-2011).


Kini kami kembali lagi dengan tips-tips untuk mengelakkan kecurian kereta anda Bahagian II.
Kami harap Bahagian I dapat memberikan info kepada anda, dan di Bahagian II ini dapat melengkapkan anda dengan info yang terbaik dapat kami kongsi bersama di S2U.my
6. Jangan tinggalkan enjin anda hidup walaupun seketika.
Biarlah remeh untuk anda menghidupkan kereta dari anda kehilangannya. Kami dapati bahawa ramai rakyat Malaysia yang tinggalkan enjin yang hidup ketika pergi ke mesin ATM, membeli di 7-Eleven dan sebagainya.
82 10 Cara Mengelakkan Kecurian Kereta (Bahagian II)
Walaupun anda yakin, tetapi apa sahaja boleh berlaku  dalam sekelip mata. Jadi berhati-hatilah dan sentiasa beringat, malang tidak berbau!
Ada juga yang mematikan enjin tetapi kunci masih di tempat menghidupkan kenderaan anda. Sekali lagi kami berpesan, janganlah leka dan yakin bahawa kereta anda selamat walau di depan mata anda.
7.  Jangan sorokkan kunci pendua di dalam kereta.
Jangan sesekali menyorokkan atau menyimpan kunci spare kereta anda di dalam yang anda yakin selamat. Pencuri ini lebih advanced di mana mereka sentiasa tahu di mana tempat yang anda sorokkan.
Ini kerana mereka juga manusia dan berfikiran seperti kita. Walaupun di bawah tikar kereta atau mungkin di dalam bonet kereta anda, mereka pasti menjumpainya.
Yang penting, simpan di tempat selamat dimana hanya anda sahaja tahu dimanakah kunci tersebut disimpan.
8. Park kereta anda dengan tayar dipusingkan ke arah tebing.
Jika anda meletakkan kenderaan anda secara sisi, pastikan tayar anda dipusingkan ke arah tebing supaya ini menyusahkan mereka untuk menunda kereta anda.
Jika secara menegak pula, pastikan bahagian depan menghadap tebing dan gear dimasukkan. Ini adalah satu cara untuk anda merumitkan mereka dari menunda kereta anda.
Anda juga boleh menggunakan brek tangan yang mana salah satu cara untuk mengunci tayar anda dari berpusing.
92 500x330 10 Cara Mengelakkan Kecurian Kereta (Bahagian II)
9. Letakkan kereta anda di tempat ramai orang.
Jika anda pergi membeli-belah, kalau boleh pastikan kereta anda diletakkan di tempat keluar masuk pasaraya tersebut di mana ramai orang lalu-lalang.
112 500x289 10 Cara Mengelakkan Kecurian Kereta (Bahagian II)
Pencuri tidak mahu ramai saksi dalam modus operandinya. Walaupun anda park di kawasan tersebut, pastikan alarm anda berfungsi! Kalau tak, tak berguna juga!
Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan valet parking seperti di Sungai Wang Plaza atau Times Square. Tetapi pada masa anda tinggalkan kereta anda, pastikan hanya kunci pintu dan enjin sahaja yang anda tinggalkan.
Jangan tinggalkan kunci rumah, silap-silap lepas ni rumah anda pula dimasuki pencuri!
10. Engrave atau ukirkan nama dan identiti anda di bahagian tertentu.
Anda boleh mengambil langkah untuk mengukirkan nama anda di bahagian tingkap atau cermin hadapan, supaya apabila pencuri mencuri dan menukarkan nombor plet kereta anda, nombor asal masih lagi di tingkap dan cermin hadapan kereta anda.
102 10 Cara Mengelakkan Kecurian Kereta (Bahagian II)
Jika kita sebagai rakyat yang prihatin, kita boleh mengesan kereta tersebut dicuri atau tidak.
Tempat lain yang penting juga ialah pada peralatan elektronik yang terdapat dalam kereta anda. Samada radio yang mahal, mahupun aksesori tambahan yang agak disukai oleh pencuri, anda boleh ukirkan di tempat mudah dilihat.
Ini bukan untuk mengelakkannya dari dicuri, tetapi menyukarkan si pencuri ini untuk menjual barang tersebut. Ini juga menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengurangkan kegiatan kecurian ini.
Kita janganlah membeli barang yang dicuri melainkan kita betul percaya dan terdapat bukti dalam urusan jual beli barang tersebut. Tepuk dada tanya selera!
Sekian tamatlah sudah tips-tips untuk mengelakkan kecurian kereta. Kami di S2U.my berharap kes kecurian kereta dapat dikurangkan dan anda sebagai pengguna yang bijak dapat memanfaatkan semua tips yang disumbangkan oleh S2U.my.
Kami juga berharap anda sebarkan tips-tips ini di kalangan sahabat handai dan saudara-mara anda, supaya kita sentiasa hidup dalam keadaan aman damai dan selesa dimana kita tidak terasa ragu-ragu ketika menggunakan kereta kita.
Sekian, Terima Kasih.
*takkanlah nak selamatkan kereta anda sampai macam ni sekali?
991 500x311 10 Cara Mengelakkan Kecurian Kereta (Bahagian II)
atau ini?
71 10 Cara Mengelakkan Kecurian Kereta (Bahagian II)Sekian dari S2U.my Automotive Team..





3 ulasan:

Admin berkata...

Nice info...

Entri Terbaru
Makan Malam di Restoran dalam Rumah

sim only contracts berkata...

good idea......

Cerah Jeff berkata...

yang tayar ke tebing n masukkan gear,itu idea bijak ^^
tapi jangan lupa kita da masukkan gear dah la..melompat kawan tu,hahah

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: