NUFFNANG

Sabtu, Mac 19, 2011

Ikan emas ajaib hidup tanpa air




IKAN emas yang diberi nama Ginger kembali berenang di dalam balang selepas lebih 13 jam hidup tanpa air.




LONDON - Seekor ikan emas yang dipelihara oleh seorang wanita Britain, Barbara Woodward didapati masih hidup selepas 13 jam melompat keluar dari sebuah balang, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan emas yang bernama Ginger itu dipercayai melompat keluar pada waktu tengah malam 22 Disember lepas di kediaman Woodward di Glouchester, England.
"Apabila saya bangun pada pukul 7 pagi dan melihat haiwan itu di lantai, saya menganggap ia sudah mati. Ikan itu tidak bergerak dan berada di lantai selama berjam-jam," katanya.
Bagaimanapun, Woodward yang berusia 61 tahun dan bekerja sebagai penyambut tetamu amat terkejut ketika pulang daripada bekerja apabila mendapati Ginger menggerakkan sirip tanda ia masih bernyawa.
"Saya sukar mempercayai. Bagaimana ikan emas itu dapat hidup untuk tempoh begitu lama," ujar wanita tersebut.
Dia kemudian meletakkan Ginger kembali ke dalam balang berisi air dan ikan itu berenang seperti biasa. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: